Bagaimana Cara Berpantang Bila Kandungan Gugur

Bagaimana Cara Berpantang Bila Kandungan Gugur

Bagaimana Cara Berpantang Bila Kandungan Gugur

Bagaimana Cara Berpantang Bila Kandungan Gugur – Amalan berpantang semakin dilupakan oleh wanita zaman moden yang tidak bekerjaya. Ini kerana mereka beranggapan, berpantang adalah proses leceh dan rumit dari segala aspek.

Penjagaan luaran bagi ibu-ibu bersalin semakin dipandang remeh dan diambil ringan oleh kebanyakan wanita hari ini terutamanya amalan berurut, bertuam, bertungku, bertangan dan berbengkung. Memang diakui tempoh berpantang agak membosankan.

Tidak dinafikan amalan-amalam ini nampak leceh, namum kesannya akan nampak pada tempoh yang agak panjang. Sekiranya penjagaan diri semasa dalam pantang bersalin diabaikan, kesannya mungkin tidak berlaku serta merta.

Bagaimana pula untuk wanita yang mengalami masalah keguguran?

Tak ramai sebenarnya yang menyedari betapa pentingnya penjagaan diri selepas keguguran. Malah ada orang tua-tua berpendapat, ia lebih penting atau sama berbanding berpantang selepas melahirkan bayi.

Keguguran boleh menyebabkan masalah “angin” yang berpunca dari keracunan darah. Keracunan inilah yang menyebabkan wanita lebih cenderung terdedah dengan risiko jangkitan pelbagai penyakit.

Para ibu akan mengalami bisa seperti sakit yang tajam di bahagian ari-ari , pinggang dan sendi setelah keguguran.

Tempoh Berpantang Selepas Keguguran

Menurut nasihat bidan-bidan dan petua dari orang lama, lagi lama berpantang lagi bagus sebenarnya. Mereka mengesyorkan cara berpantang bagi yang alami masalah keguguran sama seperti orang yang bersalin iaitu selama 44 hari.

Dalam keadaan wanita yang bekerja sekarang ini, hampir mustahil untuk berpantang seperti mana wanita bersalin berpantang. Oleh sebab itu, wanita yang keguguran digalakkan berpantang selama 2 minggu setelah disahkan keguguran. Tempoh ini sama seperti cuti rehat yang dikeluarkan pihak hospital.

Pemakanan Ketika Berpantang

Dari segi perubatan, doktor mengesyorkan para ibu yang alami keguguran mengambil makanan yang seimbang, berkhasiat, dan elakkan makanan yang berminyak, berlemak atau yang terlalu manis. Seeloknya, banyakkan pemakanan yang berkhasiat seperti sup panas, susu panas, oat, buah kurma, kismis, sayur sawi dan ikan selar serta minum banyak air suam.

Dalam pada masa sama, elakkan juga dari makan ikan yang berbisa seperti terubuk, bawal hitam, cencaru, tamban, sardin, dan pari. Termasuk juga makanan-makanan laut seperti sotong, udang, kerang, belacan, budu, cencaluk dan ikan masin.

Aktiviti Ketika Berpantang

Anda boleh bekerja semula selepas tempoh 2 minggu kecuali jika berasa terlalu lemah atau letih. Seandainya mengalami demam yang teruk, pendarahan yang terlalu banyak atau lelehan berbau di faraj semasa atau selepas tempoh tersebut, segeralah berjumpa dengan doktor.

Selain dari itu, hadkan juga pergerakan agar jangan terlalu aktif dan elakkan dari mengangkat barang-barang yang berat dalam tempoh sebulan selepas keguguran. Pastikan anda kerap pakai stokin dan baju lengan panjang sepanjang masa.

Penjagaan Rahim Selepas Keguguran

Penjagaan rahim selepas keguguran perlulah dijaga dengan rapi. Kebiasaannya jika keguguran berlaku di fasa awal kehamilan, janin yang baru terbentuk akan terkeluar seluruhnya dari badan secara semulajadi. Seandainya usia kehamilan melebihi 10 minggu, keguguran cenderung menjadi tidak lengkap dan bahagian rahim perlu dibersihkan melalui proses yang diberi nama D&C (Dilation & Curettage).

Jika bahagian rahim tidak dibersihkan dengan sempurna, toksin boleh meresap ke dalam sistem tubuh badan hingga menyebabkan demam panas atau jangkitan pada bahagian peranakan.

Selain daripada itu, anda boleh berurut, bertungku, mandi herba, dan sebagainya seperti ruti harian biasa. Ini sekali gus dapat membantu melancarkan peredaran darah, melegakan kesakitan serta memberikan keselesaaan dan memulihkan tenaga.

Mengandung Semula Setelah Keguguran

Dalam tempoh 14 hari semasa berlakunya keguguran atau selepas disahkan keguguran, anda tidak digalakkan melakukan hubungan intim. Berdasarkan hukum Islam, wanita tidak boleh disetubuhi selagi mereka mengalami pendarahan. Mustahak bagi para suami memahami emosi wanita yang mungkin masih lagi berasa murung akibat keguguran.

Bak kata orang-orang lama kita, suami kena “berpantang” hingga 30 hari tetapi itu bergantung kepada keadaan fizikal si isteri ketika itu. Sekiranya anda pernah mengalami beberapi kali keguguran, lebih elok dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu tentang tempoh waktu yang sesuai untuk mengandung semula.

Jangan Berhenti Check-Up Dengan Doktor

Setelah seseorang wanita disahkan mengalami keguguran, kebiasaannya akan diberi tarikh temujanji dari doktor untuk terus menjalani pemeriksaan berterusan. Amat penting mematuhi temujanji ini supaya tahap kesihatan anda dapat dipantau sebaiknya.

Dalam pada masa sama, pastikan anda cukup rehat dan tidak terlalu stress memikirkan tentang kehilangan bayi yang dinanti-nanti selama ini.

Kongsikan emosi dan masalah anda bersama suami, ibu atau rakan terdekat. Teruskan berdoa dan kuatkan semangat untuk bangkit semula.

Sentiasa berfikiran positif dan jangan mudah berputus asa. Inshaallah, ada rezeki yang menanti tidak lama lagi. Harap bagaimana cara berpantang bila kandungan gugur ini dapat memberi sedikit pendedahan kepada ibu-ibu di luar sana.

P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna.

Fesyen baju mengandung paling updated dan terkini sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS << 

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS

Team Sale FURBY MOMS:
Sila Whatsapp klik --> Roxy
Sila Whatsapp klik --> Eika

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *