Sakit Rengat Dalam Pantang

SOALAN

Nak tanya berkaitan rengat selepas bersalin. Betul ke ada orang tua-tua kata kalau anak 1, rengat akan sakit 1 hari, anak 2 akan lebih panjangdan seterusnya.

Apa cara lain selain amik injection untukkurangkan sakit rengat? Mohon pencerahan doktor

JAWAPAN

Tubuh wanita mengalami perubahan yang besar dan dinamik sepanjang proses hamil. Begitu juga apabila selepas melahirkan, rahim perlu kembali kepada saiz asal iaitu lebih kurang saiz tangan wanita yang menggenggam (7x5cm).

Untuk rahim mengecut dari sebesar buah tembikai kepada sebesar penumbuk wanita, pastinya akan melibatkan proses pengecutan rahim yang melibatkan kontraksi otot-otot rahim.

Sakit kontraksi ini adalah sakit rengat atau ‘after birth pain’ yang dialami oleh semua ibu pada hari selepas melahirkan dan boleh berlanjutan sehingga seminggu.

Sejurus selepas bersalin, pengecutan rahim adalah mekanisma tubuh untuk mengelakkan daripada pendarahan yang terlalu banyak atau berterusan.

Ini adalah proses normal yang dialami setiap wanita, Namun tahap kesakitan rengat itu bergantung kepada kaedah kelahiran, komplikasi ketika melahirkan dan daya tahan ibu terhadap kesakitan.

Secara amnya, dalam tempoh 10 hingga 14 hari, rahim mampu kembali ke saiz asal dan sekiranya doktor memeriksa bahagian abdomen, ia sudah tidak boleh dirasai di kawasan abdomen.

Penyusuan susu ibu adalah cara terbaik untuk menggalakkan rahim mengecut dengan lebih cepat. Sepanjang proses penyusuan, rembesan hormon oksitosin yang menggalak pengeluaran susu juga akan menyebabkan pengecutan rahim.

Ada ibu yang berasakan rengat amat menyakitkan dan ada pula yang masih mampu menahannya. Ada kalanya, sakit rengat akan juga bertambah ketika menyusukan bayi dan ini juga adalah normal.

Walaubagaimanapun, bagi ibu yang merasai kesakitan yang kuat, terlampau atau meibatkan banyak pendarahan dari vagina, ibu dinasihatkan segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut kerana berkemungkinan berlaku jangkitan kuman atau komplikasi yang lain yang boleh mengancam nyawa ibu.

Tips mudah menangani rengat

  1. Ubat penahan sakit Lazimnya doktor akan membekalkan ubat tahan sakit seperti Panadol atau Ponstan yang boleh membantu mengurangkan sakit
  2. Jangan tahan buang air kecil Pastikan pundi kencing di kosongkan dengan tidak menahan untuk membuang air kecil
  3. Tuam kawasan atas ari-ari Tuam dengan air suam pada bahagian atas ari-ari, elakkan juga bahagian luka pembedahan jika ibu bersalin secara pembedahan cesarean
  4. Kerap tukar tuala wanita Pastikan ibu menukar tuala wanita secara kerap sebagai langkah menjaga kebersihan bahagian sulilt dan mengelakkan jangkitan kuman
  5. Teruskan penyusuan susu ibu Penyusuan susu ibu adalah kaedah terbaik untuk mempercepatkan proses pengecutan rahim
  6. Elakkan makanan pedas Makanan pedas boleh menyebabkan perut ibu meragam dan ini boleh menambahkanlagi kesakitan rengat ibu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Secured By miniOrange