5 Tips Mudah Bagaimana Ajar Anak Minum Susu Botol

5 Tips Mudah Beri Susu Badan Melalui Botol Susu Kepada Bayi

5 Tips Mudah Bagaimana Ajar Anak Minum Susu Botol

5 Tips Mudah Bagaimana Ajar Anak Minum Susu Botol – Bila mommies dah habis tempoh berpantang, mesti sibuk siapkan bekalan susu EBM untuk baby bila mommies dah mula bekerja nanti kan.

Sama macam kak fara.Time dalam pantang pun dah sibuk start kumpul stok. Hehe. Gigih taw kumpul sebab tak nak maream minum susu formula.Tapi bila dah gigih kumpul stok, ada satu masalah pulak timbul.

Masalahnya bila maream tak nak minum dari botol.

Dah banyak botol kak fara beli. Dari yang murah sekali sampai hat mahal sekali. Susah benar dia nak minum. Kus semangat kak fara dia buat macam tu!

5 Tips Mudah Bagaimana Ajar Anak Minum Susu Botol

Sampaila kak fara buat research. Ni antara tips yang mommies yang boleh cuba kalau baby tak terima botol susu. Jom baca 5 tips mudah bagaimana ajar anak minum susu botol.

1# MASA YANG SESUAI UNTUK MELATIH ANAK

Ini adalah tips paling penting! Mommies perlu tahu bila masa yang sesuai.

Masa yang sesuai ialah ketika umur bayi berusia 4-6 minggu ye.

Jika anda melatih bayi awal sangat, sebelum usianya 1 bulan, bayi berisiko untuk keliru puting.

Jika anda melatih bayi lewat sangat pula, risikonya ialah bayi memang akan tidak mahu lagi puting botol! Ini kerana bayi ketika itu sudah bijak membezakan yang mana satu puting ibu dan mana satu puting botol.

Alamatnya, kalau terlewat ajar. Terpaksalah bawak bayi ke ofis. Hehe (gurau)

Bayi yang menyusu sangatlah cerdik, jadi kita perlu lebih “bijak” daripada mereka.

Mulakan melatih botol pada masa yang sesuai ye iaitu usia 4-6 minggu.

2# BERI SUSU KETIKA BAYI BELUM BETUL-BETUL LAPAR

Breastfeeding-and-formula-feeding-early-cues

Anda boleh mulakan latihan memberi susu ketika bayi menunjukkan tanda awal lapar. Jangan pula tunggu sampai bayi menangis  dan betul-betul lapar! Mengamuk nanti bayi.

Macam kita kan, kalau dah lapar sangat, mana boleh nak sabar lagi.

Jadi, supaya suasana latihan tenang, ibu tenang dan bayi pun tenang, mulakan beri bayi botol ketika dia belum betul-betul lapar.

Menangis bukan tanda awal bayi lapar ye.

3# POSISI MENYUSUKAN YANG BETUL

introduce-baby-to-bottle-feeding

Bukan ibu menyusu sahaja yang perlukan posisi yang betul ketika menyusu, namun jika anda mahu melatih bayi minum botol juga anda perlukan posisi yang betul.

Antara masalah yang boleh berlaku jika anda menggunakan posisi yang salah ialah, bayi tidak selesa dan tidak mahu menghisap botol!

Juga, jika bayi boleh menghisap botol, bayi minum dengan banyak sehingga anda merasakan susu yang anda pam tidak cukup pula!

Jadi, pastikan posisi anda betul iaitu tinggikan kepala bayi dan pastikan aliran susu adalah perlahan, supaya bayi boleh mengawal hisapan susu.

4# MENGGUNAKAN SUSU IBU YANG BARU DIPAM ATAU YANG TIDAK DIBEKUKAN

Sebaiknya pada hari pertama, gunakan susu ibu yang “fresh” sama ada yang baru dipam atau atau hanya disejukkan di peti ais bawah.

Elakkan menggunakan susu ibu yang sudah dibekukan di peti ais atas (frozen).

Ini kerana, bayi yang biasa menyusu terus dengan ibu, biasa dengan rasa susu yang “fresh”. Susu yang baru dipam dan yang belum dibekukan, lebih segar dan rasanya masih sama dan sedap seperti asal.

Manakala, susu yang telah dibekukan, rasanya sudah berubah sedikit, agak kurang sedap pada bayi namun masih elok dan berkhasiat.

Seperti kita, antara makanan yang baru dimasak, makanan yang sudah disejukkan kemudian dipanaskan atau makanan yang sudah dibekukan kemudian dicairkan semula, mana satu yang lagi sedap?

Tentunya makanan yang baru dimasak kan? Sama juga seperti susu ibu.

Juga, pastikan segala bahan basah seperti ayam, ikan, udang atau apa sahaja makanan berbau dalam peti ais anda disimpan di dalam tupperware yang bertutup rapat. Ini kerana, bau makanan tersebut boleh meresap masuk ke dalam susu ibu yang disimpan. Nanti rasanya akan kurang sedap.

Akibatnya, bayi akan menolak jika diberi susu ibu yang dipanaskan itu!

Hanya kerana rasa susu yang lain dan kurang sedap daripada biasa.

5# PASTIKAN BUKAN IBU YANG MEMBERI BOTOL

Pastikan orang lain selain ibu yang mengajar bayi minum botol.

Anda boleh dapatkan bantuan suami, pengasuh, ibu anda sendiri atau ibu mertua.

Anda pula? Tak perlu ada sekali. Duduklah di bilik, jauh dari bayi dan..boleh lah mengepam susu ketika ini untuk dibuat stok ketika mula bekerja nanti.

Kalau anda ada sekali bersama bayi, alamatnya bayi juga akan cenderung menolak botol. Ini kerana, bayi pada ketika ini sudah kenal dengan bau anda dan kelibat anda.

Bayi ini sangatlah bijak, dia boleh bau badan anda dan dia kenal dan boleh bezakan mana satu payudara ibu dan puting botol.

Jadi, pastikan anda tidak kelihatan di depan bayi ketika mahu melatih bayi.

Cukup 5 tips mudah bagaimana ajar anak minum susu botol.

Cuba satu persatu dan jangan patah semangat. Kalau tak, nanti tak jadi kerja la mommies hehehe. InsyaAllah sambil usaha tu sambil mommies doa moga baby boleh terima susu dari botol.

Selamat mencuba ye mommies!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *