Terdapat beberapa ciri-ciri pengasuh yang berkualiti harus ibu bapa peka sebelum mengambil keputusan untuk menghantar anak dibawah penjagaanya.
- Kelayakan seperti Kursus Asuhan Permata (KAP) adalah kelayakan minima di Malaysia atau pengalaman dalam penjagaan anak. Secara idealnya, pengasuh harus mengetahui mengenai penjagaan kanak-kanak dan jika mempunyai latar belakang perubatan adalah bonus buat pengasuh itu
- Kenal pasti motivasi dalam diri pengasuh. Kenal pasti adakah dia berminat dengan kanak-kanak, ketahui mengapa dia mahu menjadi oengasuh bayi atau penjagaan anak, apa yang dia sukai tentang kanak-kanak? Apakah perkara yang paling tidak disukainya mengenai pengasuhan anak?
- Adakah pengasuh mendaftarkan premisnya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia(JKMM) sebagai Taska Di Rumah ( maksima adalah 9 orang kanak-kanak) dengan nisbah 1:3 untuk dibawah 12 bulan dan 1:5 untuk diatas 12 bulan.
- Apakah dia menyediakan program pembangunan dan aktiviti untuk anak-anak dibawah jagaannya?
- Membolehkan ibu bapa menyediakan susu ibu atau menggalakkan penyusuan ibu dan mempunyai pengetahuan untuk menjaga dan menyediakan susu ibu.
- Ketelusan seperti kemas kini harian, CCTV dan membenarkan ibu bapa memasuki premis.
- Pemeriksaan perubatan dan suntikan tifus
- Persekitaran yang bersih,jelas, termasuk rumah ynag diperuntukan untuk susu ibu saja didalam peti sejuk
- Mengetahui cara pemilihan dan penyediaan makanan yang seimbang.
- Kebolehan menyediakan rekod mengenai percapaian perkembangan kanak-kanak.
- Mengetahui ahli keluarganya seperti merokok di rumah
- Dicadangkan oleh sumber yang boleh dipercayai di persekitaran atau perumahan yang dikenali.
Jika mommy tahu macamana ciri-ciri pengasuh yang berkualiti ini, insya’Allah mommy akan sentiasa tenang dalam menjalani kerja harian.
Untuk Tips dan panduan berguna yang lain, boleh klik di sini TIPS