Mainan Yang Sesuai Dan Betul Untuk Anak 1-3 Tahun

Kalau artikel lepas, kak fara kongsi dengan mommies jenis mainan yang sesuai untuk bayi 0-12 bulan. Kali ni kak fara nak kongsi jenis mainan yang sesuai untuk anak 1-3 tahun pulak. Jangan ingat anak akan berhenti bermain sampai umur sekian-sekian ye. Hehe.

Bagi umur 1-3 tahun ni, biasanya anak pada umur ni diorang akan lebih sukakan mainan yang memberi tindak balas apabila dia bermain.

Contohnya kalau mommies perasan, mainan seperti tukul yang mengeluarkan bunyi, dram yang berbunyi. Diorang lebih cenderung dengan mainan sebegini. Jadi, belikan mainan yang sesuai dengan umur mereka ye.

Jom tengok jenis mainan yang sesuai untuk mereka.

Mainan Yang Sesuai Dan Betul Untuk Anak 1-3 Tahun
Stacking rings untuk baby 1-3 tahun
Mainan berbongkah yang disuai padan pada bentuknya

 

Push or Pull Toys yang banyak dijual di pasar malam hehe

 

Hammering set atau set penukul mainan untuk kanak-kanak

 

Set mainan berbunyi contohnya macam drum,tambourines.

 

Itik getah yang boleh teman anak mandi

Pada usia anak 2-3 tahun,mereka mula nak explore lagi mendalam permainan yang lagi best. Kalau mommies perasan,diorang ni takkan pandang dah mainan untuk 6 bulan kebawah.

Diorang lebih memilih macam mainan yang diadaptasikan dari situasi sebenar. Contohnya macam set mainan doktor dan hospital serta set mainan masak-masak sebenar.

Kalau mommies belikan diorang set mainan seperti itu.

Jangan risau, mommies boleh buat kerja mommies dengan aman lepas ni. hehehe. Confirm diorang akan lebih leka sebab kononnya diorang banyak kerja nak buat dengan set mainan diorang.

Pada usia sebegini juga, mommies dah boleh mula kenalkan diorang dengan mainan basikal bermula denga tiga roda dan perlahan-lahan ke roda dua.

set mainan masak-masak.

 

Basikal roda empat

 

Set mainan puzzles.Kalau yang ni kak fara pun suka main.hehe

 

Set binaan Lego untuk kanak-kanak

Ok,cukup tu sahaja jenis mainan yang sesuai untuk anak umur 1-3 tahun. Lepas ni kak fara sambung artikel untuk mainan bagi umur 4-8 tahun pulak. Hehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *