Cara-Cara Untuk Turunkan Kuning Bayi Dengan Cepat

Cara-Cara Untuk Turunkan Kuning Bayi Dengan Cepat

Cara-Cara Untuk Turunkan Kuning Bayi Dengan Cepat.

Cara-Cara Untuk Turunkan Kuning Bayi Dengan Cepat. – Demam kuning atau ‘jaundice’ adalah perkara biasa yang berlaku pada bayi. Tidak kira pada bayi cukup bulan atau pramatang, jika ia berlaku, perkara paling penting ialah jangan panik.

Pihak hospital akan memantau perkara ini dimana rawatan akan diberikan pada bayi dengan sebaiknya. Bayi pramatang amat tinggi kebarangkaliannya. Pastikan demam kuning bayi tidak berpanjangan.

Macam kak fara dulu semasa bersalinkan anak pertama,kuning bayi ada tetapi tidak terlalu tinggi,jadi boleh terus discaj dari wad. Alhamdulillah. Cuma perlu continue follow-up di klinik kesihatan untuk pemantauan.

Cara-Cara Untuk Turunkan Kuning Bayi Dengan Cepat

Rawatan dan ubat untuk penyakit demam kuning

Untuk rawatan, doktor biasanya akan mengambil darah untuk mengenal pasti tahap dan jenis jaundis.

Sekiranya perlu, bayi akan diletak di bawah lampu fototerapi. Ini akan membantu mengurangkan tahap jaundis pada kadar yang lebih rendah.

Ketika menjalani rawatan fototerapi, baju dan seluar akan ditanggalkan dan mata akan ditutup dengan cermin mata khas untuk mengelakkan kerosakan pada retina.

Bayi juga perlu diberi susu dengan lebih kerap dan banyak untuk mengelakkan daripada dehidrasi atau kekurangan air. Dalam kes terpencil, sekiranya tahap jaundis terlalu tinggi, doktor mungkin perlu melakukan pertukaran darah.

Punca demam kuning

Penyakit kuning, atau jaundis, sebenarnya bukan satu penyakit. Ia berlaku akibat sel darah merah yang pecah. Lebih banyak sel darah merah yang pecah, lebih tinggi kadar jaundis. Mudah untuk mengetahuinya, di mana bayi terbabit mempunyai akan mengeluarkan najis berwarna kuning dan air kencing jernih.

Sila ikut petua dan cara-cara untuk turunkan kuning bayi dengan cepat di bawah untuk menghilangkan demam kuning.

Tips 1: Penyusuan Yang Kerap

Ye..anda hanya perlu kerap menyusu untuk turunkan kuning bayi. Senang saja bunyinya kan..menyusu sekerap mungkin. Kalau boleh, setiap 1-2 jam.

Namun, ada juga kes dimana ibu menyusu dengan kerap, tapi bila esoknya ke klinik, kuning tak jugak turun! Malah kuning semakin naik atau mungkin turun sedikit saja.

Kajian demi kajian dilakukan oleh Konsultant Penyusuan.

Rupa-rupanya puncanya ialah..ramai ibu tidak menyusu dengan cara yang betul, yang mana lekapan penyusuan mereka adalah SALAH.

Sesetengah ibu tidak perasan, kadang kala bayi bukannya menyusu, tapi sekadar menghisap puting sahaja dan tidak menelan susu. Akibatnya, bayi tidak dapat cukup susu dan kuning juga susah untuk turun.

Lekapan penyusuan yang betul ini sangat penting! dalam bahasa penyusuan ianya dipanggil Latching Position.

Bila lekapan bayi tidak betul di payudara ibu, susu ibu akan tersekat dan tidak keluar dengan lancar!

Makanya sebab itulah bayi pun tak dapat cukup susu, tidak puas menyusu dan menyusu dengan lama.

Tips 2: Pemakanan Yang Berkualiti Dan Seimbang

Ibu perlu banyak makan kurma dan menelan madu sepanjang tempoh menyusu kerana susu ibu sangat baik untuk merawat bayi yang terkena jaundice.

Menjaga pemakanan yang sihat dan seimbang sangatlah penting untuk anda yang sedang berpantang dan menyusu.Anda perlu sihat dan bertenaga, untuk menghasilkan susu yang cukup dan berkualiti untuk bayi.

Tips 3 : Titiskan Susu Kambing Ke Dalam Mulut Bayi

Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidap jaundice.InsyaAllah terbukti membantu para ibu.

Tips 4 : Pancaran Lampu Sinaran UltraViolet

Sekarang zaman sudah canggih.Sudah ramai yang menawarkan servis penyewaan mesin sinaran ultraviolet khas untuk menurunkan demam kuning si kecil.Jadi si ibu boleh survey dan lihat di kawasan mana yang menyediakan servis sewaan mesin ini.

Tips 5 : Beri Si Kecil Susu Formula

Mungkin ada yang akan fikir : ‘eh awalnya nak bagi susu FM…’ Tapi sebenarnya dari segi praktikal, susu FM sangat membantu para bayi membuang air besar dan kecil dengan lebih kerap.

Semakin kerap si kecil membuang, peratus untuk kuning si kecil berkurangan adalah lebih tinggi memandangkan kuning akan berkurangan apabila si kecil membuang air besar dan kecil.

Cubalah. InsyaAllah sangat membantu.

Tapi diingatkan jangan terlalu leka sampai lupakan pemberian susu badan sendiri.

Apa yang kak fara lebih suka, kak fara akan tetap berikan susu pada si kecil walaupun susu badan pada mulanya kurang meriah. Teruskan memberi lama kelamaan susu akan meriah dan bayi akan turun demam kuning.

Susu badan ibu adalah penawar paling mujarab taw untuk demam kuning bayi. Mudah je nak ikut cara-cara untuk turunkan kuning bayi dengan cepat.

Jangan lupa amalkan tips turunkan kuning bayi dengan cepat yang kak fara share di atas taw!


P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna. Fesyen baju mengandung PALING UP TO DATE dan TERKINI sangat SELESA sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS << 

Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *