5 Makanan Kaya Zat Besi Untuk Anemia

Selamat petang mommy semua! Hari ini Marina nak kongsikan makanan yang kaya zat besi untuk anemia. Mommy rasa susah ke nak cari makanan yang kaya zat besi? Jom tengok apa marina share…

Makanan kaya zat besi diperlukan bagi mereka yang mempunyai anemia, iaitu kekurangan jumlah sel darah merah atau bilangan hemaglobin dalam darah. Biasanya, mereka yang mengalami anemia sering mengalami pening, kelemahan, keletihan, dan terdedah kepada selsema atau jangkitan lain.

Atas sebab ini, makan makanan kaya dengan zat besi boleh memulihkan darah merah menjadi normal. Disebutkan dari myhealthtips, berikut adalah makanan  yang kaya dengan zat besi.

 “Tak sangka, makanan di bawah ada banyak kebaikan untuk anemia! Rugi tak makan.”

1.  Bayam
Sayuran hijau ini kaya vitamin A, B9, E, C, zat besi, serat, dan beta karoten. Setengah cangkir bayam yang direbus mengandung 3,2 mg zat besi dan menyumbang sekitar 20 peratus dari zat besi yang diperlukan tubuh, terutama pada wanita. Jadi pastikan Anda menjadikan bayam sebagai menu makanan Anda untuk meningkatkan darah dalam tubuh.

2. Daging merah
Kandungan besi yang terdapat pada daging merah mudah diserap untuk tubuh. Biasanya bahagian jantung, ginjal, dan hati dari daging merah merupakan bahagian yang paling banyak mengandung zat besi dan juga sumber vitamin B12. Daging merah yang disarankan antara lain daging lembu yang memiliki lebih dari 600 peratus keperluan harian zat besi dalam badan. 

3. Kacang merah
Kacang merah mengandung 5,2 mg zat besi sehingga dapat memenuhi keperluan badan. Selain itu, kacang merah juga kaya akan sumber serat, vitamin C, dan protein.

4. Tomato
Sebagai salah satu buah yang sering dijadikan pelengkap dalam sup, tomato mengandung 3,39 mg zat besi.Selain itu, vitamin C yang terdapat dalam tomato juga membantu penyerapan zat besi. 

5. Telur
Kandungan protein dalam telur boleh membantu menyimpan vitamin dalam badan. Makan 1 telur besar – yang mengandungi 1 mg zat besi – boleh membantu memerangi anemia. Anda boleh membuat telur sebagai hidangan pagi untuk meningkatkan vitamin dalam badan.

Terima kasih mommy baca sampai habis..harap-harap bermanfaat pada mommy semua. Ia akan menjadi lebih berguna jika dikongsi dengan mereka yang memerlukan petua ini. Jom Share artikel ni mommy….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Secured By miniOrange