6 Sebab Penyusuan Pada Waktu Malam Sangat Penting

Kak fara yakin ramai mommies dalam kalangan pembaca setia blog kak fara ni merupakan mommies yang mengalami mata panda. Hehe. Mana taknya, setiap 2-3 jam waktu malam mesti mommies kena bangun susukan bayi kan.

Tapi mommies jangan risau, jangan sedih ye. Besar pahala bangun malam susukan anak kita taw.

Memang penat sebenarnya bila mommies kena bangun malam susukan baby. Tapi mommies kena tahu, sebenarnya penting untuk bangun susukan bayi pada waktu malam taw. Mommies nak tahu kenapa?

Meh kak fara share dengan mommies !

#1. Perut Bayi Tidak Dapat Menampung Kuantiti Susu Yang Banyak

Disebabkan perut bayi yang begitu kecil, iaitu dengan kapasiti sekitar 20ml, mereka tidak mampu meminum susu yang banyak dalam satu-satu masa. Tambahan pula, susu ibu begitu cepat dihadamkan, sekitar 1 jam selepas penyusuan.

Maka, bayi perlu menyusu dengan kerap untuk memenuhi nutrisi keperluannya. Mommies jangan samakan perut bayi dengan kita. Hehehe. Kita ni perut besar gajah dah!

6 Sebab Penyusuan Pada Waktu Malam Sangat Penting
Saiz perut bayi mengikut umur

2. Ia Membantu Tubuh Memproduksikan Susu Dengan Konsisten

Penyusuan secara kerap pada hari-hari terawal ini membantu ibu merangsang penghasilan susu bersesuaian dengan keperluan bayi.

Pernah tak mommies tengah syok tidur malam-malam, tetiba rasa payudara bengkak semacam je. Lepas tu baru perasan yang baby tak bangun menyusu kan?

Jika payudara terlalu penuh dan bayi tidak disusukan sepanjang malam, ibu berisiko mengalami bengkak susu.

Sebab itulah, mommies kena bangun susukan bayi malam-malam. Bengkak susu boleh buat demam taw!

 

3. Ia Merangkumi 20% Daripada Jumlah Susu Yang Diminum Dalam 24 Jam

Penyusuan waktu malam menyumbang kepada hampir 20% daripada jumlah susu yang diminum oleh bayi dalam sehari. Banyak kan?

Disebabkan itulah penyusuan pada waktu malam amat penting dalam membekalkan nutrisi sekaligus memastikan tumbesaran bayi berada pada tahap optimum.

Jadi lepas nilah, mommies kena rajin bangunkan bayi kalau nak bayi membesar dengan sihat dan cepat. Jangan merungut ye!

4. Ia Membantu Mengajar Bayi Mengenal Siang Dan Malam

Menurut kajian, selepas usia 2 bulan bayi akan mula menerima pengaruh hormon daripada ibu. Susu ibu secara semulajadinya mengandungi tryptophan, sejenis asid amino yang menghasilkan melatonin. Melatonin ini membantu bayi terlelap di samping mengatur waktu tidur mereka setiap hari.

Kandungan tryptophan dalam susu ibu dipengaruhi oleh kitaran tidur ibu. Dengan penyusuan waktu malam, secara tidak langsung, bayi dapat belajar mengawal selia waktu tidurnya serta mengenal siang dan malam.

5. Ia Membantu Mencegah Kehamilan Dengan Lebih Berkesan

Seperti yang kita tahu, penyusuan badan adalah salah satu cara semulajadi tubuh badan kita bertindakbalas untuk mencegah kehamilan.

Dalam kebanyakan penelitian, wanita yang kurang menyusukan bayi pada waktu malam lebih mudah ‘ter’mengandung berbanding mereka yang kerap melakukannya.

Sungguhpun begitu, kalau mommies terkategori dalam golongan berisiko dan perlu menjarakkan kehamilan, pastikan mommies menggunakan alat pencegah kehamilan yang boleh didapati di klinik ya!

6. Ia Mengurangkan Risiko SIDS

Akhir sekali, dan mungkin poin yang paling penting, penyusuan waktu malam mampu mengurangkan risiko bayi mati mengejut yang dikenal sebagai Sudden Infant Death Syndrome (SIDS).

Penyusuan waktu malam dipercayai dapat merangsang mekanisme biologikal bayi, di mana bayi yang menyusu badan lebih kerap terjaga untuk menyusu.

Data National Health and Medical Research Council Australia menunjukkan bahawa tidak menyusu pada waktu malam mampu meningkatkan risiko SIDS pada bayi sebanyak 56%.

Lepas ni kak fara harap mommies dah tak ada alasan nak merungut letih nak menyusukan bayi waktu malam.Semua tu ada sebab dan kepentingan yang tersendiri untuk bayi.Semua tu untuk kebaikan bayi jugak.

Sayangi anak mommies ye!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Secured By miniOrange