10 Resepi Sihat Hanis Zalikha Untuk Yusuf Yang Boleh Ibu Contohi

10 Resepi Sihat Hanis Zalikha Untuk Yusuf Yang Boleh Ibu Contohi

10 Resepi Sihat Hanis Zalikha Untuk Yusuf Yang Boleh Ibu Contohi – Kak fara yakin mesti ibu-ibu di luar sana yang mempunyai bayi 6 bulan ke atas pening fikir nak masak apa untuk mereka kan?

Takkan nak masak sembarangan macam kita makan kan?

Mesti ibu-ibu nak berikan makanan yang berkhasiat dan terbaik untuk anak-anak ibu.

Kebetulan kak fara terbaca perkongsian Hanis Zalikha mengenai resepi untuk si yusuf. Ibu-ibu boleh ikut 10 resepi sihat hanis zalikha untuk yusuf yang boleh ibu contohi.

10 Resepi Sihat Hanis Zalikha Untuk Yusuf Yang Boleh Ibu Contohi

RESEPI 1: Nasi Lembik, Lobak dan Sup Jernih Ikan Bilis

10 Resepi Sihat Hanis Zalikha Untuk Yusuf Yang Boleh Ibu Contohi

Cara Hanis Menyediakannya:

“Nasi lembik + sup jernih bawang ikan bilis tumis minyak zaitun + lobak (buat pegang dan gigit-gigit). Lobak dimasak sekali di dalam sup sampailah ia lembut. Kalau Yusuf makan brokoli pun sama cara memasaknya.”

RESEPI 2: Bayam yang distim, Cendawan Tumis dan Ayam

10 Resepi Sihat Hanis Zalikha Untuk Yusuf Yang Boleh Ibu Contohi

Cara Hanis Meramunya:

“Hanis gunakan nasi + millets (lihat biji-biji kuning yang ada dekat nasi) + bayam yang distim + cendawan tumis + ayam + bawang.”

RESEPI 3: Nasi, Ayam Tumis Minyak Zaitun dan Kepingan Keju Nipis

10 Resepi Sihat Hanis Zalikha Untuk Yusuf Yang Boleh Ibu Contohi

Cara Hanis Memasaknya:

“Nasi + ayam (ditumis terlebih dahulu dengan minyak zaitun) + edamame (direbus) + kepingan keju nipis (untuk rasa lemak masin). Anak-anak makan apa hari ini?”

RESEPI 4: Nasi, Ayam Tumis Minyak Zaitun dan Kepingan Keju Nipis

10 Resepi Sihat Hanis Zalikha Untuk Yusuf Yang Boleh Ibu Contohi

Resepi Hanis:

“Pagi ini, first time nak bagi Yusuf makan mushroom and also for the first time ever, nak saute his food. Nasi + broccoli + ayam stim macam biasa. Mushroom je saute dengan minyak zaitun. Lepas itu campurkan bersama dan kisar halus.”

RESEPI 5: Nasi, Brokoli dan Batang Seleri

10 Resepi Sihat Hanis Zalikha Untuk Yusuf Yang Boleh Ibu Contohi

Cara Hanis Menyiapkannya:

Nasi + ayam + brokoli + batang seleri, kesemuanya distim terlebih dahulu, kemudian dikisar. I loveeee celery in Yusuf’s food! Anak-anak makan apa hari ini?”

RESEPI 6: Serbuk Ikan Bilis Sangai

10 Resepi Sihat Hanis Zalikha Untuk Yusuf Yang Boleh Ibu Contohi

Cara Hanis Menggorengnya:

“Chef Mommynis tengah sangai ikan bilis, nak buat serbuk ikan bilis untuk ditabur dalam makanan bayi. Akhirnya nak introduce rasa sedap-sedap sikit dekat Yusuf.

Cuma perlu kopek ikan bilis untuk buang tahi + basuh bersih + rendam seketika untuk kurangkan rasa masin. Kemudian toskan ikan bilis dan sangai di dalam kuali tanpa minyak. Selepas itu, kisar halus dan simpan di dalam bekas pilihan.”

RESEPI 7: Nasi Tomato Versi Baby Yusuf

10 Resepi Sihat Hanis Zalikha Untuk Yusuf Yang Boleh Ibu Contohi

Cara Hanis Meramu Nasi Ini:

“Ini Nasi Tomato versi bayi. Hanya perlu stimkan, kemudian kisar kedua-duanya. Anak-anak makan apa untuk tahun baru ni? ini soalan favourite sebab dapat banyak idea daripada mommies lain!”

RESEPI 8: Nasi Lembik, Brokoli dan Serbuk Ikan Bilis Buat Sendiri

10 Resepi Sihat Hanis Zalikha Untuk Yusuf Yang Boleh Ibu Contohi

Kata Hanis, Menyediakannya Cukup Mudah:

“And this is my friend… the best meal in the world! Siap masa mengandung sempat mengidam dan masak ini lagi. Ni anak dah keluar pun duk masak lagi. Nasi + brokoli + serbuk ikan bilis untuk baby Yusuf dan Mommy (sikit)…”

RESEPI 9: Avokado, Bayam dan Oat Organik

10 Resepi Sihat Hanis Zalikha Untuk Yusuf Yang Boleh Ibu Contohi

Cara Hanis Menyediakan Hidangan Ini:

“Pagi-pagi lagi Chef Mommynis sudah sediakan ini untuk baby Yusuf. Avokado + sayur bayam organik + cooked organic oats. Lepas itu kisarkan ia halus-halus supaya cukup untuk jadi puree pagi dan puree petang.”

RESEPI 10: Baby Pasta, Sos Tomato dan Lobak yang dikisar

Ramuan Penting yang Hanis Gunakan:

“Baby pasta + sos tomato dan bawang Holland yang ditumis + lobak yang direbus. Kisar kesemua bahan ini dengan sosnya sekali. Simpan di dalam peti sejuk untuk kegunaan seminggu.”

Lepas ni kak fara harap ibu-ibu di luar sana tak pening kepala dah nak masak apa ye.

Ikut je 10 resepi sihat hanis zalikha untuk yusuf yang boleh ibu contohi.

Ibu-ibu boleh pusingkan aja untuk seminggu hehe.InsyaAllah sangat berkhasiat untuk bayi. Selamat mencuba!


P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna. Fesyen baju mengandung paling up to date dan terkini sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS << 

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *