Pengalaman Berpantang-18 Hari Tidak Kencing!

Pengalaman Berpantang-18 Hari Tidak Kencing! 

Usai proses melahirkan anak, pasti ibu-ibu yang selamat melahirkan anak akan dibenarkan balik sekiranya keadaan ibu dan anak sudah sihat, iaitu kedua-duanya sudah buang air kecil, buang air besar dan sudah dapat berjalan (bagi ibu yang czer).

Alhamdulillah syukur Ain telah selamat melahirkan puteri yang Ain kandungkan selama 39 minggu 4 hari.

Tetapi,Ain tidak dibenarkan pulang.Sedih sangat!Mata ni terkebil-kebil tengok ibu-ibu lain sudah dibenarkan balik.

24 April | 8.00 pagi
Kenapa masih tak boleh kencing ni?? Pundi kencing dah sakit ni. Akhirnya dengan bantuan nurse, nurse buat in/out (kali kedua). Kali pertama di dalam labour room. Urine dalam 1 liter keluar.

24 April | 6.00 petang
Dibawa ke wad 8B pada jam 10 pagi tadi. Dapat katil no 23. Keluarga dari Semenyih semua datang melawat ain. Tapi mereka tak dapat jumpa Aisyah, sebab Aisyah masih di NICU. Dan hanya ibu dan bapa sahaja dibenarkan masuk. Hari ni Ain tak pegi melawat Aisyah lagi. Mungkin esok.

7.00 malam
ALLAH!! kenapa masih tak boleh kencing ni?
Dengan bantuan nurse sekali lagi in/out dibuat (kali ke 3)

9.00 malam
Doktor round. Dan doc decide untuk Ain pakai CBD (tube kencing) untuk 24 jam. Bermakna, esok Ain tak boleh balik lagi!! Huhu Kali ke 4, tube dimasukkan.

25 April
Hari ke 3 dihospital. Alhamdulillah sempat melawat Aisyah di NICU. Allah je tahu betapa sedihnya melihat Aisyah dalam keadaan berselirat wayar. Masih tak dapat nak bagi susu kat Aisyah. Sedih!

Setelah lebih 12 jam pakai CBD di wad, Latihan CLAMP (ikat tube pundi kencing dilakukan). Latihan ni dibuat supaya pesakit dapat rasa semula deria untuk membuang air kencing. Kalau tak ikat (guna getah), deria untuk ke toilet mmg tak ada langsung. Sedar2 bag tube tu dah penuh.

26 April | 12 tgh hari
Doktor : Saya nak buka CBD awak ni, jadi awak kene cuba kencing sendiri tau.
Ain : Baik doc

10 minit berlalu
15 minit berlalu , masih tak boleh
30 minit berlalu , Allah !!

Perasaannya macam ni tau, deria nak kencing tu ada, tapi bila dah rasa air kencing tu di hujung-hujung, tiba-tiba tak keluar. Sakit tau. Pedih. Mungkin siapa yang melalui sahaja tahu mcm mana keadaan Ain waktu tu.

Akhirnya Ain bagitahu doktor yang Ain masih tak boleh kencing sendiri.

Kemudian, Ain dibenarkan balik, tetapi dengan ditemani CBD selama 7 hari. ūüôĀ ¬†(kali ke 5 tube dimasukkan)

Mulalah rutin berpantang di rumah Shah Alam. Ujian Allah beri ini telah mengubah perancangan yang dirancang. Pada awalnya, kami plan nak berpantang di Semenyih. Tetapi disebabkan 7 hari lagi nak ke hospital semula, dibatalkan hajat untuk berpantang di Semenyih.

Rutin berpantang dengan ditemani CBD amatlah merumitkan. Allah tempat Ain berserah. Sesungguhnya setiap masa setiap saat sedih dengan ujian Allah bagi ni. Tapi bila muhasabah semula, Ain bersyukur. Syukur sebab Allah uji sikit je. Orang lain lagilah ujiannya mungkin tak sanggup untuk ditanggung.

3 Mei 2017 | 10 pagi | Klinik Pakar O&G Hospital Shah Alam

Hari ke 9 berpantang. Appointment hari ni untuk buka CBD. Berdebar-debar sangat nak buka CBD. Banyak kali pandang muka suami. Minta ditenangkan. Waktu ni kami bawa Aisyah bersama. Tiba masa untuk buka CBD.

Cubaan pertama. Gagal
Cubaan kedua. Juga Gagal
Cubaan ketiga. Dapat keluarkan sikit-sikit

Tapi setelah 30 minit, Ain tak dapat tanggung sakit. doktor scan bladder ain, ya sudah kembang semula. Akhirnya doktor decide untuk Ain pakai semula CBD untuk seminggu tetapi dengan lakukan Bladder Training sendiri. Kali ke 6 tube dimasukkan.

Allah
Waktu ni sedih sangat.

Kenapa kene pakai semula??? ????

4 Mei
Rutin berpantang bersambung di Semenyih.

7 Mei | 11.00 malam
Pagi tadi Ain ada berurut. Sebelah petang pula Ain bertungku. Tak pasti sama ada setelah berurut dan bertungku , adalah penyebab DARAH keluar melalui tube CBD. Tak pasti. Tapi kemungkinan ada.

Waktu ni cuak sangat. Kalau darah keluar tapi tak sakit, tak apa kot. Tapi Ain ada rasa tak selesa dan sakit. Akhirnya decide pergi Emergency Hospital Serdang. Bawa Aisyah bersama. Kesian Aisyah.

CBD yang berdarah.Terus pergi ke hospital Serdang

2.00 pagi | Hospital Serdang
Setelah jumpa doktor, kami pulang dengan perasaan hampa. Oklah, alasan mereka sebab kes ain ni kes dari Hospital Shah Alam, so diorg tak dapat nak buat apa-apa.

At least scan lah bladder ni ke.. tapi tak. Doktor just tgk CBD.Sekadar tengok yang memang tak akan dapat trace apa-apa.

7 Mei | 11.00 pagi | Kecemasan Hospital Shah Alam
Bangun je pagi tu Ain cakap dengan suami :

“Saya Sakit..tak selesa dan tak tahan untuk tunggu next appointment 12 Mei”

Then suami decide untuk terus ke Shah Alam.

Dlm pukul 1 petang, Ain dpt jumpa doc. Alhamdulillah doc ajak buat ultrasound. Bladder kembang sikit. Tp tube pakai. Ada nampak mcm blood clot. Tp kecik je. Then doc decide bukak CBD dulu. Sebab dah kuman. Kotor.

So kene ganti. Tapi doktor rujuk ain ke PAC. Utk tengok jahitan dan luka. Sbb ada bau busuk. Waktu ini, Allah je tahu. Sakitnyaaa. Pakai spatula. Macam nak seluk tu. Ambil sampel. Allah. Sakitnya.

Then doktor bukak CBD dan ambil sample urine. Doc cakap cuba kencing.

Ain pun ambil feel dulu. Tak terus minum air. Sebab masih sakit yang kene seluk tadi. So, Ain pegi pam susu dulu. Makan sikit roti untuk tenaga. Sbb dh lepas lunch. Lapar. Then baru Ain minum air sikit2. Tak nak bladder terkejut.

Alhamdulillah Allah bagi nikmat utk Ain kencing. Dapatlah rasa 4 kali di hospital. Lega mmg lega. Syukur. Then Ain dibenarkan balik. Result urine Alhamdulillah tak ada pape.

Bila tiba di rumah, Ain terus nak cuba kencing lagi. Alhamdulillah dapat sekali kencing. Then Ain makan. Dalam pukul 5.20 ptg. Tapi lepas makan, tiba-tiba tersekat semula. Ain rehat dulu. Ain baring. Ain tidur kejap untuk dptkan tenaga. Tapi hati mmg dah tak sedap.

Lepas maghrib, Ain tuam ais. Then cuba bangun, terus rasa senak. Pergi toilet, dapat kuarkan sikit je. Allah!! Sakit datang semula.

Ain baring semula. Tuam lagi. Then after 15 minutes, Ain ckp dgn suami

“awak. Saya rasa saya tak boleh kencing semula. Ni kalau bangun, sure sakit, so, jom kita plan mcm mana nak ke hospital dan dalam masa yang sama kena cepat. Sebab nanti saya sakit”

Suami baringkan Ain dalam kereta. So, tekanan pada pundi kencing tu tak terlalu kuat. Sambil Ain tuam dgn ais.

Sampai di emergency, suami cuba minta dapatkan katil. Tapi x boleh. Diorang bagi kerusi roda. Tapi Ain dibenarkan terus ke bilik rawatan. Tanpa melalui doktor dahulu. Sebab kes mcm ni tak boleh tunggu lama.

Alhamdulillah dapat rawatan setelah 30 minit. Orang lain tunggu 5/6 jam. Tapi Ain tunggu 30 minit tu dah rasa lamaaaa sangat. Sampai Ain lemah. Kepala dah lentok-lentok. Suami pegangkan kepala.

Masuk bilik rawatan, Ain ckp dengan nurse :

“maaf nurse, nurse buat slow2 ya. Nurse baik”

Ain pujuk diri jugak sebenarnya. Sebab risau kejadian yang sama berulang. Alhamdulillah masuk tube tak sakit langsung. Sebab dia tak ganggu luka jahitan. Syukur. Kali ke 7 tube dimasukkan.

Tapi ada sesuatu terjadi. Iaitu air kencing tak keluar. Dia pelik. Takut dah. Cepat-cepat nurse panggil doktor. Ain mengucap dah. Tapi elok je doktor muncul , baru urine tu mengalir. Tapi slow je. Pelik jugak.

Lepas dapat rawatan, baru Ain jumpa doktor. Sebelum jumpa doktor, pam susu dulu. Dah bengkak dah.

Alhamdulillah balik rumah jam 11 malam.

Allah. Semalam rasa mcm hari yang sangat panjang. Sebelum tidur, Ain ucap syukur. Allah masih sayang. Ain ucap terima kasih kat suami. Suami cakap sabarlah sayang. Ujian dari Allah, adalah untuk menaikkan martabat kita.

12 Mei | 10.00 pagi | Klinik Pakar O&G Hospital Shah Alam
Tibalah masa yang sangat mendebarkan. Iaitu hari dimana tube CBD akan dibuka. Hari ini hari ke 18 berpantang. Sebelum tibanya hari yang mendebarkan ini, Ain banyak contact orang-orang yang Ain rapat. Ain mohon doa dan solat hajat dari mereka.

Ain pun ada contact mereka yang mungkin Ain pernah buat silap. Ain minta maaf dari diorang. Sebab Ain sedar, ujian yang Allah bagi ni adalah untuk menghapuskan dosa-dosa terdahulu. Tetapi dosa sesama manusia, perlu minta maaf dari mereka.

Alhamdulillah, berkat hari ini hari nisfu syaaban, berkat doa dari ramai orang akhirnya CBD dapat dibuka dan Ain dapat membuang air kecil sendiri.

Allah!

Nikmatnya!

“YA ALLAH, terima kasih kerana Engkau telah kembalikan nikmat membuang air kecil ini kembali kepadaku, aku mohon ya Allah agar nikmat ini sampai bila-bila, sehingga akhir hayatku”

Pengalaman ini pengalaman yang tak mungkin Ain akan lupakan sampai bila-bila. Apabila satu nikmat ditarik, barulah kita akan merasa bersyukur. Walhal sebenarnya setiap detik kita sepatutnya mensyukuri tiap nikmat yang Allah pinjamkan kepada kita.

Jangan pernah sombong dan berlagak dengan Allah kerana kita tidak tahu bila nikmat yang dipinjamkan kepada kita akan ditarik.

Terima kasih sebab sudi baca perkongsian Ain kali ini. Mohon maaf di atas setiap pertuturan.

P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna.

Fesyen baju mengandung paling updated dan terkini sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS << 

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS

Team Sale FURBY MOMS:
Sila Whatsapp klik --> Roxy
Sila Whatsapp klik --> Eika

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Secured By miniOrange