Cara Bancuh Susu Formula Dengan Betul

Bab susu formula ni sensitif sebenarnya. Yelah, semua mommies teringin nak susukan bayi dia sampai umur 2 tahun kan.Tapi apakan daya, mampu merancang je. Yang menentukan Allah Maha Kaya.

Tak pe, jangan sedih ye mommies. Yang penting anak mommies sihat walafiat ye. Nak tak nak memang kena bagi juga susu formula sebab anak kena membesar dengan sihat dan kuat. Mommies jangan sedih-sedih, nanti makin stress taw.

Tapi nak bagi susu formula ni mommies kena tahu cara juga. Kak fara dulu pun tak pandai juga. Tapi lepas baca itu ini, baru tahu cara bancuhan yang betul juga mempengaruhi khasiat yang diminum oleh anak kita taw.

Mommies pernah cek tak botol susu anak BPA free ataupun tak?

Kalau bukan BPA FREE, mommies kena tahu air yang melebihi 70 darjah Celcius tidak selamat untuk botol susu yang mengandungi BPA, di mana ia akan bertindak balas dengan haba dan akan membebaskan bahan kimia yang berbahaya untuk si kecil.

Cara Bancuh Susu Formula Dengan Betul

Penting ye mommies langkah-langkah yang betul untuk membancuh susu si kecil ni. Jangan main kacau je macam kak fara mula-mula dulu. Hehe

Langkah-langkahnya adalah:

  1. Air masak yang telah sejuk harus dituangkan ke dalam botol susu
  2. Tuangkan sedikit demi sedikit sehingga air di dalam botol berkeadaan suam. Nisbahnya adalah 1 bahagian air panas dicampurkan 4 bahagian air masak.
  3. Sudu yang disediakan di dalam tin harus digunakan untuk menyukat susu formula. Ikuti arahan pada kemasan tin.
  4. Tutup dan ketatkan botol susu. Goncangkan botol susu hingga larut dan sebati.
  5. Uji suhu susu dengan menuang botol susu di atas tapak tangan. Ia sepatutnya tidak panas, dan suam.

Elakkan perkara-perkara ini semasa menyediakan susu bayi:

  1. Terus masukkan susu formula yang disukat ke dalam botol.
  2. Menuang air panas terus dalam botol.
  3. Nisbah yang selebihnya tuang air sejuk.
  4. Memanaskan susu menggunakan ketuhar gelombang mikro.

Info tambahan

  • Lebihan susu yang terdedah harus dibuang jika tidak diminum selepas 2 jam.
  • Elakkan menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk memanaskan susu bayi kerana ia akan menyebabkan berlakunya titik panas, menyebabkan mulut bayi melecur.
  • Elakkan menggunakan botol susu yang mengandungi BPA (Bisphenol A), yang amat berbahaya jika bertindak balas terhadap haba dan boleh menghasilkan bahan kimia yang berbahaya terhadap anak-anak.

Kak fara rasa semua mommies WAJIB baca dan faham ye pantang larang semasa penyediaan susu formula untuk bayi. Jangan main buat je. Kalau tak ibarat dia macam curah air ke daun keladi la. Konon nak anak membesar dengan sihat, tapi sakit yang kita bagi.

Okai. Selamat mencuba mommies!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *