4 Penipuan Tentang Kehamilan Yang Setiap Wanita Perlu Ambil Tahu

4 Penipuan Tentang Kehamilan Yang Setiap Wanita Perlu Ambil Tahu – Assalamualaikum pembaca MB, Kebanyakan wanita sudah berkahwin meletakkan hamil sebagai salah satu perkara dalam wishlist utama mereka. Ah, siapa sahaja yang tidak mahu bukti cinta terindah antara dua manusia kan?

Namun, hamil sebenarnya bukanlah selaluya mudah dan memang selalunya sukar. MB terpaksa menjadi jujur untuk memberitahu kenyataan untuk itu dalam artikel kali ini. MB kongsikan dari seorang ibu hamil yang meluahkan rasa ibarat tertipu dengan 5 kenyataan yang biasa disebut-sebut orang dan dikaitkan dengan ibu hamil.

Jom baca..

1. Makan Untuk Dua Orang?

Anda tidak akan berpeluang untuk menikmati makanan sebagai dua orang. Buku-buku kesihatan telah menjernihkan kenyataan ini. Menurut buku-buku kesihatan, ibu hamil cuma memerlukan tambahan 300 kalori sahaja untuk bayinya. Apa yang boleh anda dapat daripada lebihan 300 kalori itu? Iya, tidak lebih daripada roti sandwich (mentega kacang) dan segelas susu.

Walaupun anda hamil, sebenarnya tidak boleh terlampau mengikut kehendak dan makan apa sahaja yang anda mahukan. Anda perlu makan makanan yang baik untuk kesihatan terutamanya demi tumbesaran bayi dan sebaiknya jangan menambahkan berat badan dengan drastik.

Tetapi sabar, ada bahagian yang lebih menyeramkan. Kebenaran selalu menyeramkan,betul?

Pada waktu inilah kemahuan atau orang melayu kata ‘mengidam’ ni menjadi-jadi. Lebih memburukkan keadaan anda akan mengidam makanan-makanan yang tidak baik untuk kesihatan seperti Pizza, makanan berminyak dan berlemak dan sebagainya. Dan berkemungkinan besar suami anda akan belikan dan kemungkinan yang lebih besar adalah anda akan menikmati makanan itu.

Kemudian berat badan meingkat dengan drastik. Anda akan menangis sambil menghirup segelas milkshake, dan suami akan memberitahu anda lagi dan lagi bahawa anda tetap cantik. Tetapi anda tahu, mereka tidak jujur.

2. Kulit Akan Bersinar

Mungkin sebahagian daripada pembaca MB kulitnya menjadi bersinar ketika hamil, tetapi perkara itu sebenarnya terjadi kepada semua orang. Lebih mendukacitakan, kulit anda dinoda dengan jerawat-jerawat yang menghiasi pipi dan dagu!

Untuk yang tidak beruntung (yang tidak menikmati kulit yang bersinar ketika hamil) bahkan berkemungkinan besar mempunyai eyebag atau bulan hitam di sekitar mata. Macam panda! Kenapa? Sebab anda sukar untuk tidur malam dan kalau pun berjaya tidur malam akan sering berjaga untuk membuang air kecil.

Sabar je lah!

3. Fasa Trimester Pertama Adalah Yang Terburuk?

Kalau ada sesiapa yang memberitahu anda perkara ini, jeritlah ke telinga mereka, “Tipuuuuu!” (Segala perbuatan adalah atas risiko sendiri tau).

Sebab apa?

Sebenarnya keseluruhan fasa kehamilan ini adalah teruk dan buruk. Ramai wanita diluar sana berdukacita kerana menghidapi morning sickness atau muntah-muntah pada waktu pagi tetapi yang lebih teruk yang dihadapi oleh sebahagian wanita hamil adalah perasaan ingin muntah SETIAP masa, dari pagi sehingga malam dan muntah itu tidak pernah mahu keluar.

MB fikir mungkin ramai orang katakan fasa trimester pertama adalah terbaik kerana mereka apabila mereka sudah masuk dalam fasa trimester kedua dan seterusnya mereka menjadi terbiasa dengan perkara-perkara ini. Sebenarnya situasi itu tidak pernah bertambah baik, cuma diri kita terbiasa dengannya.

4. Fasa Trimester Kedua, Tenaga Meningkat Dengan Drastik

Tidak. Wanita hamil yang meluahkan perasaan ini memberitahu bahawa dia berasa letih sejak minggu pertama kehamilan dan ketika masuk fasa trimester kedua kehamilan, dia SANGAT penat. Bahkan bertamah-tambah penat. Dalam fasa trimester ketiga bahkan mungkin situasi akan berubah menjadi lebih buruk.

Anda mungkin mahu menjerit.

Tetapi bersabarlah, tidak perlu menjerit. Dan tidak ada apa-apa yang berlaku. Cuma janin anda sedang menendang perut anda. Namun diakui, momen-momen yang dilalui ini membuatkan hubungan ibu dan anak itu sangatlah erat dan rapat.


P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna. Fesyen baju mengandung PALING UP TO DATE dan TERKINI sangat SELESA sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS << 

Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *