5 Sebab Bayi Menangis Dan Bagaimana Redakan Tangisan Mereka

5 Sebab Bayi Menangis Dan Bagaimana Redakan Tangisan Mereka

5 Sebab Bayi Menangis Dan Bagaimana Redakan Tangisan Mereka – Bayi kecil tidak pandai berkata-kata. Mereka hanya mampu mengekspresikan perasaan mereka yang pelbagai melalui satu cara sahaja iaitu tangisan.

Kak fara yakin ramai mommies di luar sana bingung apabila bayi mereka menangis terutamanya yang baru pertama kali menimang cahayamata.

Namun, yang sudah berpengalaman juga tidak terkecuali kerana setiap bayi adalah berbeza keadaannya. Siapa yang tidak runsing jika bayi mereka menangis tanpa henti.

Punca menangis yang tidak dapat dikenalpasti akan membuatkan situasi menjadi lebih sukar. Jom tengok 5 Sebab bayi menangis dan bagaimana redakan tangisan mereka.

Selain Lapar, Ini 5 Sebab Bayi Menangis Dengan Kerap

Berikut adalah 5 sebab bayi menangis yang perlu difahami oleh ibu bapa.

1. PERUT KEMBUNG

Kembung berlaku disebabkan beberapa perkara. Antaranya ialah pemakanan ibu yang menyusukan bayi.

Makanan dan minuman seperti ais, minuman bergas, buah tembikai, buah mangga, dan beberapa jenis sayur tidak digalakkan untuk diambil oleh ibu yang menyusu kerana boleh menyebabkan perut bayi kembung.

Kerapkan menyapu tubuh bayi dengan minyak bayi supaya bayi berasa selesa di bahagian seperti perut, tapak kaki, betis, belakang badan, ubun-ubun serta dada. Pemakaian stokin dan barut juga mungkin dapat membantu.

5 Sebab Bayi Menangis Dan Bagaimana Redakan Tangisan Mereka

Foto Kredit: www.wljn.com

2. LAMPIN BASAH

Bayi yang tidak selesa kerana lampin penuh juga akan menangis sebagai cara untuk memaklumkan kepada si ibu supaya menukar lampinnya.

Tukar lampin bayi segera sekiranya telah penuh. Periksa juga ruam lampin jika ada.

Bayi berkemungkinan juga kegatalan di punggung kerana ruam lampin.

Seeloknya lampin bayi kerap ditukar untuk mengelakkan ruam lampin dan sapukan krim ruam lampin atau ubat yang berkaitan setiap kali menukar lampin.

5 Sebab Bayi Menangis Dan Bagaimana Redakan Tangisan Mereka

3. MENGANTUK & LETIH

Seperti juga orang dewasa, bayi akan menjadi tidak keruan sekiranya mengantuk. Sesetengah bayi tidak mudah untuk tidur walaupun selepas menyusu kerana perlu didodoi terlebih dahulu.

Sesetengah ibu menganggap bayi yang letih perlu ditidurkan. Tidak semestinya. Kadangkala mereka cuma mahukan keadaan yang tenang.

Jika dalam perjalanan jauh, kerapkan berhenti di hentian rehat atau di kawasan yang sesuai.

Semasa di dalam kereta juga, dukung bayi sekali sekala untuk melihat sekeliling dari dalam kereta kerana kemungkinan bayi penat berbaring atau duduk.

5 Sebab Bayi Menangis Dan Bagaimana Redakan Tangisan Mereka

Foto Kredit: chicagotribune.com

4. SUHU TERLALU PANAS ATAU SEJUK

Keadaan suhu adalah satu lagi sebab bayi menangis. Oleh kerana tidak pandai mengadu, bayi akan menangis jika merasa terlalu sejuk atau panas.

Perhatikan cuaca dan suhu di tempat anda berada. Sekiranya keadaan agak sejuk, pakaikan pakaian yang sedikit tebal kepada bayi berserta topi, sarung tanga dan sarung kaki.

Pakaikan pakaian nipis atau yang tidak panas seperti singlet dan baju berlubang-lubang pada ketika keadaan suhu yang panas. Jika berada di rumah, pasang kipas atau penghawa dingin pada suhu yang sederhana agar bayi selesa.

5 Sebab Bayi Menangis Dan Bagaimana Redakan Tangisan Mereka

Foto kredit: mamashealth.com

5. SEMBELIT

Bayi mudah terkena sembelit walaupun ada yang menyusu badan.

Ini kerana sistem pencernaan mereka sangat sensitif dan kadangkala tidak dapat bertindak balas dengan baik terhadap makanan tertentu.

Cuba tuamkan perut, urut dengan minyak aromaterapi, atau mengusap perlahan untuk membantu melegakannya.

5 Sebab Bayi Menangis Dan Bagaimana Redakan Tangisan Mereka

Apa yang penting,mommies jangan panik dan stress ye bila bayi menangis.Lama kelamaan perasaan panik akan dapat diatasi. Perlu diingat bahawa bayi masih kecil dan tidak pandai mengadu

Oleh itu, kita sebagai orang dewasa perlu sentiasa bertenang dan cuba belajar untuk memahami keperluan mereka.Kak fara yakin mommies semua inginkan yang terbaik untuk anak-anak kan.

Jadi hadapi setiap situasi dengan penuh tenang dan berilmu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *