Kepentingan pil acid folik 400MCG

Kepentingan pil asid folik telah diketahui ramai berupaya membantu mengurangkan sehingga 70% masalah neural tube defect (NTD) di kalangan bayi yg baru lahir. Dos sebetulnya yang patut diambil setiap hari ialah 400mcg. Namun, kebanyakan yang dijual bersaiz lebih daripada itu.

Keperluan mengambil pil asid folik bersaiz 400mcg adalah penting kerana ia tidak boleh disimpan di dalam tubuh. Ia akan keluar melalui air kencing. Bagi ibu hamil, ia sangat diperlukan kerana dapat membantu dalam proses tumbesaran sel dan perkembangan bayi. disebabkan itulah penekanan pengambilan pil asid folik dilakukan demi mengurangkan risiko NTD pada bayi dalam kandungan. Jadi ibu mengandung perlu tahu kepentingan pil asid folik ini.

Untuk pengetahuan tambahan, semasa di awal kehamilan, terdapat struktur kecil yang leper seperti reben. Selepas 28 hari atau satu bulan, stuktur ini akan berubah menjadi tiub yang dipanggil neural tube. Ia akhirnya akan menjadi otak dan saraf tunjang. Jika pembentukannya terganggu, ia akan menyebabkan NTD pada bayi.

Suatu ketika dahulu, semasa tiada kewujudan pil asid folik, masalah NTD adalah biasa, Namun, ia berkurangan apabila wujudnya kesedaran untuk mengambilnya. umumnya, risiko berlaku NTD ialah satu dalam 1000 kehamilan. Bila apil asid folik diambil, ia dapat kurangkan risiko sehingga 70%.

Oleh sebab itulah, sangat penting untuk anda tahu bila sepatutnya pil asid folik mula dimakan kerana lazimnya, semasa datang ke klinik atau hospital untuk membuat pemeriksaan, anda sudahpun disahkan hamil. Jadi, sudah terlewat jika pada waktuitu anda belum mengambil pil asid folik.

Idealnya satu bulan sebelum merancang hamil atau sebaik-baiknya tiga bulan sebelum itu anda sudahpun mengambil pil asid folik. Hal ini penting kerana anda tidak tahu bila akan mengandung bukan? Amalan mengambilnya setiap masa sangat bagus. Dalam pada itu, and perlu meneruskan pengambilan pil asid folik sepanjang tiga bulan pertama kehamilan.

Lebih daripada itu, semua sel dalam tubuh badan memerlukan asid folik. Pengambilan yang berterusan sepanjang tempoh kehamilan baik kerana ia digunakan untuk pembentukan sel darah, mengelakkan kelahiran pramatang, keguguran, praeklampsia, bibir dan lelangit sumbing.

Jika kurang mengambil pil asid folik, anda sendiri pun bole mengalami anemia. Oleh itu, anda disarankan untuk terus ambil pil asid folik selepas kelahiran berusia 12 minggu sehingga bersalin disebabkan manfaat lain yang ada pada asid folik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Secured By miniOrange