Pengalaman Ibu Mengandung Bila Terberanak Dalam Kereta

Pengalaman Ibu Mengandung Bila Terberanak Dalam Kereta

Pengalaman Ibu Mengandung Bila Terberanak Dalam Kereta

Pengalaman Ibu Mengandung Bila Terberanak Dalam Kereta – Assalamualaikum semua pembaca setia blog MB. Terima kasih sebab korang tanpa henti tak jemu menunggu artikel terbaru dari MB. MB pun makin bersemangat nak share dengan korang.

Hari ni MB nak share satu kisah benar yang terjadi pada salah seorang mak buyong kita. Kisahnya pengalaman ibu mengandung bila terberanak dalam kereta.

Jadi bagi korang yang takut kalau terjadi perkara yang sama takut terbersalin sendiri, ini tips yang korang boleh lakukan. Jom baca!

Diceritakan dari kisah sebenar Aqilah Zulkifele yang berkongsi pengalamannya.

Pagi ni genap kandunganku 40 minggu. Aku masih teruskan rutin harian seperti biasa.

Bangun pagi seperti biasa.Siapkan Aisyah untuk hantar ke rumah pengasuh.

Tapi kebetulan Aisyah pula demam, jadi aku buat keputusan mohon cuti awal untuk hantar anak ke klinik sambil cuti bersedia untuk bersalin walaupun masih belum ada tanda-tanda untuk bersalin. Aku bawak sekali pengasuh Aisyah ke klinik.

Sambil menunggu giliran Aisyah di klinik,tiba-tiba bunyi ‘pop’ ! Aku dah mula rasa cuak.

Terus ke tandas, tapi bila check pada panties tak ada sebarang air atau darah yang keluar pun. Hurm,so lega kejap. Sambung bawak Aisyah masuk jumpa doktor kemudian selesai.

Kebetulan pula belakang klinik ada pasar jumaat, teringin nak singgah kejap walaupun dalam wallet cuma ada RM10. Gagahkan diri pergi cucuk duit kejap.

Masa nak ke bank tu, dah mula rasa sakit kat bahagian ari-ari.

Rasa sakit kejap dalam 3 minit, kemudian hilang. Lepas 10 minit sakit lagi, then hilang. Dalam hati dah cuak sebab ni macam-macam tanda contraction dah ni.

Tapi walaupun dah banyak tanda bersalin muncul, tetap semangat nak pergi pasar.

Habis pusing pasar terus drive balik ke rumah pengasuh Aisyah. Aku boleh bertenang lagi sebab pengalaman masa nak melahirkan Aisyah dulu,lambat nak keluar walaupun tanda-tanda dah banyak. Tu yang boleh rileks lagi.

Dalam perjalanan nak sampai ke rumah pengasuh Aisyah, sakit tu datang lagi selang 5 minit sekali.

Sampai rumah pengasuh,aku baring kejap atas kerusi sambil merengkuk menahan kesakitan. Kali ni memang tak boleh tahan dah.Terus aku mintak si Syamel anak pengasuh Aisyah hantar aku ke hospital.

Sambil tunggu dia bersiap, aku turun duduk di lantai. Masa nak bangun duduk ke lantai aku rasa macam kepala baby dah kat bawah. Aku cuba baring sekejap.

Tak lama kemudian Syamel dah siap, kitorang terus gerak ke hospital.

Sepanjang perjalanan, aku rasa sakit yang teramat. Masa ni memang aku rasa kepala baby dah kat bawah bontot dah sebab aku cuba seluk dengan tangan. Masa tu panik tak boleh nak fikir apa dah. Dalam kepala tahu nak teran je.

Bila pengasuh nampak aku nak teran, dia suruh si Syamel berhenti tepi jalan.

Dia berhenti je kereta, terus aku teran sampai kepala baby dah keluar sampai leher.

Pengasuh suruh teran lagi,terus laju baby keluar full tapi tali pusat dia terbelit dekat leher. Dengan saki baki tenaga yang aku ada, aku betulkan tali pusat dia.

Alhamdulillah baby selamat. Pengasuh terus balut baby dengan kain batik.

Tapi aku mula rasa cemas sebab baby tak menangis. Terus aku tepuk-tepuk belakang baby then cakap ‘dik,nangislah’. Aku tepuk lagi sampai dia menangis dan Alhamdulillah dia menangis. Lega!

Tanpa berlengah, si Syamel terus singgah di klinik desa yang berhampiran untuk potong tali pusat dan keluarkan uri. Sampai je di klinik, nurse tengok baby dah berak dan tanya bila dia berak.

Aku cakap la tak pasti tapi masa keluar memang tak ada berak pun. Masa dalam kereta tu jugak nurse terus potong tali pusat baby dan ambil baby untuk diuruskan apa yang patut.

Masa ni uri pun belum dikeluarkan lagi. Nurse tanya aku larat ke tidak nak berjalan masuk ke klinik untuk keluarkan uri. Aku terus cakap memang tak larat.

Jadi decide keluarkan uri dalam kereta je. Mula-mula masa nak keluarkan uri tu,susah sikit. Bila nurse masukkan tiub kencing,barulah senang untuk tarik uri tu keluar. Bunyi ‘plup’ tanda uri dah keluar.

Kemudian kali ni memang aku kena kuatkan semangat jugak untuk bangun masuk ke klinik dengan bantuan nurse sebab nak bersihkan baju dan lap tukar baju baru. Darah dah penuh kot dalam kereta.

Sementara tu tunggu ambulans sampai sebab baby kekurangan oksigen. Nasib baik nurse dekat klinik bagitahu keadaan baby dah biru,jadi ambulans sampai cepat walaupun hari ni hari jumaat ambulans terhad.

Sambil menunggu tu, doktor suntik Vitamin K untuk kecutkan rahim dan baby pun kena suntikan vaksin sama. Alhamdulillah lega sebab sempat bertarung keluarkan baby. Baby pun dah mula merengek sebab lapar agaknya. Ni dah masuk anak kedua jadi tak ada la kekok sangat.

Ambulans sampai je, kami terus anak beranak naik ke dalam van.

Baby masa ni terpaksa pakai bantuan mask oksigen. Sampai di hospital, doktor cek laluan keluar samada perlu dijahit atau tidak. Ada sedikit koyakan bentuk Y.

Jadi memang terpaksa kena jahit walaupun susah sikit. Masa ni tak rasa dah sakit bersalin, tapi sakit kena jahit pulak. Sakitnya aduhhhh! Rasa macam nak tendang doctor tu.

Semua setel terus masuk wad. Ayah baby pun dah sampai. Alhamdulillah semuanya selamat. Pengalaman kali ni memang pengalaman yang aku akan ingat sampai bila-bila. Hahaha.

Pengalaman melahirkan Arjuna Aryan pada jam 11.30 pagi dan tempoh contraction sangat sekejap dalam 1 jam. Air ketuban takde leaking dan air ketuban keluar skali dengan baby.

Alhamdulillah.

Ini lah serba sedikit perkongsian pengalaman ibu mengandung bila terberanak dalam kereta. Korang yang di luar sana ada yang pernah alami pengalaman macam ni?

P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna.

Fesyen baju mengandung paling updated dan terkini sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS << 

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS

Team Sale FURBY MOMS:
Sila Whatsapp klik --> Roxy
Sila Whatsapp klik --> Eika

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *