5 Tip Ini Boleh Kurangkan Stress Ketika Berpantang

5 Tip Ini Boleh Kurangkan Stress Ketika Berpantang

5 Tip Ini Boleh Kurangkan Stress Ketika Berpantang – Ramai ibu di luar sana terutamanya ibu muda atau ibu anak pertama akan merasa stress ketika berpantang.

Antara punca mereka akan mengalami stress ketika berpantang adalah kerana mereka pertama kali merasa saat berpantang.

Lagi stress bila berpantang sendirian atau berpantang duduk dengan keluarga yang terlalu mengongkong!

Jadi hari ni kak fara akan kongsikan 5 tip bagaimana elakkan stress ketika berpantang.

Tips ini yang selalu kak fara amalkan dan kongsikan dengan kawan-kawan kak fara.

InsyaAllah sangat-sangat membantu.

teknik-meneran-yang-betul-ketika-bersalin

Persiapkan Diri Dengan Ilmu Berpantang !

Sebagai persediaan menjadi bakal ibu kepada seorang khalifah, pastikan diri dilengkapi dengan ilmu berpantang.

Jangan bila dah terberanak baru korang nak google sana, google sini.

Masa berpantang adalah masa untuk si ibu memanjakan diri seboleh-bolehnya.

Kak Fara biasanya akan membaca dan mencatit ilmu berpantang seawal usia kandungan 6 bulan.

Kalau korang rajin lagi,printkan pada kertas dan simpan sebagai persediaan ketika berpantang nanti.

Jangan ambil mudah perkara-perkara semasa berpantang taw. Biar seksa 44 hari,60 hari atau 100 hari dari korang merana seumur hidup akibat melanggar pantang!

‘Dera’ Suami Sepuasnya Ketika Berpantang!

Yang ni memang kak fara sangat sarankan korang ‘dera’ suami korang.

Bukan dera dengan memukul suami taw. Hehe.

Jangan salah faham pulak. Maksud Kak Fara,dera suami di sini ialah minta pertolongan suami ketika berpantang.

Baik dari memanaskan tungku di pagi hari sehinggalah menukar lampin bayi di malam hari.

Sebolehnya ibu berpantang hanya perlu bangun mandi, bertungku, berehat dan menyusukan bayi sahaja. Selebihnya minta suami uruskan. Badan kita nak pakai lama.

Jadi biarlah kita ‘dera’ suami 44 hari sahaja dari badan kita sakit sebelum masanya.

5 Tip Ini Boleh Kurangkan Stress Ketika Berpantang

Romantis Dengan Suami Ketika Berpantang

Walaupun ketika tempoh berpantang isteri dan suami tidak boleh mengadakan hubungan kelamin, itu bukan bermakna korang perlu ‘matikan’ suasana romantis dengan suami taw.

Cuba wujudkan suasana romantik dengan suami ketika berpantang seperti sembang perkara-perkara yang boleh mengingatkan korang dengan saat-saat sebelum mempunyai cahaya mata.

Dengan wujudnya suasana romantik ini,ibu berpantang akan merasa kurang stress serta merasa dilindungi apabila wujudnya suami sebagai penguat semangat dan peneman sejati.

Kesakitan bersalin juga akan beransur hilang apabila ibu berpantang berada dalam keadaan yang ceria dan bersemangat.

Jangan Berkurung Di Dalam Bilik !

Bila disebut berpantang, ramai ibu yang berfikir bahawa rutin seharian mereka hanya di atas katil sahaja 24 jam.

Dan Kak Fara lihat ramai yang mengamalkan gaya seperti itu.

Sebenarnya dalam membantu ibu berpantang melalui proses pemulihan yang cepat, mereka haruslah sentiasa bergerak tetapi dalam kadar yang berjaga-jaga dan tidak terlalu aktif.

Sesekali keluar dari bilik dan ambil udara luar di tepi tingkap atau di ruang tamu.

Elakkan anak berkurung di dalam bilik juga kerana pencahayaan yang malap di dalam bilik akan mengakibatkan risiko jaundis bayi meningkat.

5 Tip Ini Boleh Kurangkan Stress Ketika Berpantang

Fikir Positif Dan Jangan Terlalu Berkira

Sebagai seorang ibu yang telah berjuang melahirkan seorang khalifah kecil, pastinya segala penat lelah itu akan hilang sebaik sahaja melihat senyuman si kecil kan?

Oleh itu, korang perlu sentiasa positif dengan setiap perkara sepanjang tempoh berpantang.

Contohnya bayi asyik merengek di malam hari sebab nak menyusu, jangan stress dan hadapinya dengan positif.

Setiap titis susu yang diberikan pada si kecil itu besar pahalanya bagi seorang ibu.

Malah ibu yang sanggup berjaga malam demi menyusukan anak juga mendapat ganjaran besar dari Allah.

Kak fara juga selalu amalkan tips ni.

Dan jangan terlalu taksub mengira hari untuk habis berpantang memandangkan itu salah satu penyumbang kepada stress ketika berpantang!

Macam mana?

Boleh hadam kesemua tip yang diberikan oleh kak fara?

InsyaAllah kalau korang amalkan 5 tip ini boleh kurangkan stress ketika berpantang, proses berpantang korang akan berlalu dengan jayanya tanpa ada rasa stress langsung.

Kak fara dah amalkan dan berjaya melalui proses berpantang dengan baik.

Jangan lupa share artikel ini dengan mak buyong yang lain taw!


P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna. Fesyen baju mengandung PALING UP TO DATE dan TERKINI sangat SELESA sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS << 

Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *