Aku Terkena Bentan Ke Atau Kena Rengat ?

Aku Terkena Bentan Ke Atau Kena Rengat ?

Aku Terkena Bentan Ke Atau Kena Rengat ? – Assalamualaikum semua pembaca blog MB.Korang pernah dengar mengenai bentan? Rengat?

Bila sebut bentan pasti ramai yang tahu tapi bila tanya pernah dengar tentang rengat mungkin hanya segelintir sahaja tahu. Kedua-duanya berlaku ketika dalam tempoh berpantang.

Aku Terkena Bentan Ke Atau Kena Rengat ?

Bentan bermaksud sakit semula setelah hampir sembuh semasa proses rawatan selepas bersalin. Biasa terjadinya bentan kerana ibu tidak menjaga pemakanan, terlampau banyak bergerak dan renyah.

Lain pula dengan rengat, tak semua ibu bersalin pernah merasai sakit rengat. Ini pengalaman salah seorang mak buyong. Baca dan teliti betul-betul. Aku Terkena Bentan Ke Atau Kena Rengat ?


Ini kisahku. Sakit rengat menyerang selepas sehari melahirkan Maryam.

Aku lahirkan Maryam pada 5 may 2016, jam 9.30 malam secara ceaserean.

Lepas setel di labor room, nurse terus tolak aku keluar. Sementara tunggu prosedur seterusnya aku di tolak ke ruang menunggu di dalam labour room .

MasyaAllah sejuknya menggigil seksanya hendak bernafas. Kaki masih tidak boleh bergerak kena kesan bius terasa macam lumpuh.

Selesai semua prosedur di labor room, di tolak masuk ke ward. Terkebil-kebil mata tidak boleh lelap.

Terasa bertapa seksanya lumpuh separuh badan Ya Allah. Harini pun dah menjelang siang.Masih belum dapat lelapkan mata. Hanya mampu berbaring toleh kiri dan kanan.

Akak ipar datang melawat jam 12 tgh hari.

Masa ni aku rasa macam bertarung nyawa utk cuba bangun, MasyaAllah sakitnya tak dapat di gambarkan. Berguling berpintal cuba bangun tapi akak paksa bangun juga supaya perjalanan darah lancar semula.

Menjelang petang baru dapat bangun.

Nurse dah cabut tiup kencing petang tu. Fuhh lega rasa. Tapi masalah baru datang. Nak kencing tapi tak tau macam mana nak turun katil nak ke toilet.

Aku duduk ward 3rd class sebab papa lupa bagi GL awal. So layanan nurse agak kurang memuaskan. Nak bergerak kene tunggu bantuan orang yg datang melawat aku.

Petang tu ibu datang aku terus menangis. Ibu terus tanya :

“awak dah kencing? Ada rasa nak kencing tak?”

Jawabku: “aah nak kencing tapi macam mana nak bangun turun katil“.

Ibu bagi semangat, kita cuba slow-slow.

Nasib baik ibu ada pengalaman operate juga. So dia tahu ape yang perlu buat. Dah meraung, give up pun ada akhirnya berjaya juga dengan bantu ibu dan akak. Ibu suruh naik wheel chair ke tandas sebab kaki tak berapa kuat lagi.

Sampai ke tandas, meraung lagi sebab tak boleh kencing. Ibu duduk sebelah tenangkan aku. Ibu suruh focus.

“Bagitau pundi kencing hantar isyarat ke otak yang sekarang awak nak kencing” 

Lepas 20 minit akhirnya dapat kencing. Fuhhh..leganya rasa…

Balik ke katil baru terasa lapar.

Jamah makanan sekadar mengisi perut sebab takut masuk angin. Ramai yg datang melawat, rasa terhibur dan hilang sekejap rasa sakit ni. Tapi Maryam di NICU kerana lahir besar 4.5kg.

Teringinnya nak tengok Maryam tapi apa kan daya badan masih belum kuat. Lepas jam 7 semua pelawat diarahkan keluar.

Aku rasa letih sangat sebab belum dapat tidur daripada semalam.

Maghrib tu cuba rehatkan badan. Kesan bius dah pun habis. Sakit mula terasa. Tekan butang emergency mintak nurse ubat tahan sakit. Nurse kata doktor tak bagi ambil lebih sebab tengah hari tadi dah suntik.

Aku Terkena Bentan Ke Atau Kena Rengat ?

Jam 9 malam, tiba-tiba terasa perut memulas mencucuk.

Nak gerak ke kiri dan kanan pun tak boleh. Mintak bantuan jiran sebelah buatkan i milo panas. Paksa minum air panas-panas. Lega sekejap. Lepas 15 minit datang semula sakit memulas2…

Jiran sebelah panggilkan nurse. Mintak ubat sakit, nurse kata tak boleh bagi. Memang pasrah malam tu.

Nurse jangan harap nak layan sakit ko. Aku call papa mintak dia datang sekarang. Papa kata dia di ampang ambil tungku. Ya Allah rasa tak tau nak mintak tolong dengan siapa. Mintak papa datang segera juga.

Ya Allah semakin kuat sakit…

“Sakitnya Ya Allah..tolong!”
“Sakitnya Ya Allah..tolong!”
“Sakitnya Ya Allah..tolong!”

Itu je yg mampu keluar dari mulut aku…

Muka aku dah pucat sesangat. Nurse langsung tak hiraukan aku.

Kalau la ada nurse lalu depan aku waktu tu, rasa nak tendang je. Mujur dapat jiran sebelah yang baik hati.dia bantu sapukan minyak panas di pinggang dan urut kaki.

Selepas 2 jam baru papa sampai.

“Saya nak ke tandas tapi saya tak boleh nak bangun”

Papa tenangkan aku. Basuhkan muka dan bantu aku untuk bangun. MasyaAllah macam ade sesuatu menumbuk diperut masa tu. Menggigil menahan sakit akhirnya terduduk ke di kerusi roda.

Papa tolak ke tandas. Sampai je tandas ade seketul darah bantal keluar. Ya Allah leganya masa tu. Rupanya itulah RENGAT. Darah bantal yang tertinggal di dalam rahim. Sakitnya adalah seperti sakit hendak bersalin.

Jika ia tidak keluar sekaligus semasa proses kelahiran,darah ini akan menjadi beracun di dalam rahim ibu. Saiz darah ni berbeza-beza iaitu daripada sebesar penumbuk sehingga ke saiz lebih besar bertekstur lembik.

Bagi ibu yang darahnya tidak habis keluar bersama uri maka mereka berisiko untuk mendapat sakit rengat. Ketulan darah yang bergerak-gerak dalam rahim ibu atau merian seolah-olah seperti bayi lagi yang perlu di keluarkan.
Itulah rengat yang buat aku fobia untuk beranak lagi sehingga sekarang.

Sedikit perkongsian aku tentang sakit rengat ikut pemahaman aku

Bila terjadinya sakit rengat?

Mengikut pengalaman seorang bidan urut yang berpengalaman selama 19 tahun sakit rengat kebiasaanya menyerang selepas sehari melahirkan bayi dan jumlah masa kesakitan yang di alami bergantung pada tubuh badan seseorang.

Pentingnya Amalan Berpantang

Biarpun semasa proses kelahiran darah kotor ibu sudah keluar banyak bersama uri,namun sekiranya tertinggal secebis sahaja pun dah rasa sakit sangat rengat ni.

Jadi pastikan ibu-ibu ambil cakna mengenai hal ni ya. Kebiasaan selepas bersalin,tubuh akan ringan dan penglihatan juga terang.

Walaupun tidak semua ibu menghadapi masalah ini namun bagi ibu hamil perlu mengambil tahu hal ni.Setiap kali sakit rengat,perut ibu akan tegang. Sangat penting bagi ibu melakukan urutan selepas bersalin.

Ada sesetengah ibu yang suka mengurut selepas 2 minggu selepas bersalin. Keadaan ini akan membuatkan angin sempat masuk ke dalam badan ibu dan jika terdapat ketulan darah kotor yang tertinggal ia sudah sampai tahap beracun.

Oleh itu,tersangatlah penting amalan tradisional seperti bertungku,berbengkung dan bertangas. Ramai kini ibu-ibu sudah tidak mahu berparam dan berpilis sebab baunya busuk.Tapi sebenarnya banyak kebaikan mengikut cara tradisional ini bagi memastikan badan ibu pulih sepenuhnya dengan cepat.

Rawatan Rengat

Sekiranya ibu mengalami rengat,kebiasaan doktor akan memberikan ibu tahan sakit. Bagi kaedah tradisional,sapuan minyak urut herba panas pada perut ibu dan disertakan tuaman menggunakan tungku.. Ini adalah untuk membantu pengeluaran ketulan darah beracun dari rahim ibu.

Petua Tradisional

Tumbuk halus kunyit hidup dan campurkan bersama air asam jawa dan gula merah.Kacau dan minum.Boleh juga di tambah dengan telur ayam kampung. Minum 2-3 kali sehari atau sehingga sembuh.

Aku Terkena Bentan Ke Atau Kena Rengat ?

Memang penjagaan selepas bersalin sangat penting. Aku Terkena Bentan Ke Atau Kena Rengat?

Senang cerita rajin-rajinlah ibu bertungku dalam pantang..Bertungku 2 kali sehari – pagi selepas subuh dan petang sebelum maghrib. Jangan malas nak berbengkung ya.

Ambillah set berpantang bersesuaian supaya ibu dapat bekalan nutrisi,bertenaga dan luka cepat sembuh. Penyusuan susu ibu juga membantu rahim ibu cepat mengecut.

FARHANA BAHARUDDIN
Founder Furby Moms

P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna.

Fesyen baju mengandung paling updated dan terkini sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS << 

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS

Team Sale FURBY MOMS:
Sila Whatsapp klik --> Roxy
Sila Whatsapp klik --> Eika

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *