7 Tips Menjadi Suami Superb Ketika Isteri Sedang Hamil

7 Tips Menjadi Suami Superb Ketika Isteri Sedang Hamil

7 Tips Menjadi Suami Superb Ketika Isteri Sedang Hamil

7 Tips Bagaimana Menjadi Suami Yang Superb Ketika Isteri Sedang hamil. – Assalamualaikum semua pembaca blog MB. Hari ni MB nak share mengenai 7 tips menjadi suami superb ketika isteri sedang hamil. Jadi para mak buyong sekalian, sila mintak suami korang baca artikel ni sekali ye. Hehe.

Tips 1 – Cari Maklumat Tentang Kehamilan

Bila isteri disahkan mengandung, luangkan masa untuk cari maklumat tentang kehamilan. Sekurang-kuranya tahu perkara asas seperti berapa minggu tempoh kehamilan, tanda-tanda bersalin. Anda juga boleh membaca tahap perkembangan janin didalam rahim isteri, sebagai contoh minggu ke berapa tangan & kaki terbentuk. Lepas tu ceritakan kepada isteri. Pasti isteri anda akan rasa sangat bahagia. Nak jadi superb kan!!!

7 Tips Menjadi Suami Superb Ketika Isteri Sedang Hamil

Tips 2 – Ambil Alih Tugas Isteri

Suami harus bersedia untuk mengambil alih tanggungjawab / tugas harian si isteri. Dan perlu tahu bahawa wanita hamil sering mengalami loya dan keletihan. Melakukan beberapa kerja rumah adalah satu perkara yang mudah untuk dilakukan, tetapi ia amat bermakna kepada seorang wanita yang telah menghabiskan sepanjang hari rasa loya dan letih. Sedikit sebanyak kita sebagai suami perlu bantu si isteri dalam melakukan kerja rumah. Nak jadi superb kan!!!

7 Tips Menjadi Suami Superb Ketika Isteri Sedang Hamil

Tips 3 – Menjadi Pendengar Setia

Walaupun isteri anda teruja untuk melahirkan, dia juga mungkin takut, gelisah atau tidak menentu. Galakkan beliau untuk berkongsi pandangan dan perasaan dengan mendengar rasa kebimbangan isteri anda. Nak jadi superb kan???

Tips 4 – Temani Isteri Anda Temujanji Doktor

Yang ini memang harus dilakukan oleh kaum bapa. Sekali sekala anda kena temankan isteri anda ke pemeriksaan ibu dan bayi. Jangan tunggu isteri sudah hampir nak bersalin baru nak ambil tahu. Kehadiran anda disisi isteri ada akan membuatkan isteri anda lebih selesa semasa pemeriksaan dan anda akan lebih perihatin dan fokus pada perkembangan isteri dan anak anda di dalam kandungan. Nak jadi superb kan???

Tips 5 – Banyakkan Bersabar

Bukan mudah nak menjaga isteri yang mengandung. Penat, sebab tu anda kena bersabar. Sentiasa ingat, isteri dan banyak berkorban. Bukan mudah untuk mengandung dan isteri anda mengandung anak anda, hasil kasih sayang anda berdua. Jadi, Banyakkan bersabar ye. Nak jadi superb kan???

Tips 6 – Temankan Isteri Membeli- belah Barangan Bayi

Apabila kandungan mencecah 7 bulan, pergi bersama-sama membeli pakaian dan segala kelengkapan bayi. Persediaan seperti ini amat menyeronokkan untuk mereka yang bakal bergelar ibu. Macam macam pengalaman yang anda akan dapat, kalau tak percaya cuba lah. In Syaa Allah secara tak langsung kaum bapa sudah pandai membeli kelengkapan anak anda nanti, tak perlu tanya si isteri lagi. Nak jadi superb kan???

7 Tips Menjadi Suami Superb Ketika Isteri Sedang Hamil

Tips 7 – Tingkatkan Amal Ibadah

Semasa isteri mengandung, seeloknya anda meningkatkan amal ibadah. Lakukan segala yang wajib & amalan sunat seperti puasa sunat , solat sunat, banyakkan membaca Al-Quran, bersedekah, dan sebagainya. Banyakkan berdoa supaya tempoh kehamilan & bersalin berjalan dengan baik. Berdoa supaya isteri & bayi anda sentiasa sihat & selamat

InsyaAllah bila si suami amalkan tips-tips di atas,para isteri akan merasa lebih dihargai dan merasa tenang sepanjang mengandungkan zuriat anda.

Hargailah isteri anda sebaiknya.Hargai juga perit maung dia sepanjang membawa kandungan tersebut.

Sesungguhnya tidak ternilai pengorbanan seorang isteri dalam mengandungkan zuriat anda. Jom para suami, ikuti 7 tips menjadi suami superb ketika isteri sedang hamil.

P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna.

Fesyen baju mengandung paling updated dan terkini sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS << 

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS

Team Sale FURBY MOMS:
Sila Whatsapp klik --> Roxy
Sila Whatsapp klik --> Eika

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *