FAHAMI KEHAMILAN OVERDUE

Ibu bimbang berulang!

Assalamualaikum Ibu semua…ibu bimbang berulang kehamilan overdue? mesti ibu selalu berasa risau bila rasa lambat bersalin..kenapa tak rasa nak bersalin lagi ni? saya akan lambat bersalin ke? kehamilan overdue ke ni? Jangan panik ibu..tarik nafas panjang-panjang..saya nak share dengan ibu tentang kehamilan overdue..selamat membaca 🙂

Tempoh normal kehamilan adalah di antara 37 hingga 42 minggu, juga dikenali sebagai tempoh matang kehamilan. manakala kehamilan melewati 42 minggu puka diklasifikasikan sebagai kehamilan post matang, postterm pregnancy atau dalam bahasa mudah, overdue.

Menurut data klinikal, hanya 4% (1 dari 20) wanita akan bersalin pada tarikh jangkaan bersalin mereka dan sebanyak 10% wanita akan mengalami kelahiran post matang. Penetapan tarikh bersalin adalah amat penting bagi menentukan sama ada ibu hamil benar-benar postmatang.

Penetapan tarikh kelahiran secara tepat perlu dilakukan pasa usia awal kehamilan dengan menggunakan tarikh hari pertama haid yang terakhir berdasarkan pengiraan peraturan Naegele’s dan juga menjalani ujian ultra sound awal (dating scan)

3 PUNCA KEHAMILAN POST MATANG

Dalam kebanyakan kes, penyebab kepada kehamilan post matang dalah tidak diketahui. Walau bagaimana pun, teradpat beberapa faktor yang meletakkan ibu hamil dalam kategori berisiko tinggi untuk kehamilan post matang iaitu:

  • Kehamilan pertama
  • Ibu yang mempunyai sejarah kehamilan post matang sebelumnya
  • Faktor genetik juga boleh memainkan peranan. Satu kajian menunjukkan peningkatan berisiko kehamilan post matang pada wanita yang sendiri lahir sebagai bayi post matang!

RISIKO KELAHIRAN POST MATANG

Risiko kelahiran post matang yang paling mencemaskan bakal ibu adalah risiko kematian bayi di dalam kandungan. Insiden kematian bayi meningkat pada kehamilan yang berterusan melebihi 42 minggu. Walau bagaimana pun, risiko ini agak kecil, dengan hanya 4 hingga 7 kematian bagi 1000 kelahiran (berbanding 2 hingga 3 kematian bagi 1000 kelahiran untuk kehamilan normal).

RISIKO LAIN

  • Saiz badan besar – bayi post matang mempunyai peluang yang lebih besar untuk mengalami komplikasi yang berkaintan dengan saiz badan yang lebih besar (makrosimia; yang ditakrifkan sebagai seberat melebihi daripada 49kg. ini berkait rapat dengan komplikasi trauma kelahiran pada bayi (distosia bahu).
  • Postmaturity syndrome – merujuk kepada janin yang pertumbuhannya pada rahim ibu terbantut selepas tarikh jangkaan, lazimnya disebabkan oleh masalah dengan pengaliran darah ke janin melalui plasenta.
  • Sindrom Aspirasi Mekonium – lebih dikenali sebagai keadaan dimana bayi ‘tertelan najis’. Lebih banyak hari post matang, bayi lebih cenderung untuk mengalami sindrom ini yang boleh menyebabkan masalah pernafasan apabila bayi dilahirkan.
  • Risiko kepada ibu termasuk masalah ketika kelahiran, kedederaan pada perineum dan juga peningkatan kadar kelahiran caesarean.

APA BOLEH DOKTOR LAKUKAN UNTUK IBU?

Apabila ibu melewati usia kandungan 40 minggu, ibu perlu memantau pergerakan bayi melalui fetal kick chart (sekurang-kurangnya 10 pergerakan dalam tempoh 12 jam), menghadiri lawatan susulan antenatal setiap minggu dan segera ke hospital sekiranya pergerakan bayi kurang memuaskan atau pecah air ketuban.

Kandugan air ketuban dan dengupan jantung bayi akan dipantau pada setiap lawatan susulan antenatal. Polisi kebanyakan hospital untuk kehamilan post matang adalah untuk kehamilan post matang adalah untuk melakukan prosedur induce atau memaksa kelahiran pada minggu ke 41 atau paling lewat pada usia kandungan 41 minggu 1 hari.

Hospital tidak akan sesekali membenarkan kehamilan melebihi 42 minggu kerana kematian bayi dalam kandungan.

Saya harap apa yang saya share ngan ibu semua berguna dan bermanfaat..jadi ibu semua bole la selalu memantau usia kandungan ibu semua..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *