Produk Susu Dutch Lady Selamat Atau Tidak?

Produk Susu Dutch Lady Selamat Atau Tidak?

Produk Susu Dutch Lady Selamat Atau Tidak? – Seminggu dua ni kecoh kejap pasal susu keluaran Dutch Lady selamat ke tidak. Dah viral di media sosial merata dah. Sampaikan ada anak yang masuk hospital disebabkan susu Ducth Lady ni.

Kak fara pun amik port jugak hal macam ni. Mana taknya, kita pun ibu jugak kan. Benda-benda macam ni lah kena ambil tahu. Tak pasal kalau kita pulak terkena nanti kan.

Baru-baru ini kecoh di laman media sosial mengenai isu produk Dutch Lady Curious (900g) bernombor kelompok 1023C7WA yang dikatakan tiruan dan boleh menganggu sistem penghadaman anak-anak.

Berdasarkan kes ini juga ada ibubapa yang mengatakan bahawa kesan pengambilan susu ini menyebabkan anak-anak mereka mengalami sakit perut, muntah dan ada yang terpaksa dimasukkan ke wad hospital. Banyak pihak khususnya ibubapa melahirkan rasa risau kerana bimbang isu ini akan semakin berleluasa.

Tapi sebenarnya,kak fara terus rujuk ke laman rasmi Dutch Lady.Dari baca komen yang panjang berjela-jela,tak yah pening kepala.

Ni maklumat yang kak fara baca dari page rasmi diorang.

CIRI-CIRI PRODUK DUTCH LADY YANG SAHIH

Bagi mengelakkan kekeliruan, pihak Dutch Lady tampil dengan ciri-ciri yang menjelaskan kesahihan rangkaian produk mereka untuk panduan orang ramai.

Jadi,mommies lepas ni jangan cepat gelabah ye.Kalau ada sebarang kemusykilan,terus rujuk kepada yang berwajib atau email sahaja pihak tersebut.Jangan buat spekulasi yang bukan-bukan.

Jadi parents yang bijak dan pro aktif ye!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *