Berkenalan Hingga Terlanjur, Ini Yang Berlaku Selepas Itu. Pilu!

Berkenalan Hingga Terlanjur, Ini Yang Berlaku Selepas Itu. Pilu!

Berkenalan Hingga Terlanjur, Ini Yang Berlaku Selepas Itu. Pilu!

Berkenalan Hingga Terlanjur, Ini Yang Berlaku Selepas Itu. Pilu! – “Zuriat Aku Anak Haram..” – Zina adalah perilaku terkutuk yang sangat keji sehingga memberi kesan yang amat buruk kepada penzina itu sendiri khususnya dan kepada seluruh umat amnya.

Di zaman sekarang, banyaknya saluran dan media yang berusaha menyeret kearah perbuatan keji ini. Maka perlu untuk setiap orang mengetahui bahaya dan akibat buruk yang timbul dari dosa zina.

Kita semua hendaklah lebih berhati-hati dan berwaspada agar tidak terjerumus, hatta, walaupun hanya mendekatinya. Nauzubillah.

Ingin kak Fara kongsikan dengan anda, temu bual akak dengan seorang gadis yang terlanjur dan terjebak dalam kancah zina sehingga menimbulkan rasa sesal yang amat pilu. Namun, masih belum terlambat untuknya bertaubat. Sama-samalah kita ambil iktibar.

Bercinta Dengan Lelaki A Dan Bertemu Dengan Lelaki B

Kak Fara : Salam. Boleh ceritakan kat akak, macam mana awak boleh terjebak? Akak nak kongsikan dengan pembaca-pembaca diluar sana, jika awak tak keberatan.

Gadis X : Wsalam kak Fara. Oh, boleh je. Saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan agama. 5 tahun bercinta dengan seorang lelaki A yang amat baik pada pandangan hati saya. Dalam masa keluarga kedua-dua belah pihak sedang merancang untuk menyatukan kami, saya dipertemukan secara kebetulan dengan lelaki B.

Baru Sebulan Kenal Hingga Terlanjur

Kak Fara : Berapa lama awak kenal dengan lelaki B dan apa yang berlaku selepas itu?

Gadis X : Entah mana silapnya, kak Fara. Tapi saya yakin yang buruk itu datangnya dari diri sendiri. Saya mengenalinya baru sebulan. Masih baru tapi kami terlanjur hingga mengadakan hubungan terlarang tu dan ianya hanya berlaku “sekali” sahaja. Tapi kesannya amat saya kesalkan hingga sekarang untuk dikenang.

Kak Fara : Bagaimana hubungan awak dengan lelaki A?

Gadis X : Untuk pengetahuan kak Fara, saya mengandungkan anak B. Sangat pahit untuk ditelan, saya terpaksa memutuskan hubungan saya dengan A, kak Fara. Sedangkan dialah yang sebenar-benarnya cinta hati saya yang amat menjaga batas pergaulan kami dan bersama menjaga maruah saya.

Tak Sanggup Cerita Hal Sebenar Kepada A

Kak Fara : Maksudnya, lelaki A tidak tahu mengenai hal ini sampai sekarang? Kenapa awak tak berterus terang je?

Gadis X :Tak kak Fara. Sampai ke saat ini, lelaki A masih tidak tahu atas alasan apa sebenarnya saya membawa diri. Saya memang tak sanggu beritahu dia kerana dia terlalu baik untuk saya lukakan hatinya. Setahun saya menghilangkan diri tak balik ke kampung semata-mata untuk membesarkan anak yang ada di dalam kandungan. Nasib saya baik kerana ada kawan-kawan yang sudi membantu di samping duit simpanan yang tak seberapa.

9 Bulan Mengandungkan Bayi Yang Tidak Berdosa

Kak Fara : Sesetengah wanita ada yang tak sanggup kendong bayi sampai 9 bulan. Ada yang gugurkan je kandungan. Tapi kenapa awak sanggup?

Gadis X : Saya rela menunggu 9 bulan mengandungkan anak yang bagi saya dia langsung tak berdosa atas perbuatan saya. Jika saya gugurkan, ianya bukan melegakan hati saya tetapi menambahkan lagi rasa bersalah dalam diri saya. Saya nekad putuskan hubungan dengan lelaki B setelah 3 bulan saya mengandung. Itupun setelah terbongkar bahawa B rupanya suami orang dan dah ada anak 5. Saya hanya berserah pada Allah dan saya yakin satu hari nanti B akan dapat balasannya.

Terpaksa Serah Anak Kepada Pasangan Lain

Kak Fara : Jadi macam mana keadaan bayi awak sekarang?

Gadis X : Sampai masa bayi saya dilahirkan, bayi lelaki ini amatlah sebijik muka saya. Sedikit lega kerana tiada iras-iras muka lelaki B. Walaupun rasa sayang pada anak saya cukup tebal dalam hati, saya terpaksa juga serahkan anak saya pada satu pasangan suami isteri yang hampir 10 tahun kawin dan masih belum dikurniakan anak sendiri.

Keluarga Tidak Tahu Anak Luar Nikah Yang Dilahirkan

Kak Fara : Allahu. Kenapa awak tak membesarkannya? Penerimaan keluarga macam mana?

Gadis X : Mungkin rezeki saya dipertemukan dgn mereka. Saya memang tak boleh membesarkan dia sebab sepanjang mengandung, tiada seorang pun dari ahli keluarga saya tahu cerita ini. Saya tak sanggup nak mencalarkan hati kedua ibu bapa saya.

Sebulan Sekali Jenguk Ke Kampung, Setahun Menjadi Rahsia

Kak Fara : Tapi tetap balik ke kampung keluarga awak?

Gadis X : Ya kak Fara. Bila semuanya selesai, seperti biasa setiap bulan sekurang-kurangnya sekali saya menjenguk ke kampung yang mana dalam masa setahun yang penuh rahsia tu inilah perkara yang amat saya inginkan.

Banyak Dekatkan Diri Dengan Allah

Kak Fara : Sepanjang awak mengandungkan anak awak, apa yang awak rasa dan fikirkan?

Gadis X : Oh ya.. sepanjang mengandungkan anak saya, saya lebih banyak mendekatkan diri dengan Allah. Bertaubat nasuha, tak tinggal sembahyang, setiap masa terluang mengaji al-quran dan kerap juga berpuasa kerana tak punya cukup wang untuk makan. Saya juga sering bermuhasabah diri. Mengharapkan keampunan dariNya. Saya sering berdoa agar hidup saya selepas ini akan lebih bersinar.

Akhirnya Bertemu Dengan Lelaki C

Kak Fara : Nampak sekarang ini awak dah berkahwin. Bagaimana penerimaan suami tentang apa yang dah jadi pada diri awak?

Gadis X : Alhamdulillah.. setelah semua ini berakhir, saya dipertemukan Allah dengan lelaki C. Hubungan yang sekadar kawan biasa diikat akhirnya berakhir dengan ikatan perkahwinan. Apa yang pasti, saya tak pernah sekalipun menceritakan kisah silam saya. Walaupun masih ada kesan torehan doktor di tut semasa bersalin dulu, sehingga saat ini suami saya langsung tak pernah bertanyakannya. Mungkin difikirannya tertanya-tanya juga tapi saya amat yakin, dia tetap menyayangi dan mencintai saya sepenuh hatinya.

Kak Fara : Akak yakin. Suami awak pasti memahami awak dan menyayangi awak sepenuh hati tanpa persoalkan kisah silam awak. Apa pun, terima kasih kerana meluangkan masa dengan akak dan berkongsi cerita. Akan akak kongsikan untuk pembaca blog akak. Akak doakan moga hubungan awak dan suami berkekalan hingga ke jannah dan dipermudahkan segala urusan.

Gadis X : Inshaallah. Terima kasih kak.

Setelah apa yang gadis X ceritakan pada kak Fara, apa yang akak boleh katakan sentiasa muhasabah diri, jaga kehormatan diri kita dan suami.

Menerima dan mencintai suami sepenuh hati, hormatkan suami, jaga makan pakai suami, jaga penampilan kita di hadapan suami. Kak Fara yakin, pasti hidup kita diberkati Allah.

Apapun masalah yang kita hadapi, ada lagi org lain yang punya masalah yang lebih berat dari kita. Segala ujian yang Allah beri, ianya tak lain selain menguji tahap keimanan dan ketaqwaan kita padaNya.

Tak perlu dikesalkan perkara yang lepas kerana kita hanya perlu fokus pada apa yang kita nak untuk masa depan. Walaupun beliau pernah terlanjur suatu ketika dahulu, belum tentu dia jodoh yang ditetapkan buat kita.

Pada wanita yang masih muda tapi hadapi masalah seperti dalam cerita yang kak Fara kongsikan ini, banyak lagi halangan lain yang belum anda tempuh.

Kalaupun inilah ujian yang paling besar kita rasakan, ia sekadar proses mendewasakan kita. Apa yang penting adalah perasaan kedua ibu bapa. Lakukan solat sunat taubat dan selebihnya berserah dan redha padaNya.

“Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Furqaan 25:70)

P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna.

Fesyen baju mengandung paling updated dan terkini sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS << 

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS

Team Sale FURBY MOMS:
Sila Whatsapp klik --> Roxy
Sila Whatsapp klik --> Eika

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *