Apa Mandian Yang Sesuai Untuk Bayi Ekzema

Ekzema dengan bayi memang tak boleh dipisahkan. Memang kak fara akui. Sejak mariyam lahir, memang kak fara sejenis yang berjaga-jaga gila takut kalau maryam kena ekzema. Tapi kita mampu merancang, Allah menentukan.

Kalau dah nak kena tu, kena juga. So terima dengan redha. Mungkin ada hikmahnya Allah nak timpakan anak kita dengan ekzema. Jangan mengeluh, hadapi je dengan tenang sebab setiap yang berlaku ada sebabnya.

Tanda-tanda ekzema:

  • Tompok tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki.
  • Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit.
  • Bengkak kecil yang berair.

Maka bermulalah misi kak fara survey dan google ubat apa yang terbaik untuk ekzema si mariyam.

Kalau tanya dekat kawan-kawan FB, ramai yang bagi cadangan ubat itu ini. Tapi kak fara ni sejenis yang lebih percayakan doktor dari kawan-kawan alam maya ni. Hehe. Bukan apa, takut pisang berbuah dua kali.

Jadi,kak fara pergi klinik dan tanya dekat doktor ubat terbaik untuk hilangkan ekzema pada baby ni. Doktor sarankan kak fara beli mandian dan lotion dari Ezzera ni.

Mandian Ezzera ni boleh pakai dari kepala sampai ke hujung kaki ye mommies
Lotion Ezzera ni pulak kak fara sapukan satu badan maryam selepas mandi

Produk Ezzera ni kalau mommies nak tahu, dekat watson, guardian dan farmasi pun ada jual. Tak mahal pun. Dalam range harga sebotol RM20+ macam tu. Boleh tahan lama. Untuk dewasa pun boleh pakai jugak.

Lepas kak fara pakaikan dua produk ni dekat maryam, esoknya terus nampak perubahan dekat maryam. Paling ketara bahagian pipi maryam yang kuat sangat ekzemanya.

Ni contoh ekzema dekat pipi.Kak fara tak sempat snap gambar maryam dulu.

Selain mandian dan losyen badan,Ezzera ni banyak lagi produk lain ye mommies.

Rangkaian produk Ezzera

Sebenarnya banyak lagi produk lain untuk ekzema, tapi kak fara paling suka yang ni sebab Ezzera ni lebih lembut pada kulit bayi. Jadi tak ada la baby rasa pedih ke apa bila pakai sabun ni.

Kalau mommies ada cadangan produk lain yang sesuai untuk ekzema,share la dengan kak fara juga ye.Mana tahu next baby kak fara boleh cuba.Hehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *