Susu Masih Menitik, Tapi Anak Sudah Tiada. Peritnya!

Susu Masih Menitik,Anak Sudah Tiada.Peritnya!

Susu Masih Menitik, Tapi Anak Sudah Tiada. Peritnya! – Assalamualaikum semua pembaca setia blog kak fara. Hari ni kak fara nak share satu kisah yang menyayat hati.

Kisah di mana seorang ibu terlalu inginkan susu badannya di teguk oleh bayinya, namun tidak kesampaian. Sehinggalah anak kesayangannya itu pergi meninggalkannya buat selama-lamanya. Susu masih menitik, tapi anak sudah tiada. Peritnya!

Assalamualaikum..

Sy pn nk berkongsi first time berpantang dgn mil. Discharge dari ward. Boleh dikira bpe byk sy pgang ank sy. Susu pn mil bg, susu fm.

Padahal susu bdan sy byk, Alhamdulillah rezeki ank, kadang tu mse mil bg susu fm mnitik2 susu sy. Sedih tu Allah je yg tahu. Lepas baby habis pantang sy dh nekad nk susukan anak.

Alhamdulillah tapi Allah nak bg dugaan kte tak dapat nk agak.

Anak sy hdup 4 bulan je. Antibodi die lemah. Sy menyesal tak dapat susukan anak sy sepenuhnya. Tempoh 24 jam boleh katakan anak sy sekejap je dgn sy.

Sampai tahap nak tidur pn mil bawa anak tidur dgn mil. Rindu anak sy. Sampai tahap bagi nenen anak sy. Awak tu maktok anak sy. Sy nie mama die.

Kecewa sy. Mana hak saya sebagai mama dia.

Setiap kali anak mnum susu fm sy mnangis anak sy pandang je sy. Rse mcam sy ini ibu tak berguna sebab tak mampu nak pertahankan hak sendiri.

Suami pun pertahankan mil. Sepanjang berpantang mmg sy hampir meroyan. Kpd mil kpd suami, tolong fahami jiwa seorang ibu. Ibu nak eratkan bonding dengan anak. Bg ibu tu peluang.

Anak tu Allah pinjamkan kita tak tahu sampai bila. Sy kongsi ni utk semua ambil ikhtibar.

Takut ada yg kecam mnta tulis cerita ni kat page lain. Ibu2 yg mcam sy tolong sgt2 luahkan pada orang yg boleh tolong. Suami tolong jaga perasaan isteri ketika berpantang.

Tolong support isteri bukan mama awak.

Isteri awak excited 9 bulan hamilkan anak awak, mama awak yg susukan anak awak pula.

Sy siap cakap dekat suami, sakit bersalin tak hilang lg. Anak sy dh tiada. Siapa nk minum susu yg menitis ni. Sy tiada peluang nak susukan anak sy sendiri.

Sedihnya bila kak fara baca luahan hati ibu ini.

Kak fara dapat merasakan jauh di lubuk hati ibu ini,dia sangat kecewa.

Kecewa dan sangat rasa bersalah. Anak yang dikandung 9 bulan di dalam perut, pergi begitu sahaja dek kerana dia sendiri tak mampu untuk pertahankan anaknya. Memang orang akan cakap, dah takdirnya.

Memang, tapi setidaknya kita mampu mengubah takdir itu dengan usaha.Bukan hanya merelakan dan menunggu takdir itu sampai.

Susu Masih Menitik, Tapi Anak Sudah Tiada. Peritnya!

Sungguh kak fara rasa sangat kecewa dengan sikap suaminya.

Mana perginya kesetiaan suami yang berjanji untuk memahami dan menyayangi isteri?

Luahan isteri sendiri di pandang serong.

Moga Allah kurniakan zuriat lagi buat ibu ini.Sama-sama kita pelihara rumah tangga kita sebaiknya. InsyaAllah.


P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna. Fesyen baju mengandung paling up to date dan terkini sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS << 

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *