Perbezaan antara susu tepung biasa dengan susu formula khas untuk ibu hamil

SOALAN

Apakah ada perbezaan antara susu tepung biasa dengan susu yang diformulasikan khas untuk ibu hamil. Mana satu yang patut saya amalkan sepanjang kehamilan? Ataupun adalah lebih baik jika saya mengamalkan meminum susu UHT yang dipasteur?
Azwa
Kemaman, Terengganu

JAWAPAN

Ibu hamil amat memerlukan zat-zat nutrisi seimbang demi memastikan tahap kesihatan ibu berada dan pertumbuhan bayi pada tahap optimum selaras dengan umur kehamilan. Keperluan nutrien semasa hamil meningkat, terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga.

Selain karbohidrat, ibu juga memerlukan protein, lemak, kalsium, asid folik, zink, Vitamin B, C, D, E dan pelbagai mikronutrient lain. Semasa hamil, ibu memerlukan lebih kurang 1,000mg kalsium setiap hari. Menurut laporan USDA, ibu hamil disyorkan untuk mengambil 3 cawan susu atau produk tenusu setiap hari. Secawan susu mengandungi kira-kira 305mg kalsium. Maka, 3 cawan susu dapat membantu anda memenuhi keperluan kalsium harian yang diperlukan ketika hamil.

Susu merupakan sumber kalsium yang penting. Kalsium yang terkandung dalam susu penting untuk pembentukan gigi dan tulang bayi dalam kandungan. Selain itu, kalsium juga memiliki peranan penting dalam membantu melancarkan rangsangan pada saraf dan otot bayi. Selain kalsium, susu juga mengandungi vitamin D, nutrisi penting untuk mencegah masalah bayi kurang berat dan pertumbuhan bayi terbantut (IUGR) dan mengurangkan risiko ibu hamil mendapat penyakit preeklampsia.

Di samping itu, susu juga mengandung Asid Folik dan DHA yang berperanan dalam pembentukan saraf serta otak bayi. Perubahan fisiologi ibu ketika hamil juga menyebabkan ibu cenderung untuk mengalami masalah  pedih ulu hati  dan gastrik. Pengambilan susu dapat melegakan simptom ini kerana susu juga adalah sejenis antacid.

Pengambilan susu amat penting ketika hamil. Tetapi persoalan yang sering diajukan oleh ibu hamil adalah susu yang mana lebih baik?

  1. Susu Penuh Krim
    Susu penuh krim memiliki kandungan lemak hampir 3.5 % lebih banyak dan 149 kalori secawan. Ia juga mengandungi sekitar 5 gram lemak tepu untuk satu cawan penyajian.
  2. Susu Lembu Yang di Pasteur
    Pasteurisasi adalah satu proses pemanasan makanan atau minuman dengan tujuan membunuh organisme seperti bakteri dan suatu proses untuk memperlambatkan pertumbuhan mikrob pada makanan. Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC), menyarankan agar semua wanita hamil harus menghindari makanan yang terbuat dari susu yang tidak melalui proses
    pasteurisasi.
  3. Susu Rendah Lemak
    Susu rendah lemak adalah pilihan yang tepat bagi ibu hamil. Di samping mengandungi nutrient dan zat yang mencukupi, ia juga rendah kalori. In amat baik untuk ibu hamil yang mengidap
    penyakit kencing manis ketika mengandung (GDM). Pengambilan susu rendah lemak yang dipasteur adalah disarankan bagi ibu hamil supaya kenaikan berat badan tidak berlebihan dari skala normal.
  4. Susu Formula
    pengambilan susu yang diformulasikan khas untuk ibu hamil secawan sehari adalah tidak memudaratkan bagi ibu hamil yang tidak mempunya apa-apa masalah perubatan. Bagi ibu yang mengidap kencing manis ketika hamil (GDM) pengambilan susu formulasi adalah tidak digalakkan kerana ia mengandungi sukros yang boleh menyebabkan kawalan gula dalam badan ibu GDM menjadi tidak terkawal dan menyebabkan hyperglisemia.

KLIK DISINI UNTUK JOINT FACEBOOK GROUP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *