3 Kebaikan Pakai Buaian Baby Dan Cara Penggunaan Yang Betul

3 Kebaikan Pakai Buaian Baby Dan Cara Penggunaan Yang Betul

Baru je nak start menulis,maream dah bangun tidur. Makanya dengan sepantas kilat, kak fara kena siapkan satu artikel untuk mommies hari ini.

Dah nekad satu artikel sehari untuk share dengan mommies semua. Hehe.Si mariyam? Kak fara suruh bapak dia jagakan kejap hehe.

Okai hari ni kak fara nak share pasal penggunaan buaian baby.

Selalu tak mommies dengar macam ni? :

“…eh jangan ajar buai,nanti susah nak tidur kalau pergi rumah org..”

“..huh!ajar la sangat anak tidur buai.nanti menyusahkan..”

“..jangan ajar tidur buai,nanti anak susah nak berenggang..”

‘…ish tak elok la pakai buai,nanti otak anak bergegar..”

Ish-ish ! Bagi kak fara semua tu mitos semata-mata.Sebab kalau sesuatu benda itu dicipta,ada baik dan buruknya.Yes memang tak dinafikan.Tapi untuk elak dari perkara buruk tu terjadi,di sinilah peranan kita bermula.

Kita yang kena kawal situasi tu.

Jadi jom kak fara bagitahu apa 3 kebaikan pakai buaian untuk baby ye..!

1. MENENANGKAN BAYI

Dulu semasa bayi dalam rahim, 9 bulan bayi dalam kedudukan terawang-awangan. Kejap kepada di atas, kejap kepala di bawah dan berpusing sehinggalah saat bayi keluar dari rahim.

Graviti di dunia nyata ini sangat berlainan bagi bayi umpama kita pergi ke planet lain, pasti kucar kacir dan ada masa rindukan graviti di bumi sebab susah nak bergerak.

Ada bayi yang cepat “move on”, keluar-keluar terus elok sahaja dapat sesuaikan diri dengan “planet” baru, ada bayi perlukan masa untuk “move on” sebab itu asyik nak berbuai macam dalam rahim ibu.

Buaian memang terbukti boleh menenangkan bayi sebab mimik seakan-akan dalam rahim ibu buat bayi terkenang-kenang kenangan dengan ibu. (Rindu pula rasa)

2. DERIA PERGERAKAN DAN KESEIMBANGAN

Kedudukan berbuai tak kiralah dengan menggunakan buaian tradisional ataupun buaian moden boleh memberikan bayi perasaan bergerak dan belajar untuk imbangkan badan setiap kali buaian bergerak.

3. PERKEMBANGAN MOTOR KASAR

Kalau nak tahu, sebenarnya sejarah buaian gantung menggunakan kain sarong adalah berasal dari nenek moyang kita (South East Asia) dan memang terbukti berkesan boleh membantu menenangkan bayi dan bagus untuk merangsang perkembangan motor kasar.

Kini di barat pun dah banyak guna buaian untuk menenangkan bayi, sebab itu sekarang ada banyak produk buaian seperti rocker, bouncer dan sebagainya di pasaran antarabangsa.

Jangan terkejut jika saya kata, buaian juga adalah salah satu alat terapi untuk anak mempunyai masalah perkembangan kanak-kanak (Rugi dulu nenek moyang kita tak “patent”kan).

Tetapi masalah yang timbul sekarang bila banyak penyalahgunaan buaian. Lepas itu nak kata “Orang dulu ok je semua anak-anak guna buaian, jadi orang jugak. Sekarang ini semua benda tak boleh sebab ikut barat sangat”

So kat bawah ni kak fara share cara betul guna buaian ye.

CARA GUNA BUAIAN DENGAN BETUL

1. Jangan guna “overdose”, maksimum 2 jam sahaja sehari supaya anak banyak masa “tummy time” di lantai. Guna buaian bagus, tapi kalau 12 jam sehari anak berbuai tak belajar untuk kuatkan otot-otot untuk meniarap dan merangkak tak elok juga.

2. Elakkan guna buaian waktu malam untuk elakkan risiko anak lemas di dalam buaian tanpa kita sedar. Jadikan rutin waktu malam tidur di tilam.

3. Kalau nak guna buaian tradisional, cari rangka yang paling stabil (ada 4 point). Kalau tak ada roda lagi bagus.

4. Letakkan lapik atau tilam lembut di bawah dan tepi buaian untuk elakkan kepala anak terhantuk di lantai.

5. Sentiasa “update” ketinggian buaian dan lantai.

6. Elakkan membuai bayi semasa marah atau stress sebab boleh menyebabkan risiko terbuai terlalu laju bila anak menangis.

7. Elakkan letak bantal, selimut, anak patung dalam buaian semasa anak belum reti mencapai barang sebab risiko anak lemas. Cukup sekadar mainan gantung sahaja.

8. Selain daripada berbuai atas dan bawah, boleh pelbagaikan pergerakan kanan, kiri, depan dan belakang.

9. Elakkan bergantung kepada buaian elektrik dan tinggalkan bayi tanpa pengawasan.

Kalau yang nak guna cara tradisional WAJIB guna tips di atas. Kalau yang belum ada buaian dan memerlukan buaian, saya lebih sarankan guna “bouncer” moden yang lebih selamat untuk membantu bayi. Cara guna sama seperti dia atas, maksimum 2 jam sahaja sehari.

*Kesimpulannya, guna buaian boleh jika guna dengan cara yang betul dan elakkan terlalu bergantung dengan buaian. Penting juga ajar bayi untuk “move on” dan berpijak di dunia yang nyata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *