Bila Masa Yang Sesuai Bertungku Selepas Bersalin?

Bila Masa Yang Sesuai Bertungku Selepas Bersalin?

Bila Masa Yang Sesuai Bertungku Selepas Bersalin? – Amalan bertungku adalah amalan yang amat penting dilakukan sepanjang tempoh berpantang. Ini kerana ianya mempunyai manfaat berpanjangan kepada kesihatan anda. Jadi, sebenarnya bila masa yang sesuai bertungku selepas bersalin?

Ok, kak fara sambung kat bawah..

Amalan bertungku dilakukan sebelum berbengkung. Ianya boleh dilakukan sama ada menggunakan tungku batu sungai atau tungku besi yang sekarang laris di pasaran.

Tungku Besi boleh digunakan bersama sarungnya sama ada sarung tanpa herba atau berherba. Kelebihannya tetap sama kepada wanita yang mengamalkan cuma lebih
istimewa kalau menggunakan sarung berherba.

Bila Masa Yang Sesuai Bertungku Selepas Bersalin?

KEBAIKAN BERTUNGKU

1. Membantu mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku.Lebih bagus sekiranya darah anda berhenti lambat untuk emastikan darah dan lendir keluar sepenuhnya
sepanjang tempoh berpantang 44 hari. Rahim wanita tidak akan besih sepenuhnya jika darah berhenti awal.

2. Membantu mengeluarkan semua kotoran dan toksin daripada badan.

3. Dapat memecahkan lemak dalam badan yang berkumpul sepanjang kehamilan.

4. Mengecutkan rahim dan organ yang bengkak kerana bersalin

5. Membantu mengembalikan tubuh badan kepada bentukk keadaan asal dan mengempiskan perut.

Ketika berurut, tukang urut akan menaikkan rahim ibu selepas bersalin ke atas untuk mengelakkan daripada rahim jatuh dan mendapat penyakit lain di usia tua.

Bahagian Badan Yang Perlu Ditungku

1. Bahagian Peranakan

Ianya bertujuan untuk mengecutkan peranakan yang membesar sepanjang kehamilan.

Peranakan juga perlu dinaikkan ke atas dengan menolak bahagian rahim dari bawah sehingga menghampiri bahagian pusat. Menyangkak hanya boleh dilakukan oleh orang yang mahir selalunya dilakukan oleh tukang urut selepas anda bersalin.

Peranakan yang tidak dinaikkan akan menyebabkan perut menjadi buncit,gelebeh seolah-olah ada benda menonjol yang hendak keluar dari faraj.

Bertungku di bahagian ini mengambil masa lebih kurang 25 minit.

2. Bahagian Badan (bahagian dada, ulu hati, tengkuk, ketiak dan belikat dalam keadaan berbaring).

Bahagian pertama yang boleh dilakukan adalah di sekitar buah dada, supaya dapat melancarkan peredaran darah dan pengaliran atau pengeluaran air susu kita ketika berpantang.

Kemudian, diikuti pula ke bahagian ulu hati, iaitu untuk memecahkan angin di bahagian perut dan ulu hati. Lakukan dalam masa lebih kurang 5 – 10 minit sahaja.

Setelah itu beralih ke bahagian ketiak kanan dan kiri.

Kemudian barulah dilakukan di bahagian belikat kanan untuk beberapa minit, yang kemudiannya dipindahkan ke bahagian kiri.

Di bahagian tengkuk, bertungku dilakukan dengan meletakkan tungku di bawah tengkuk seperti orang berbantal. Bahagian ini perlu ditungku untuk memulihkan perjalanan darah di bahagian kepala dan leher.

3.Bahagian Bawah (bahagian betis,paha, punggung, pinggang, pelipat, pergelangan kaki dan tapak kaki).

Bertungku di bahagian-bahagian ini memerlukan masa antara 15 – 20 minit pada setiap bahagian.

Pada bahagian terakhir, iaitu di tapak kaki, kaki dirapatkan menjadi satu kemudian digerakkan ke hadapan dan ke belakang, atau dengan mengolek-golekkan tungku ke hadapan dan ke belakang sekiranya tungku itu berbentuk
bujur atau bulat.

Biarkan tungku berada di bahagian ini sehingga sejuk.

Proses bertungku ini memerlukan bantuan daripada orang lain untuk membakar atau memanaskan tungku tersebut kerana ianya agak berat untuk dilakukan oleh ibu yang baru sahaja bersalin terutama sekali dlam tempoh seminggu selepas bersalin kerana badan ibu masih lagi lemah. Dengan adanya tungku-tungku moden di pasaran, mungkin sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban bagi ibu-ibu ini.

KEBURUKAN JIKA TIDAK BERTUNGKU

Bagi wanita-wanita yang mengambil remeh amalan bertungku ketik berpantang anda perlu mengambil tahu akan kesan buruknya kerana mungkin anda tidak nampak akan kesannya pada masa terdekat namun di masa hadapan nanti anda akan mula terasa kesannyapada diri anda.

Berikut adalah kesan-kesan buruk jika anda tidak bertungku..

1. Mengalami masalah Rahim Jatuh atau prolapse

Rahim jatuh adalah di mana rahim jatuh ke bawah dan kadang kala terkeluar dari saluran faraj.

Rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.

Keadaan ini disebabkan ligament dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran.

Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat

1.Peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa.
2.Peringkat kedua dimana pintu Rahim jatuh sampai kepermukaan faraj.
3.Peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan Rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj, keadaan ini yang biasa di gelar
“tombong”.

2. Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalah buang air kecil seperti:

1. kerap membuang air kecil
2. sakit ketika nak buang air kecil
3. kencing yang tidak dapat dikawal khususnya semasa batuk, ketawa yang kuat (Stress Incontincence).

Keadaan ini menyusahkan dan menganggu tugas harian khususnya dalam menjalankan amalan ibadah seperti solat.

3. Gangguan Hubungan Kelamin– disebabkan berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang memegang faraj yang dipanggil Pelvic Floor Muscle.

Maka kekuatannya untuk mencengkang atau mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin terganggu. Ini meyebabkan kepuasan dan kenikmatan seks, khususnya kepada sang suami kurang puas & tak menyeronokkan.

4.Sakit Pingang dan Tidak selesa dibahagian Sulit Wanita – Gangguan lain yang boleh timbul akibat daripada proplapse rahim ialah rasa tidak selesa dibahagian sulit kerana sesuatu benda iaitu rahim terkeluar daripada faraj.

Hal Ini berlaku ketika berdiri atau banyak berjalan.

Oleh sebab Rahim jatuh ianya menarik otot dan sering kali urat dibahagian pingang juga akan tertarik menyebabkan ramai diantara wanita mengadu sakit pinggang.

5. Gangguan Kesihatan

Dalam Kes Proplapse yang teruk atau peringkat ketiga dimana keseluruhan rahim terkeluar, seringkali pintu rahim tergesel pada seluar dalam dan menyebabkan luka atau erosion.

Luka ini seringkali dijangkiti kuman dan menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak.

Dalam jangka masa panjang ada juga kes dimana berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeseran yang berpanjangan.

Untuk mengelakkan dari masalah ini berlaku, amalkan amalan penting ketika berpantang perlulah anda amalkan iaitu berurut, berbengkung, bertungku, memakai stokin dan lain – lain lagi.

Amalan berbengkung dan bertungku ini membantu untuk mengecutkan rahim dengan cepat, mengeluarkan darah nifas, membantu mengempiskan perut dan sebagainya. Bila masa yang sesuai bertungku selepas bersalin? Kak fara dah kongsikan panjang lebar seperti diatas.

Oleh itu ibu-ibu tidak sepatutnya mengabaikan kata-kata orang tua yang sering kali membebel terhadap kita supaya berpantang dengan betul. Jadi para ibu perlu tahu dan faham bila masa yang sesuai bertungku selepas bersalin?

Selamat Beramal!


P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna. Fesyen baju mengandung PALING UP TO DATE dan TERKINI sangat SELESA sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS << 

Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *