Tips kulit sihat semasa kehamilan

Assalamualaikum mommy, harini marina nak kongsi sesuatu dengan anda. Iaitu tips kulit sihat semasa kehamilan. Saya kongsikan serba sedikit dengan anda ye. Semoga ia memberi manfaat. saya tahu, orang perempuan ni..walau dalam keadaan apa sekalipon, dia tetap nak cantik.

congrats mommy mengandung yer..apa perasaan mommy? teruja kan..excited kan… Namun, perubahan yang mungkin terjadi kepada kulit semasa hamil membuatkan anda jadi kurang selesa dengannya. Antaranya, anda mungkin mengalami regangan kulit(stretch marks), melasma iaitu tona kulit tidak sekata (pigmentasi), jerawat dan juga kulit gatal atau sensitive akibat kekeringan.

Jom tinjau tips kulit sihat semasa kehamilan, ape bole anda lakukan demi mengelakkan masalah tersebut terjadi terlalu serius dan memastikan kulit kekal sihat sepanjang masa.

1. Ambil lebih banyak sayur-sayuran, buah-buahan dan kacang

https://www.safiahiskandar.com/tips-kulit-sihat-cantik/

Ini bukan sahaja berkhasiat kepada badan dan juga bayi , tetapi juga amat penting untuk menjamin kulit yang sihat dan cantik. Sayur-sayuran yang kaya dengan protien dapat menguatkan dan juga mengekalkan keanjalan kulit. Buah-buahan yang kaya dengan vitamin C, seperti Oren, Strawberi dan lemon, mempunyai kelebihanya tersendiri dalam membentuk kolagen yang amat penting untuk memastikan kulit sentiasa sihat.

Ini semua dapat mengurangkan pembetukan stretch marks bila kulit terutamanya perut mula berkembang. Folat dan zink yang boleh didapati dalam kacang pulak boleh membantu mengurangkan pembentukan pigmentasi si muka akibat melasma

2. Makan asid lemak penting – omega 3

Selain daripada membantu meransang perkembangan otak bayi dalam kandungan, omega 3 turut membantu mengurangkan masalah garis halus dan meningkatkan keanjalan kulit. Tambahkan makanan yang kaya dengan omega 3 iaitu ikan berminyak seperti salmon dan tuna, telur, roti dan jus ke dalam diet anda.

Ini boleh membantu mengelakkan kulit menajdi kering atau gatal, dan juga mengurangkan kemungkinan kesan stretch marks dan juga jerawat.

3. Minum Banyak Air

Minum air yang banyak bukan saja bagus untuk kesihatan kesuluruhan, sistem perkumuhan tetapi juga bagus untuk memastikan kulit sihat dan mengurangkan tanda-tanda penuaan. Dengan memastikan kulit hidrat dan sihat, ia akan meregang dengan baik.

Pastikan anda minum 12-13 gelas sehari dan bagi anda mengalami masalah untuk minum air kosong, disarankan untuk mencapurkan perahan lemon ke dalam air. Dengan itu, Anda dapat mengelakkan kekeringan kulit dan juga mengekalkan keanjalanya.

4. Minyak untuk kulit

Ia amat penting untuk memastikan kulit anda lembap dan antara caranya adalah sapu kulit yang boleh membantu dengan tersebut. Bio-oil minyak penjagaan kulit merupakan satu produk yang terbukti secara klinikal yang dapat membantu kulit anda mengekalkan kelembapan dan mengurangan pembetukan kesan regangan bukan saje dekat perut, tetapi juga bahagia lain seperti pinggul, paha dan juga payudara.

Produk ini juga dapat membantu memperbaiki kesan rengangan yang sudah muncul, tona kulit tidak sekata (pigmentasi) dan juga parut jerawat. Ia juga mengandungi minyak tumbuhan lavender,celendula, charmomile, rosemary dan juga vitamin A dan E yang dapat membantu kulit menjadi lebih sihat dan lembut.

Okay itu adalah tips kulit sihat dan cantik semasa kehamilan yang saya sendiri amalkan, kadang-kadang terbabas juga tapi masih nak buat  sebab tahu ianya baik untuk diri sendiri. Anda bagaimana ? Boleh la cuba tips-tips ni…

Terima kasih kerana sudi membaca. 😉 kongsikan la tips kulit sihat semasa kehamilan dengan kawan-kawan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Secured By miniOrange