Realiti Sebenar Seorang Ibu Yang “Full BreastFeeding”

Sebelum kak fara pergi lebih mendalam, kak fara nak ucapkan tahniah pada mommies yang berjaya susukan bayi mereka sampai umur 2 tahun tanpa campur dengan susu luar.

Realiti sebenar bagi mommies yang fully breastfeeding ni bukan indah seperti yang dikhabarkan. Tapi insyaAllah pahala besar sedang menanti buat mommies sekalian.

Kak farah sendiri pun fully breastfeed dekat mariyam.

Jujurnya kak fara bagitahu, stress sangat bila full bf ni, tapi kak fara cuba sabar dan bersabar sebab yakin banyak hikmah yang tersembunyi bila kita cuba berikan yang terbaik untuk anak.

Bila dah fully breastfeed ni,macam-macam la orang duk mengata. Ini tak kena,itu tak kena.

Mommies yang full bf ni selalu dituduh pemalas! Bangun lewat…pheww!

Seorang ibu yang menyusu anak sepenuh masa bukan sengaja nak bangun lewat tau. Ok storynya begini, si ibu bangun subuh, pastu niat berkobar2 nak buat itu buat ini.

Tetiba unluckily baby comel terjaga..mulut nganga nangis-nangis, mata pejam meaning dia tak nak bangun lagi tp dia nak nenen.

Maka si ibu pun nak tak nak kena la baring smbil susukan baby. Eh eh lamanya baby menyusu haaa. Elok baby macam dah diam, dicuba tarik nenen tu.

Tapi anak tadi cepat2 hisap siap cengkam gigit2 lagi haa. Tanpa sedar si ibu terlena la sekali ngan si anak. Ibu nak bangun anak pun bangun. Makanya ibu sekali la lena.

Mommies yang full bf ni selalu dituduh tak jaga laki!

Eh,eh apa hal la bini hang ni dok lam bilik ja?? laki nak makan kena amik sendiri?

Sapa yang tak faham mmg akan kata mcm tu.

Ingat suka ka nak biar laki makan sorang-sorang. Hello tak dak sapa tau suka?? Tapi baby lapar, merengek-rengek, bulat mulut-mulutnya nak biar ke?

Ayah n baby mana yang dah reti fikir? Baby confirmla tak tau ape2 kan. Jangan la fikir negative tau. Ibu menyusu badan ni dah tolong savekan suami tu berpuluh-puluh ribu taw.

Malam-malam suami dok tunggu nak manja-manja.

Tengok-tengok bini dah lena sekali ngan anak-anak yang disusunya. kah kah kah. jgn laki cari lain dah. Takda maknanya sengaja tau.

Tapi fakta ada mengatakan akan terhasil satu hormon yang membuatkan baby dan ibu berasa calm (tenang) bila menyusui dan disusui. Haaaa..ingat tak dilema ka? Laki sedih bini laaaagi sedih oooo..

Tengok jubah, tengok dress tengok blouse lawa la haiii.

Tapi tak boleh pakai, alasan sebab menyusu. Memang la skang ada yg bf friendly.

Eh tapi korang percaya tak, kadangkala yg bf friendly tu nmpak je friendly tapi tak pun. Cara biasa angkat2 tu juga lagi sopan. zip2 tu kadang terdedah penuh u olls..haha..melainkan korang pakai tudung xl. Sensitif sangat-sangat part baju nih.

Time nak makan..nak-nak makan ramai-ramai….

Sedap kecur air liur tengok tau atau pun di kedai makan tengah nak menikmati hidangan si kecik super duper comel tu pun jaga nak makan juga dia pun. Maka berundur la si ibu ke bilik atau dalam keta untuk menyusui sambil dalam kepala hotak terbayang makanan yang sedap-sedap tu.

Time tido malam tok sah la hampa berangan nak tidoq peluk-peluk laki. Sah-sah hampa akan beralih kat anak hampa 6/8 jam. haha. tdoq mengiring lenguh sakit badan..hampa kena la abaikan..urat pinggang pun dah tak betui rasanya.

Jadi, jangan la ingat bf mother ni ngelat atau malas atau apa-apa je la.berkorban everything. Tak kira lagi nak makan supplement cantik kurus bagai. Memang TAK BOLEH LA. Anak is priority. Nak makan kena tengok dulu kesan kepada anak.

Jadi siapa disini ibu menyusu macam kak fara,sama-samalah kita bertabah ye?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Secured By miniOrange