Apa Itu Lotus Birth?
Isu homebirth pun belum reda lagi. Timbul pulak isu ‘Lotus Birth’. Makin nak akhir zaman,makin banyak yang berfikiran kuno.Kenapalah tak pergi hospital je?
Hairan kak fara.Sanggup dia gadaikan nyawa anak semata-mata ‘alasan yang tidak munasabah’.
Entahlah bagi kak fara sendiri,kak fara memang 1000% tak setuju dengan tindakan mommies yang memilih kaedah ‘home-birth‘ ataupun ‘lotus birth’ ni. Banyak keburukan dari kebaikan.
Apa yang kak fara baca pasal lotus birth ni?
Lotus Birth dipercayai popular di Amerika sekitar tahun 1970an.
Dengan cara ini bayi, saraf dan plasenta dianggap sebagai satu unit sehingga ia terpisah (tali pusat jatuh). Kebiasaannya tali pusat akan jatuh sendiri dalam masa 3 hingga 7 hari atau lebih.
10 Soalan Mengenai Lotus Birth.
1. Apakah itu Lotus Birth?
Lotus Birth telah dipopularkan oleh pasangan pengamal yoga yang menamakannya sbg ‘lotus birth’ dengan menghubungkaitkan simbol lotus (bunga teratai) yang mempunyai pengertian tertentu dengan kelahiran bayi.
Ia bertujuan untuk mengelakkan kesakitan kepada bayi semasa mengerat tali pusat dan membiarkan tali pusat tertanggal sendiri secara semulajadi.
2. Apakah faedah lain yang dikaitkan dengan Lotus Birth?
- Mencantikkan pembentukan pusat
- Mempercepatkan proses penyembuhan
- Meningkatkan tahap imunisasi bayi
- Mengeratkan ikatan ibu dan bayi (kerana bayi yg masih bersambung dgn uri dpt duduk lebih lama dgn ibu tanpa sebarang gangguan)
3. Apa pula Delayed Cord Clamping?
Delayed Cord Clamping (DCC) atau melambatkan proses mengepit tali pusat mempunyai beberapa perbezaan masa iaitu:
- Tidak memotong langsung (lotus birth)
- Melewatkan masa DCC tidak melebihi 8 jam
- Melambatkan selama sejam
- Melewatkan selama 20 minit
- Melewatkan selama 2-3 minit (Disyorkan oleh pihak KKM )
4. Apakah faedah melambatkan proses mengepit tali pusat (Delayed Cord Clamping) selama 2 minit mempunyai kebaikan kepada bayi?
- Membekalkan lebih 33% lebih darah kepada bayi
- Mengurangkan risiko anemia
- Meningkatkan tahap hemoglobin dalam darah
- Lebih stem sel diperolehi oleh bayi
- Lebih banyak oksigen dibekalkan kepada bayi terutamanya untuk fungsi organ seperti paru-paru.
5. Mengapa tali pusat tidak digunting semasa Lotus Birth?
Tali pusat merupakan sebahagian dari tubuh bayi. Proses memotong tali pusat akan menyebabkan luka di mana ia juga akan menimbulkan rasa sakit dan keradangan berlaku semasa proses penyembuhan.
Oleh itu, di kawasan tersebut akan rasa berdenyut menyebabkan rasa tidak selesa. Hal ini kerana lebih banyak darah akan di pam ke bahagian luka.
6. Apakah fungsi plasenta selepas kelahiran (keluar dari rahim ibu)?
Beberapa ketika selepas kelahiran, plasenta sebenarnya masih menyalurkan darah yang kaya denga nutrisi dan zat-zat mineral (ureum, natrium, iron dan sebagainya), serta oksigen kepada bayi.
Memotong tali pusat sejurus kelahiran menyebabkan hampir 30 mL darah dari plasenta terputus hubungan untuk terus disalurkan kepada bayi di mana khasiatnya bersamaan dengan 600mL darah orang dewasa.
LB memberi peluang kepada bayi untuk mendapatkan semua khasiat dan oksigen dari plasenta selepas kelahiran.
7.Bagaimana penjagaan plasenta sebelum ia tertanggal secara semulajadi?
Semasa memandikan bayi, plasenta juga perlu dibersihkan. Selepas itu, keringkan plasenta dengan menekan plasenta menggunakan tuala. Kemudian simpan semula plasenta dan ditabur dengan garam laut/garam Kristal.
Sedikit minyak aromaterapi digunakan untuk memberikan aroma ketenangan disamping mengelak dari serangga. Kebiasaannya aroma lavender akan digunakan.
Proses tali pusat luruh melaui proses LB ini lebih cepat dan selepas itu plasenta boleh dikuburkan seperti biasa.
8. Apakah ciri-ciri kelahiran yang tidak boleh menggunakan kaedah Lotus Birth?
- Tali pusat bayi pendek
- Ujian APGAR bayi yang rendah
- Bayi yang lekat uri
- Bayi yang terlalu kurang berat semasa lahir
9. Adakah LB selamat untuk bayi pramatang dan bayi yang lahir secara pembedahan?
Bayi pramatang dan bayi yang lahir secara pembedahan boleh menjalani kaedah LB setelah melakukan ujian pada darah tali pusat.
10. Mengapa ibubapa memilih untuk Lotus Birth?
- Ibubapa tidak mahu tali pusat anak mereka dipisahkan dengan cara memotong bahagian tersebut
- Ibubapa merasakan ia adalah cara yang lembut dan tenang untuk melepaskan sambungan tali pusat.
- Suatu penghormatan kepada bayi dan plasenta.
- Jaminan 100% bayi memperolehi bekalan darah yang optimum dan khusus untuk keperluan bayi
- Memberi ketenangan kepada ibu di awal kelahiran sebelum memberi perhatian sepenuhnya kepada bayi.
- Memberi ruang kepada ibu untuk berehat sebelum ada yang datang melawat. Selalunya ibu dikunjungi selepas bayi gugur tali pusat.
- Pengaruh emosi dan rohani.
- Tradisi turun temurun
- tidan perlu bimbang masalah memotong, mengikat dan menjaga luka selepas memotong tali pusat.
- Mengurangkan risiko jangkitan kerana LB merupakan sistem tertutup antara bayi dan plasenta.
- Tidak memerlukan masa untuk menyembuhkan luka (tiada luka kerana tali pusat tidak dipotong)
Tali pusat boleh berdenyut sekitar 2 hingga 3 jam selepas kelahiran. Namun begitu, walaupun ia sudah berhenti berdenyut, ia tidak bermakna tali pusat sudah tiada fungsi untuk bayi.
Walau apa pun tindakan anda setelah mengenalpasti kebaikan dan keburukan Lotus Birth ini, anda perlu merujuk kepada pakar dalam bidang yang berkaitan.
Dapatkan khidmat nasihat dulu dari pihak yang lebih arif mengenai proses Lotus birth ini ye mommies.
Diharap sedikit perkongsian ini mampu membuka mata mommies semua mengenai isu Lotus birth yang kebanyakan dari kita adalah kali pertama mendengar mengenainya.