Kisah Baru Dalam Hidupku-Aku Mengandung!

Kisah Baru Dalam Hidupku-Aku Mengandung! – Usai fasa perkahwinan, semua pasangan pasti menantikan fasa seterusnya iaitu fasa mengandungkan zuriat dari benih bersama suami tercinta. Tuah begitu menyebelahiku. Cukup sebulan usia perkahwinan,aku dan suami dikurniakan ‘rezeki besar’ dari Nya.

Perasaanku ketika itu memang tidak tergambar gembiranya. Rasanya mahu melompat-lompat sambil beritahu seisi dunia betapa gembiranya aku.

Mana tidaknya,bakal bergelar seorang ibu kepada khalifah kecil dalam perut,Itulah saat yang paling dinantikan setiap wanita di dunia ini. Bermula detik aku mengetahui bahawa aku mengandung,aku mula ‘mengGOOGLE’ setiap maklumat ataupun tips-tips penting sepanjang kehamilan.

Hari yang mendatang aku lalui seperti biasa.Rutin kerja aku masih lagi seperti biasa. Naik turun LRT tanpa ditemani suami tercinta. Berdikarinya aku ni kan? Aku fikir ‘aku kuat’ bila aku naik turun tangga LRT gaya macam bukan orang mengandung. Tapi ternyata aku silap!

Pada waktu pagi untuk mandi bersiap ke tempat kerja,aku dikejutkan dengan ‘tompokan darah’ di pantiesku. Ketika itu usia kandunganku sudah memasuki 16 minggu.

Tanpa berlengah,aku terus ke rumah sakit angkatan tentera yang terletak tidak jauh dari kuarters tempat tinggalku. Sesampainya di sana,aku dipanggil terus ke bilik doktor memandangkan pesakit ketika itu tidak ramai dan kes aku dianggap sebagai kes kecemasan.

Hampir 15 minit doktor bertugas membuat pemeriksaan. Ketika itu peluh,gemuruh bercampur baur dalam hatiku. Selepas 15 minit, doktor bertugas bersuara:

Maaf puan, baby puan sudah tiada.

Allah! Semudah itu doktor itu menyampaikan berita sedih yang aku kira sangat-sangat meremukkan hati aku. Dahla tanpa ditemani suami, telingaku berdesing menahan ‘kenyataan’ yang disampaikan doktor sebentar tadi.

Tapi aku tetap tidak berpuas hati. Biarpun suamiku sibuk di dalam hutan dek operasi menyelamat selamat 3 minggu, aku tetap gagahkan diri drive sendirian ke HUKM bagi mendapatkan kepastian dari doktor pakar. Masa tu,pendarahanku semakin ‘rancak’.

Sampai di kecemasan HUKM,aku dilayan dengan sebaiknya oleh seorang doktor wanita. Tanpa berlengah,perutku di scan oleh beliau dengan lemah lembut. Masa ni perasaan aku dah mula untuk redha dan lega dek kerana layanan beliau yang sangat menyentuh hatiku. Selepas 15 minit dia scan perut aku,dia mula bersuara:

Puan, saya harap puan tabah dan redha. Hasil pemeriksaan saya melalui imbasan, saya gagal menjumpai dan mendapati jantung baby sudah tiada. Jadi saya dukacitanya nak maklumkan bahawa baby puan sudah tiada. Saya harap puan kuat dan tabah dengan ujian ini.

Ya, aku redha. Redha dan berlapang dada sangat dek kerana doktor ini sangat berlemah lembut dengan jawapan beliau. Hatiku yang pada mulanya tidak tenang, kini kembali tenang dan redha dengan ujianNya.

Doktor memberi pilihan pada aku samada hendak tunggu 2 minggu lagi ‘gugur secara natural’ atau induce. Aku buat keputusan untuk tunggu dengan harapan ‘keajaiban’ berlaku.

Mana tahu Allah mendengar rintihanku dan heart beat baby kembali ada. Petang tu aku terus pulang ke rumah dan half day. Aku inform office bagitahu mengenai kes aku keguguran.

Malamnya di rumah, aku meraung kesedihan sensorang. Bayangkan aku lalui detik yang aku pasti tiada seorang pun bakal ibu di dunia ni sanggup nak lalui.

Tanpa suami di sisi. Emosi aku sangat tak menentu malam tu. Aku tak tahu pada siapa harus aku luahkan semua tu. Hanya bantal menemani air mata yang laju mengalir di pipi.

Keesokan paginya,aku bangun dengan badan yang sangat lemah menuju ke bilik air. Sekali lagi aku semakin emosi,aku lihat semakin banyak darah yang keluar di pantiesku.

Tanpa berlengah, aku bersihkan diri dan call mintak kawan aku Liza hantarkan aku ke hospital. Memang masa ni aku dah sangat lemah. Nak turun tangga pun tak larat sangat. Mujur Liza rumahnya tak jauh dari rumah aku.

Tanganku masih lagi kuat untuk call suami, tapi gagal. Aku hanya mampu sampaikan mesej pada penyelia suami untuk sampaikan padanya yang aku keguguran.

Sampai di hospital,doktor suruh berehat dan masukkan aku ke wad. Malam tu doktor suruh aku start puasa. Start pukul 9 malam,doktor masukkan ubat dan air.

Sejam lepas tu aku dah mula rasa contraction. Sakitnya Allah sahaja yang tahu. 13 jam aku menahan sakit contraction tu. Esoknya jam 10 pagi,aku tumpah darah atas katil. Doktor bagitahu kantung aku dah keluar. Terus hilang semua kesakitan.

Tapi biarpun kesakitan tu hilang, tapi kesedihan yang aku bendung masih lagi menebal. Kiri kanan katil aku semua pulang dengan bayi masing-masing. Tapi aku?

Aku semakin bertambah emosi bila semua ni aku lalui tanpa suami di sisi. Semuanya sendiri!

Sakitnya aku sendiri!
Sedihnya aku sendiri!
Sendiri!

Suamiku hanya sampai di hospital setelah doktor beri kebenaran untuk aku pulang ke rumah. Jam 4 petang baru dia sampai. Dalam keadaan emosi tidak stabil, aku marahkan suamiku.

Aku tuding jari pada dia. Aku salahkan dia sebab semuanya berpunca dari dia. Kalau dia tak biarkan aku pergi kerja tiap hari dengan naik turun tangga LRT, semua ni takkan terjadi!

Bersambung…

P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna.

Fesyen baju mengandung paling updated dan terkini sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS << 

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS

Team Sale FURBY MOMS:
Sila Whatsapp klik --> Roxy
Sila Whatsapp klik --> Eika

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *