Makanan Yang Ramai Ibu Menyusu Suka Tapi Perlu Dielakkan

Makanan Yang Ramai Ibu Menyusu Suka Tapi Perlu Dielakkan

Makanan Yang Ramai Ibu Menyusu Suka Tapi Perlu Dielakkan

Makanan Yang Ramai Ibu Menyusu Suka Tapi Perlu Dielakkan – Menyusukan bayi bukan semudah yang difikirkan. Ramai yang kak fara lihat ibu menyusu sangat-sangat struggle.

Bukan setakat struggle untuk memperbanyakkan susu, malah untuk memberi susu kepada si kecil ketika berada di luar rumah. Banyak yang kena jaga.

Hari ni semakin canggih dan semakin banyak ‘milk booster‘ yang boleh membantu ibu menyusu untuk menambahkan susu badan.

Tapi harus diingat ye si ibu, bukan semua jenis pemakanan sesuai untuk ibu menyusu ambil. Jom baca makanan yang ramai ibu menyusu suka tapi perlu dielakkan supaya bayi tidak menerima tempias.

Elak Makanan Pedas !

Aduh ni memang favourite kak fara. Tak pedas, tak umpph la makan dia. Hehe.

Demi si kecil,si ibu harus elakkan makanan pedas. Bimbang anak akan cirit birit. Apa yang kita makan akan menjadi susu.

menu pantang yang sedap

Makanan Berangin Buat Bayi Kembung

Elakkan makanan berangin seperti timun, petola, labu ai, sengkuang dan ubi kerana khuatir akan membuat perut bayi menjadi kembung.

Tapi kalau ibu teringin sangat,ambil sedikit sahaja buat hilang rasa mengidam tu. Amboiiii, lepas bersalin pun mengidam lagi ye! Hehe

Kekacang Juga Kena Pantang!

Sayuran kekacang juga perlu dielakkan kerana dikatakan berangin.

Sayur kacang panjang memang menjadi favourite kak fara juga. Tapi untuk elak bayi kembung perut, makanya makan sawi sahaja la. Hee.

Durian Penambah Selera!

Nasib baik dulu sebelum bersalin, kak fara dah melantak durian sepuas-puasnya.

Jadi lepas bersalin kurang la sedikit rasa mengidamnya. Maklumla hantu durian. Hehe. Tapi ibu menyusu tidak digalakkan untuk makan durian bimbang si kecil panas nanti.

Kalau bayi dah panas nanti, berjaga malamlah si ibu nak ‘kipaskan’ si kecil ye. Hehe. Tahan dulu,

Dah berhenti menyusu, lantaklah puas-puas ye.

Air Berkarbonat Dan Makanan Segera

Kak fara juga ada perhatikan rata-rata ibu yang habis berpantang kadang-kadang macam ‘terlalu lapar’.

Mana tidaknya, habis sahaja waktu berpantang, makanan yang paling diorang makan ialah makanan segera dan air berkarbonat.

Sabar ye ibu.

Bukan tak boleh, tapi fikirkan tumbesaran si kecil yang masih menyusu badan.

Seperti kita sedia maklum, air berkarbonat dan makanan segera tidak mempunyai khasiat pada tubuh badan. Jadi sebolehnya elakkan dahulu ye.

Kalau masa mengandung 9 bulan ibu boleh sabar, takkan lagi 2 tahun ibu tak boleh sabar kan?

Makanan Yang Ramai Ibu Menyusu Suka Tapi Perlu Dielakkan

Apa yang Kak fara kongsikan mengenai makanan yang ibu menyusu suka tapi perlu dielakkan ini sangat penting.

Jangan ambil remeh taw. Kongsikan dengan kawan-kawan anda yang lain ye.


P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna. Fesyen baju mengandung PALING UP TO DATE dan TERKINI sangat SELESA sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS << 

Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Secured By miniOrange