Bahaya Keputihan Semasa Hamil Yang Para Ibu Perlu Tahu

Bahaya Keputihan Semasa Hamil Yang Para Ibu Perlu Tahu

Bahaya Keputihan Semasa Hamil Yang Para Ibu Perlu Tahu – Semalam kak fara terbaca mengenai keputihan semasa hamil. Memang tak dapat dinafikan, kebanyakan ibu hamil pasti akan terkena simptom ini.

Ada yang terkena pada awal kehamilan, ada yang pada penghujung kehamilan. Tapi kak fara Alhamdulillah sepanjang mengandung maream,kak fara bebas dari simptom ini.

Dan kak fara sendiri lihat ramai yang ambil mudah mengenai masalah keputihan semasa hamil ni.

Sebenarnya kalau korang nak tahu, keputihan semasa hamil boleh memberi banyak risiko terutama kepada bayi dalam kandungan. Ok jom kak fara cerita lebih lanjut lagi mengenai bahaya keputihan semasa hamil yang para ibu perlu tahu.

Apa Itu GBS?

Keputihan semasa hamil seringkali dipanggil GBS memandangkan GBS ini adalah kuman yang terdapat dalam cecair keputihan.

GBS adalah Streptokokus Kumpulan B juga dikenali dengan strep B merupakan salah satu bakteria yang hidup dalam badan manusia.

Kira-kira satu pertiga daripada kita membawa gbs di dalam usus kita. manakala 1/4 daripada wanita mempunyai gbs di dalam faraj mereka. Ini termasuklah wanita yang hamil.

Bahaya Keputihan Semasa Hamil Yang Para Ibu Perlu Tahu

Kuman GBS Berisiko Ke?

Kuman GBS tidak membawa kesan apa-apa kepada kita kerana kita mempunyai sitem imun yang kuat.

Namun tidak bagi golongan immunocompromised – pesakit AIDS, atau pesakit under chemotherapy, atau kekurangan zat, geng2 GBS positif ni boleh menyebabkan jangkitan yang serius di dalam darah.

Begitulah juga bayi yang baru lahir, tiada sebarang antibodi, tidak mampu mempertahankan diri jika terdedah kepada kuman GBS ini.

Bahaya Keputihan Semasa Hamil Yang Para Ibu Perlu Tahu

Risiko GBS Terhadap Ibu Hamil

Kuman ini tidak mempunyai apa-apa risiko bagi wanita hamil dan tidak mempunyai apa-apa tanda yang anda dijangkiti.

Oleh kerana GBS tidak menunjukkan apa-apa tanda, ibu hamil sering kali mendapati mereka pembawa kuman GBS secara kebetulan apabila mereka menjalani ujian calitan faraj (vaginal swab).

Jangkitan GBS ini juga boleh datang dan pergi.

Walaupun anda didapati positif pada awal kehamilan, tetapi anda mungkin tidak mempunyai GBS apabila tiba masa untuk bersalin.

Tanda-Tanda Awal Bayi Berisiko Dijangkiti GBS

1. Ibu hamil menunjukkan tanda untuk bersalin awal (sebelum minggu ke-37 kehamilan).

2. Air ketuban pecah 18 jam atau lebih sebelum bayi dilahirkan.

3. Suhu badan ibu hamil naik (38 ͦ C / 100 ͦ F atau pun lebih) ketika proses kelahiran.

4. Sebelum ini ibu mempunyai bayi yang dijangkiti GBS.

5. Ibu didapati membawa GBS di faraj dan/atau dubur semasa ibu hamil

Bagaimana Bayi Boleh Dijangkiti Kuman GBS?

Bayi berisiko dijangkiti sebaik sahaja membran ketuban yang melindungi dirinya pecah.

Apabila bermulanya proses kelahiran, bayi akan memasuki saluran peranakan ibu.

Di sini bayi akan bersalut dengan organisma yang terdapat pada kulit dan vagina ibu termasuklah bakteria yang menyebabkan penyakit kelamin.

Bahaya Keputihan Semasa Hamil Yang Para Ibu Perlu Tahu

Tidak semua bayi yang terdedah dengan kuman GBS dijangkiti kuman ini.

Kebanyakan bayi yang mempunyai ibu pembawa GBS tidak berhadapan dengan sebarang masalah. Tetapi setiap tahun sekitar 700 orang bayi diserang pneumonia dan meningitis disebabkan jangkitan itu.

Satu daripada 10 bayi dilaporkan meninggal dunia.

Tanda-Tanda Bayi Dijangkiti Kuman GBS

Tanda-tanda biasa jangkitan awal GBS termasuklah:

1. Mendengus
2. Kurang menyusu
3. Kelesuan
4. Cepat meragam
5. Tekanan darah rendah
6. Suhu badan tinggi atau rendah, kadar degupan jantung dan /atau kadar pernafasan yang luar biasa

Rawatan Untuk Kuman GBS

Lakukan ujian calitan faraj (vaginal swab) sekiranya ibu mempunyai keputihan yang banyak semasa hamil untuk mengetahui sama ada dijangkiti GBS atau tidak.

Sekiranya ibu didapati membawa GBS atau ibu pernah dijangkiti GBS pada kelahiran sebelum ini, berbincanglah dengan doktor.

Biasanya wanita yang dijangkiti GBS akan diberikan antibiotik sebelum proses kelahiran untuk mengelakkan jangkitan pada bayi.

Macam mana bahaya tak kuman GBS yang terdapat dalam keputihan?

Sebab itulah kak fara pesan jangan pandang ringan dengan masalah keputihan ni.

Terutamanya ketika hamil.

Salah satu cara untuk elak masalah keputihan ni,jaga pemakanan. Rata-rata ibu sekarang lebih gemar makan di luar dan memilih makanan segera.

Sebenarnya dah lama kak fara perhatikan corak dan gaya pemakanan ibu hamil sekarang.

Mereka lebih mengambil mudah dan bergantung pada ubat.Ubah dulu gaya pemakanan kita, insyaAllah masalah keputihan dapat diatasi.

Kak Fara doakan semoga ibu-ibu yang membaca artikel bahaya keputihan semasa hamil yang para ibu perlu tahu ini diberi kesihatan yang baik sepanjang kehamilan dan selepasnya. InsyaAllah !


P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna. Fesyen baju mengandung PALING UP TO DATE dan TERKINI sangat SELESA sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS << 

Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *