Tips Hilangkan Batuk Dan Selsema Pada Anak 2 Tahun Ke Atas

Tips Hilangkan Batuk Dan Selsema Pada Anak 2 Tahun Ke Atas

Kalau anak demam dan selsema serta batuk,cukup pakej betul. Biasanya golongan mak-mak la yang pening kepala dan tak senang hati nak tidur.

Macam kak farah la,memang hati tak senang.Anak yang sakit,mak yang parah. Parah hati. Sebab kesiankan anak.

Paling kak fara risau bila mariyam batuk atau selsema. Kesian sangat. Hatta kita yang dewasa ni bila selsema dan batuk memang tak selesa, apatah lagi budak kecik kan?

Tips yang kak fara nak kongsi hanya sesuai untuk anak yang berumur 2 tahun ke atas sahaja ye. Bawah daripada tu kena consult doktor dulu.

Cara ni sebagai alternatif lain selain dari ambil ubat syrup yang klinik bekalkan.

Mommies boleh guna BALM VICKS VAPORUB untuk steam kasi keluar hingus anak tu.

Ada 2 ways, boleh sapu macam biasa kat badan dan jugak boleh guna untuk kaedah steam.

Cara cara dia senang sahaja.

1. Cari mangkuk/bekas yang dah xpakai masukkan 2 sudu teh balm vicks tu ke dalam mangkuk.
Dinasihatkan cari mangkuk/bekas yang dah tak guna sebab bau dia melekat dan balm tu susah nak hilang sebab melekit2.

2. Masukkan air panas separuh mangkuk dan kacau balm tu sampai larut.

3. Kemudian mintak anak  tundukkan muka ke dalam mangkuk sambil hidu wap tersebut. Make sure tutup mata sebab balm ni berangin masuk mata kang menangis budak tu.

BEWARE PLEASE sebab air dalam mangkuk tadi air panas yang baru lepas dijerang. Kan xpasal2 lain pulak cerita tumpah/terkena muka.

4. Buat 10-15 minit. Pastikan kipas/aircond off biarkan dalam keadaan suhu bilik untuk kesan lebih efektif. Lepas tu “loose” habis bunyi hingus yang blocked2 tu. Terbukak habis mana2 yang tersumbat.Meleleh keluar sendiri. Banyak sangat.

5. Dah keluar tu lap pakai tisu xpayah guna kain. Nak elak contaminate ,lagi satu bila pakai kain ni merata pulak kain tu letaknya. Better pakai tisu sekali guna terus buang.

Kena ulang banyak2 kali jugak lah untuk membantu mempercepatkan proses penyembuhan.
Selain ambil ubat syrup yang dibekalkan klinik dan balm ni memang elok sapu jer lepas mandi dan nak tidur malam.

Satu botol balm VICKS ni RM15 sahaja.Kalau mommies nak cari,cari dekat farmasi atau guardian atau watson ye.Senang sangat.

Credit: Layla Rara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *