Betul Ke Air Selusuh Boleh Permudahkan Bersalin?

Betul Ke Air Selusuh Boleh Permudahkan Bersalin? – Assalamualaikum semua pembaca MB. Hari ni Kak Fara nak berkongsi manfaat dan khasiat air selusuh.

Selusuh ialah nama bagi bahan khusus yang disediakan untuk memudahkan kelahiran bayi juga meringankan penderitaan ibu. Selusuh terdiri daripada air dan minyak yang disebut sebagai air selusuh dan juga minyak selusuh. Adakalanya kedua bahan ini digunakan secara bersama dengan ditambah dengan buah kurma (seelok-eloknya kurma Nabi iaitu ajwah).

Air Selusuh ini kalau ikut kepercayaan Melayu memang banyak kita dengar dan ramai juga orang zaman dahulu minum air dan minyak selusuh yang diambil dari Tok Bidan kampung. Tapi Kak Fara kurang percaya dengan air yang dari Tok Bidan itu. Jadi, betul ke air selusuh boleh permudahkan bersalin?

Bukan apa takut salah dan jatuh syirik pula kan? Jadi Kak Fara suruh suami buatkan air selusuh mengikut formula Islam. Air selusuh ini adalah ikhtiar dan berkat doa yang dibacakan oleh suami kepada isteri, Inshallah Allah akan permudahkan urusan kita.

Cara Membuat Air dan Minyak Selusuh

Air selusuh dibuat (jika dapat) menggunakan air zam-zam. Minyak selusuh pula dibuat sendiri menggunakan kelapa tua yang belum kering kulitnya (kelapa hijau). Kelapa diparut dan diperah santannya tanpa ditambah air. Toskan santan tersebut didalam bekas selama lebih kurang 3 hingga 4 jam.

Kemudian saring kepala (bahagian atas) santan menggunakan sudu bagi mengasingkan pati-patinya yang telah terkumpul di dasar bekas tadi. Masak santan berkenaan menggunakan kuali dengan api perlahan.

Sentiasa kacau santan bagi mengelakkannya menjadi berketul. Masak sehingga pecah minyak dan kacau hingga bentuk tahi minyak bertukar menjadi kuning keemasan (lebih kepada kehitaman sebenarnya tapi bukan hangus).
Setelah itu sejukkan minyak dan asingkan daripada tahinya.

Tuang minyak ke dalam gelas kaca (kalau dapat gelas tidak berwarna dan putih jernih). Simpan minyak dalam suhu bilik selama lebih kurang seminggu atau lebih agar pati-pati tahi minyak akan mendap ke bawah gelas. Setelah itu anda akan dapati minyak yang warnanya keemas-emasan dan jernih. Pindahkan minyak (saringkan) yang jernih bersih itu ke dalam bekas kaca yang lain.

Doa Yang DiBaca

1. Al-Fatihah

Betul Ke Air Selusuh Boleh Permudahkan Bersalin?

2. Selawat Syifa’

Betul Ke Air Selusuh Boleh Permudahkan Bersalin?

4. Doa Selusuh

Betul Ke Air Selusuh Boleh Permudahkan Bersalin?

Terjemahan : “Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama pesakit dan nama ibunya) penderitaan bersalin, dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya”.

5. Doa Permudah

Betul Ke Air Selusuh Boleh Permudahkan Bersalin?

Terjemahan : “Tuhanku, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagiMu, Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatMu, ya Arhamar Rahimin”.

Kaedah Pengubatan

Dibacakan semua rangkaian doa di atas ke atas air. Hendaklah diberi minum air kepada isteri seeloknya seminggu sebelum dijangkakan bersalin. Boleh disapu ke atas perut selepas waktu asar sambil berdoa agar Allah SWT mempermudahkan urusan kelahiran si anak.

Begitu lah sahaja mudahnya membuat air selusuh, Cuma minyak selusuh agak rumit untuk dibuat. Bagi MB air selusuh pun sudah memadai, tiada kos yang mahal, hanya doa dan tawakal kepada sang pencipta.

Persoalan betul ke air selusuh boleh permudahkan bersalin? Jawapan kak fara adalah ya. Tapi kak fara nasihatkan jangan sesuka hati hendak minum air selusuh walaupun belum waktu tu, takut nanti apa-apa yang tidak diingini berlaku kepada anda nanti.

Kandungan kita dan kesihatan kita tidak sama, maka dinasihatkan minum air selusuh bila dah mula rasa contraction bersalin supaya semuanya dipermudahkan. Dan akhir kata,ini semua adalah ikhtiar dari kita hanya dengan izin-Nya juga semua terjadi.

Semoga dipermudahkan urusan semua.


P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna. Fesyen baju mengandung PALING UP TO DATE dan TERKINI sangat SELESA sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS << 

Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *