Bayi Keliru Puting ? 2 Tip Ini Terbukti Membantu Masalah Ibu !

Bayi Keliru Puting ? 2 Tip Ini Terbukti Membantu Masalah Ibu !

Bayi Keliru Puting ? 2 Tip Ini Terbukti Membantu Masalah Ibu ! – Artikel ini khas kak fara coretkan buat ibu muda terutamanya. Sebab kalau ibu yang sudah beranak ramai,mesti dah ada pengalaman macam mana nak elakkan bayi daripada keliru puting. Jadi para ibu muda,sila hadam artikel ini sebaiknya.

Lagi seminggu nak masuk kerja, tapi bayi masih menolak susu botol? Dah dekat habis pantang, tapi bayi masih menolak menyusu dari payudara ibu? Biasa dengar dua situasi ni? Pening kepala tak tahu nak buat apa lagi? Bertenang ye ibu..

Ada ke cara nya? InsyaAllah, setiap masalah ada jalan keluarnya.. Antara tips yang boleh dicuba..

Bayi Keliru Puting ? 2 Tip Ini Terbukti Membantu Masalah Ibu !

Keliru puting dari payudara ke susu botol

Keadaan ni biasanya bila bayi jarang diajar minum dari botol susu.. Semasa tempoh berpantang kan, lebih senang jika menyusukan terus dari payudara.. Tapi, jika tak dilatih bayi menolak terus susu botol..

Cara atasi:

Boleh cuba menggunakan botol yang putingnya menyerupai payudara ibu. Sekarang dah banyak dijual.. Antaranya Tommi Tippee, Avent Natural, MAM, MimiJumi.

Boleh juga tukar kepada puting NUK atau Dr. Baby.

Atau pun, guna je botol yang sedia ada.

Boleh minta tolong orang lain susukan bayi dengan botol (selalunya bayi menolak kalau ibu sendiri yang susukan botol). Jika masih tak berjaya, cuba tahan dagu bayi selepas masukkan puting botol dalam mulut.

Sambil gerakkan botol untuk menggalakkan bayi menghisap dari puting, tahan dagu bayi. Sebab, kadang-kadang bayi tak tahu nak buat apa bila puting diletakkan dalam mulut.

Keliru puting dari botol susu ke payudara ibu

Biasanya keadaan ni terjadi bila bayi disusukan menggunakan botol sebaik sahaja dilahirkan.

Ini mungkin terjadi kerana ibu ada masalah puting tenggelam/mendatar, ibu lupa berpesan pada penyambut bayi yang ibu ingin menyusukan badan sejurus dilahirkan ataupun bayi dilahirkan bukan di hospital rakan bayi..

Cara atasi:

Ibu boleh menggunakan nipple shield supaya bayi rasa seperti menyusu dari puting botol.

Ibu boleh guna cara ni semasa awal-awal ingin membiasakan bayi menyusu dari payudara.

Cuba selang selikan penyusuan tanpa penggunaan nipple shield untuk membiasakan bayi.

InsyaAllah, lama kelamaan masalah akan selesai.

Bayi kak fara mula-mula nak menyusu dulu pun macam ni juga. Lama-lama dia semakin biasa. Korang jangan risau. Amalkan tips yang kak fara kongsikan, insyaAllah selesai masalah.


P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna. Fesyen baju mengandung PALING UP TO DATE dan TERKINI sangat SELESA sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS << 

Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *