Petua Hilangkan Cirit-Birit Pada Bayi

Petua Hilangkan Cirit-Birit Pada Bayi
Kalau tanya semua ibu bapa bila masa yang paling susah jaga anak, kak farah rasa semua pun pendapat sama. Masa anak sakit. Masa ni lah kita rasa biar lah kita yang sakit, biar lah kita yang tak sihat.

Sebagai ibubapa kita mesti nak yang terbaik untuk anak-anak. Sape tak nak anak sihat kan? Minggu lepas,kak farah cirit birit selama 4 hari.

Ni lah yang paling teruk yang kak  farah pernah alami. Sampai rasa nak pakai pampers haha. Alhamdulillah lepas tu kak farah ok. Rasanya silap makan.

Sebab sehari sebelum tu memang ada beli daging bakar. Rasa dia lain dari biasa tapi kak farah makan sampai habis jugak. Sape suruh makan banyak. Padan muka.

Sehari lepas kak farah sembuh, mariyam tiba-tiba tunjuk simptom cirit birit. Mula-mula dia muntah waktu tengah tidur. Kami ingat tak ada apa-apa.
Ingatkan muntah susu je. Lepas tu muntah tak henti-henti. Minum sikit pun muntah. Makan minum apa-apa pun muntah.
Kami bimbang kemain. Pi klinik, doktor bagi ORS suruh minum sebab takut dehydrated. Masalahnya minum ORS pun muntah huhu.
Hari kedua tu mariyam memang lembik, tak bercakap, baring je 24jam. Boleh kira berapa jam dia sedar, yang selebihnya tidur je.
Banyak kali jugak kami pi klinik, tapi doktor kata tak cukup lembik untuk hantar ke Emergency.
Sebab mariyam ni bila dok tempat baru, memang mata dia melilau. Dok rumah tak ada tenaga, tiba-tiba depan doktor boleh pulak dia melompat haha. Heran gila.
Lepas tu kami monitor sendiri je kat rumah, cuba jugak bagi ORS. Makan memang dah tak nak langsung. Sampai lah malam hari kedua tu, hubby telefon operator hospital untuk consult.
Rasanya hospital sambung ke triage. Depa kata suruh pi emergency sebab masa tu maream dah demam sekali. Demam pun tak boleh control sebab makan ubat pun muntah balik.
Sampai hospital macam biasa lah, maream start aktif hehe. Kepala tengok kiri kanan. Mulut dah pot pet pot pet sikit-sikit. Tapi doktor masukkan air jugak sebab dah sehari tak minum dan tak kencing.
Nak masuk air ni pun kesian. Kita orang tua pakai branula pun sakit, apatah lagi budak kan. Meraung lah. Kita yang tengok ni dalam hati meraung sekali.
Bila anak sakit macam ni korang google tak cara nak atasi sakit? Mesti ada google kan?
Haa..kak farah pun sama hehe. Bila google,kak farah jumpa petua untuk atasi/ mengurangkan cirit birit untuk bayi atau kanak-kanak.
Petua ni kak farah dapat dari blog Malysianwow.
  1. Jika bayi mengambil susu badan atau formulanya dengan sempurna, teruskan amalan itu. (Jika susu formula hendaklah cairkan susu dari biasa).
  2. Cuba berikan beberapa hirup air garam rehidrasi (oral rehydration salt solution atau ORS) beberapa kali dalam sejam. ORS membantu mengembalikan cecair dan garam yang hilang daripada badan akibat cirit-birit.
  3. Jangan berikan dia jus buah, air glukos atau minuman berkarbonat (gula yang tidak terserap akan menarik air ke dalam usus kecil dan menyebabkan cirit-birit semakin teruk).
  4. Jangan berikan ubat anti-cirit-birit tanpa arahan doktor kepada bayi anda. Ia boleh mendatangkan kesan sampingan yang serius jika diberi kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
  5. Untuk mengelakkan bayi anda menjangkitkan cirit-birit kepada kanak-kanak lain, jangan bawa dia ke pusat jagaan atau taska sehingga sekurang-kurangnya 48 jam selepas episod cirit-biritnya yang terakhir dan jangan bawa dia berenang untuk dua minggu seterusnya.
  6. Selagi bayi tidak muntah-muntah dengan kerap, boleh berikan makanan pejal. Jika bayi berusia enam bulan atau lebih, boleh berikan makanan seperti pisang, nasi, puri epal dan roti bakar kering. Untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas boleh mencuba sedikit daging ayam dan makanan berkanji seperti kentang lecek dan pasta.
  7. Tapi, jangan bimbang jika dia tak mahu makan. Adalah lebih penting bagi dia minum untuk mengelakkan nyahhidrat.
  8. Ibu bapa perlu memberi lebih perhatian pada perubahan keadaan anak jika berlarutan segera membawa anak ke klinik berhampiran jika masalah cirit-birit berlanjutan.
  9. Antibiotik jarang diberi untuk kes cirit-birit akut kecuali dalam kes tertentu. Ada kalanya antibiotik itu sendiri boleh menyebabkan cirit-birit.
  10. Ubah pemakanan anak buat sementara waktu dengan memberinya makanan lembut seperti bubur, susu tanpa laktosa, bijirin, yogurt, buah-buahan seperti pisang dan sayur celur.
  11. Beri air rebusan nasi kepada anak. Cara menyediakannya mudah, masak nasi sehingga menjadi bubur dan ambil airnya. Sejukkan air ini (atau sehingga suam) dan berikannya kepada anak anda.
Antara minuman yang sesuai untuk mencegah dehidrasi semasa cirit-birit ialah:
  •         Garam Oral Rehidrasi (ORS)
  •         Susu ibu
  •         Kanji (campuran cair bijirin yang telah dimasak dan air)
  •         Sup
  •         Air nasi (air didih)
  •         Air buah-buahan
  •         Teh cair
  •         Air kelapa muda
  •         Perbanyakkan meminum air masak
Ini ada beberapa petua untuk hilangkan cirit-birit sekadar untuk rujukan. Boleh cuba. Tapi jika berlarutan kena dapatkan rawatan doktor cepat-cepat.
1.  1 sudu tepung gandum dibancuh dengan segelas air suam. Bila semua sudah larut boleh la diberi bayi minum. Boleh juga masukkan dalam botol susu, supaya senang minum. InsyaAllah, cirit-birit akan sembuh. Boleh diamalkan untuk semua peringkat umur.
2.  Rebus kentang sehingga empuk tanpa ditambah garam atau perisa lain dan dimakan. InsyaAllah, cirit birit akan hilang bersama najis.
Jadi petua mana kak farah guna?
Sebenarnya kak farah nak bancuh tepung gandum, tapi tepung gandum kat rumah expired tak sempat nak beli hehe. Nak rebus kentang, tapi maream tak nak makan, nanti tak leh makan jugak.
Akhirnya, ape yang kami buat?
Kami bagi susu setiap sejam. Tapi susu kena cairkan dan kami kurangkan kuantiti.
Misalnya biasa bagi 6oz setiap 2 jam, tukar je 3oz setiap sejam. Untuk bancuhan susu pulak kurangkan bilangan senduk susu. Contohnya biasa 2oz air=2 sudu, tukar ke 2oz air=1sudu.
Alhamdulillah bila buat macam ni maream tak muntah. Walaupun selera makan masih tak ada, sekurang-kurangnya dia ada minum air jugak. Sekarang dia dah makin sihat.
Seminggu cirit berat turun 600g jugak lah. Lepas ni kami kena beringat jugak. Kena jaga kebersihan lebih mantap lagi tambah-tambah bila kami sendiri yang sakit.
Semoga korang pun beringat sama ye?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *