Kebaikan Dan Keburukan Puting Kosong Pada Bayi

Kebaikan Dan Keburukan Puting Kosong Pada Bayi – Sebut pasal puting kosong ni,kak fara rasa hampir 9/10 ibu mesti belikan puting kosong ini bagi anak mereka.

Walaupun sebagai langkah berjaga-jaga sahaja, tapi hampir semua ibu merasakan WAJIB beli benda alah ni. Kalau tak, kata diorang menetek je kerjanya. Nak buat kerja pun tak jadi. hehe

Kebaikan Dan Keburukan Puting Kosong Pada Bayi

Ya kak fara faham dan pernah rasa situasi tu.Hehe. Alhamdulillah sekarang mariyam pun dah tak pakai puting kosong dah.

Tapi sebelum mommies nak belikan puting kosong dekat baby, cuba baca apa yang kak fara nak kongsi ni dulu. Lepas tu mommies nilai sendiri samada nak belikan untuk baby ataupun tak.

Kebaikan Puting Kosong

#1-Kurang risiko bayi terlebih minum susu botol

Kalau mommies perasan,ramai baby akan tertidur lepas menyusu.

Selalunya mariyam macam tu bila kak fara BF dia. Baru je menetek, tak sampai 5 minit terus pengsan aih..! Lepas dia pengsan, terus kak fara cabut puting dari mulut dia. Gantikan dengan puting kosong.

Sama juga kalau bagi susu botol, tak sampai setengah jam dah tidur. Apa lagi, cabut terus bagi puting kosong. Kalau tak nanti dia mudah terjaga. Tapi bila dia dah lena betul-betul kak fara akan cabut puting tu balik.

#2-Mudah di kawal

Bayi ni suka menghisap jari. Kebanyakan bayi memang tak boleh lari dari menghisap jari. Jadi jalan penyelesaianya ,beri puting kosong pada bayi. Bila bayi dah mula berhenti menghisap, cabut puting tu perlahan-lahan jangan bagi dia perasan!

#3-Alat untuk tidurkan bayi

Biasanya bayi meragam bukan semuanya nak susu kan.

Tetapi diorang gelisah nak tidur. Sampaikan kita pening tak tahu nak buat apa.Tapi bila sumbat puting kosong ni, diorang terus rasa macam ‘khayal’ nak tidur. hehe. Senang terus nak tidurkan diorang!

Keburukan Puting Kosong

Setiap kebaikan, pasti ada keburukan. Itu memang tak boleh dinafikan taw. Kak fara sendiri akui, bila beri puting kosong ni, ada 1-2 keburukan dia jugak yang kita kena tahu.

#1-Risiko jangkitan telinga

Bila baby kerap menghisap,memang boleh ubah tekanan di dalam ruangan tengah telinga sehinggakan boleh mengakibatkan jangkitan dalam telinga.

#2-Anak lambat bercakap

Yang ni selalu kak fara dengar mak kak fara cakap. Dan tak boleh dinafikan. Sebenarnya bila budak terlalu taksub menghisap puting, diorang terhalang untuk berinteraksi dengan kita. Lagi parah kalau lepas 1 tahun pun masih bagi puting lagi.

#3-Masalah gigi

Kalau bagi puting ni, memang akan ubah struktur gusi budak bila diorang hisap puting dengan kuat. Jadi potensi untuk gigi jadi jongang tu sangat tinggi. Pendek kata kalau boleh jangan pernah ajar puting pada anak sejak dari kecil.

Selagi mommies boleh cuba untuk elakkan puting,tolong elak. Walaupun tak tahan anak nak menetek je sepanjnag masa,tapi cuba fikir untuk masa akan datang.Kalau difikir untuk kesenangan sekarang sahaja tak memadai.

Ok mommies,jumpa next artikel!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *