12 CIRI-CIRI: SEORANG PENGASUH YANG BERKUALITI

Terdapat beberapa ciri-ciri pengasuh yang berkualiti harus ibu bapa peka sebelum mengambil keputusan untuk menghantar anak dibawah penjagaanya.

  1. Kelayakan seperti Kursus Asuhan Permata (KAP) adalah kelayakan minima di Malaysia atau pengalaman dalam penjagaan anak. Secara idealnya, pengasuh harus mengetahui mengenai penjagaan kanak-kanak dan jika mempunyai latar belakang perubatan adalah bonus buat pengasuh itu
  2. Kenal pasti motivasi dalam diri pengasuh. Kenal pasti adakah dia berminat dengan kanak-kanak, ketahui mengapa dia mahu menjadi oengasuh bayi atau penjagaan anak, apa yang dia sukai tentang kanak-kanak? Apakah perkara yang paling tidak disukainya mengenai pengasuhan anak?
  3. Adakah pengasuh mendaftarkan premisnya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia(JKMM) sebagai Taska Di Rumah ( maksima adalah 9 orang kanak-kanak) dengan nisbah 1:3 untuk dibawah 12 bulan dan 1:5 untuk diatas 12 bulan.
  4. Apakah dia menyediakan program pembangunan dan aktiviti untuk anak-anak dibawah jagaannya?
  5. Membolehkan ibu bapa menyediakan susu ibu atau menggalakkan penyusuan ibu dan mempunyai pengetahuan untuk menjaga dan menyediakan susu ibu.
  6. Ketelusan seperti kemas kini harian, CCTV dan membenarkan ibu bapa memasuki premis.
  7. Pemeriksaan perubatan dan suntikan tifus
  8. Persekitaran yang bersih,jelas, termasuk rumah ynag diperuntukan untuk susu ibu saja didalam peti sejuk
  9. Mengetahui cara pemilihan dan penyediaan makanan yang seimbang.
  10. Kebolehan menyediakan rekod mengenai percapaian perkembangan kanak-kanak.
  11. Mengetahui ahli keluarganya seperti merokok di rumah
  12. Dicadangkan oleh sumber yang boleh dipercayai di persekitaran atau perumahan yang dikenali.

Jika mommy tahu macamana ciri-ciri pengasuh yang berkualiti ini, insya’Allah mommy akan sentiasa tenang dalam menjalani kerja harian.

Untuk Tips dan panduan berguna yang lain, boleh klik di sini TIPS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *