Boleh Ke Tiarapkan Bayi Seawal Usia?

Boleh Ke Tiarapkan Bayi Seawal Usia?

Boleh Ke Tiarapkan Bayi Seawal Usia? – Semalam kak fara stalk wall facebook Dato Dr Sheikh Muszaphar. Kak fara suka tengok dia berkongsi perkembangan anak kembar lelakinya.

Tengok anak kembar lelaki dia buat kak fara rasa nak mengandung lagi. Eh! Hehe.

Tapi sakit bersalin lalu tak hilang lagi.

Tangguhkan dulu hasrat tu. Hehe.T empoh hari Dr Sheikh ada berkongsi gambar anak dia meniarap seawal usia dua minggu.

Satu perkara yang baru kak fara belajar.Kak fara tak tahu pun sebelum ni boleh niarapkan bayi seawal usia dua minggu tu.

Boleh Ke Tiarapkan Bayi Seawal Usia?

Tapi ramai yang kagum dengan cara Dr Sheikh menjaga anak kembarnya.

Beliau turut menerangkan bagaimana sebenarnya terdapat begitu banyak kebaikan sekiranya bayi yang diajar melakukan apa yang disebut tummy time ini sebaik sahaja ia dilahirkan.

Jom tengok apa kata Dr mengenai boleh ke tiarapkan bayi seawal usia?

Latih Adam Merangkak Pada Usia Dua Minggu

Boleh Ke Tiarapkan Bayi Seawal Usia?

“Penting sebenarnya untuk bayi baru lahir melakukan aktiviti meniarap atau tummy time. Saya mulakan tummy time pada anak sebaik mereka dilahirkan termasuklah anak perempuan saya.

Aktiviti ini akan menguatkan bahagian belakang dan juga leher mereka. Bayi baru lahir boleh kita ibaratkan seperti kura-kura, mereka tidak suka diangkat dan diposisikan dalam keadaan menelentang.

Dan lagi banyak mereka menjerit atau menangis ketika tummy time adalah lebih baik kerana ia akan mengembangkan paru-paru mereka.

Stimulasikan juga refleks cahaya untuk mereka kerana bayi baru lahir hanya dapat melihat hitam dan putih saja ketika ini. Selain itu stimulasikan Babinski reflleks di bahagian kaki yang boleh membantu bayi berjalan lebih awal.

Saya ingat lagi Bella sudah mula berjalan pada usia lapan bulan dan Tasha pada usia tujuh bulan yang mana pada saya satu pencapaian. Jadi sekiranya anda punya anak bayi baru lahir belum terlambat untuk melakukannya.”

Semoga bermanfaat kepada semua ibu bapa di luar sana yang masih lagi belum tahu tentang seperti apa yang dikongsikan oleh angkasaawan negara ini.

Nyesal kak fara baru tahu pasal boleh ke tiarapkan bayi seawal usia?

Kalau tak, dah lama kak fara ajar Mariam meniarap dulu. Hehe. Tak pe. Sekarang pun Alhamdulillah Mariam membesar dengan sihat.

Jadi ibu yang baru bersalin tu,masih belum terlambat untuk ajar bayi meniarap taw. Bagus untuk perkembangan bayi!

Selamat mencuba!


P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna. Fesyen baju mengandung PALING UP TO DATE dan TERKINI sangat SELESA sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS << 

Untuk maklumat lanjut boleh layari:

Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *