5 Tip Tambah Susu Badan Dengan Mudah Dan Cepat

5 Tip Tambah Susu Badan Dengan Mudah Dan Cepat

5 Tip Tambah Susu Badan Dengan Mudah Dan Cepat – Bagi mereka yang bergelar ibu buat pertama kali,pasti merasa gusar mengenai susu badan. Ada yang dikurniakan susu seawal usia 5 bulan kandungan.

Ada yang selepas melahirkan bayi baru ada susu badan.

Ada juga yang sangat susah untuk mengeluarkan susu badan. Sebenarnya pengeluaran susu badan dari badan si ibu berkait rapat juga dengan permainan hormon serta cara pemakanan seharian kita.

Hari ni kak fara akan kongsikan 5 Tip Tambah Susu Badan Dengan Mudah Dan Cepat khususnya buat mereka yang bergelar ibu muda serta ibu pertama kali.

5 Tip Tambah Susu Badan Dengan Mudah Dan Cepat

Makan Kurma Sebagai Pelaris Susu Badan

Kurma mempunyai zat besi dan kalsium yang tinggi. Memang sejak dahulu lagi terbukti berjaya memeriahkan susu badan.Nak lagi sedap,blend 5 biji kurma tanpa biji bersama susu HL.Sangat sedap!

Minum Horlicks Sebagai Penambah Tenaga

Selain kurma,air horlicks juga turut membantu untuk mengeluarkan susu badan dengan lebih banyak.

Rata-rata ibu hamil yang mengandungkan anak sulong berjaya memiliki susu badan yang banyak selepas minum air horlicks. Tetapi kalau boleh sila selang-selikan dengan minum air putih memandangkan horlicks boleh menyebabkan mucus (lendir hingus) pada baby.

Air Putih Sejak Turun Temurun

Memang tidak dinafikan air putih mempunyai khasiat yang sangat banyak.

Bagi mereka yang susah untuk makan kurma serta minum air horlicks,anda digalakkan untuk minum air putih sebanyak mungkin kerana air putih terbukti mampu menjadi ‘milkbooster’ semulajadi untuk ibu selepas bersalin.

Pemakanan Yang Teratur Dan Seimbang

Selain itu,si ibu digalakkan jangan pernah skip jadual pemakanan semasa berpantang. Makan ikut masa dan diet yang betul. Jangan diikut rasa badan yang malas untuk makan. Amalkan makan buah yang sihat dan sesuai.

Fikir Positif Dan Berdoa Yang Baik-Baik

Si ibu jangan mudah stress apabila susu tidak keluar.

Apabila si ibu stress,minda dan otak akan bertindak sebaliknya.

Jaga emosi sebaiknya semasa berpantang. Fikir dan doa yang baik-baik supaya susu mudah keluar. Bila emosi dalam keadaan stabil, barulah otak boleh memberi tindak balas positif pada tubuh badan untuk bekerja dengan baik.

Nasihat kak fara pada para ibu muda dan ibu beranak sulong, jangan mudah mengalah.

Teruskan sahaja penyusuan seperti biasa biarpun susu masih belum keluar. Kerjasama yang baik antara ibu dan bayi sebenarnya juga mampu merangsang pengeluaran susu ibu dengan lebih cepat dan banyak.

Jangan mudah mengalah dengan terus beralih kepada susu formula. Ikut 5 tip tambah susu badan dengan mudah dan cepat ini. Usaha sebaik mungkin dan teruskan penyusuan ibu secara eksklusif selama 2 tahun. 

Firman Allah:
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” [QS al-Baqarah : 233]


P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna. Fesyen baju mengandung PALING UP TO DATE dan TERKINI sangat SELESA sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS << 

Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *