15 Resepi Puri Untuk Bayi 6 Bulan Ke Atas
Sumpah tak tipu kalau bayi dah masuk umur 6 bulan, perkara pertama sekali yang kak fara excited sangat adalah nak bagi dia makan. Haha.
Tak sabar sangat nak bagi dia sihat gempal. Kesian kot tengok bayi asyik tengok je time kita makan sampai putih mata-mata.
Tapi nak bagi makan dekat bayi ni kena ada ilmu juga taw.
Jangan korang main sumbat je mommies ye. Kang jadi macam-macam pulak dekat perut dia.
Kalau boleh,sebulan sebelum dia nak start makan tu,mommies study dulu mana yang patut. Nak jadi mommies yang bagus, kena ada ilmu jugak ye.
Sebelum kak fara share resepi puri untuk bayi 6 bulan ke atas, kak fara nak share waktu yang terbaik bila bayi sudah boleh makan.
- Boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi itu
Adalah penting bagi bayi kekal dalam posisi tegak dan stabil jika dia mahu mengambil makanan yang disuap dengan sudu.
- Duduk dengan baik apabila dipegang
Mula-mula mungkin perlu memegangnya. Cuba tegakkan dia di hujung sofa atau sandarkannya di atas seorang dewasa. Kerusi tinggi kanak-kanak boleh digunakan selepas itu, apabila dia sudah pandai duduk sendiri.
- Melakukan pergerakan mengunyah
Bayi mestilah boleh menolak makanan ke bahagian belakang mulutnya dan menelan. Apabila bayi sudah pandai menelan dengan efisien, perhatikan bahawa air liurnya sudah kurang meleleh.
- Berat badan telah naik secara sihat
Kebanyakan bayi telah bersedia untuk makan makanan separa pejal apabila berat badannya semasa lahir telah meningkat sekali ganda. Ini biasanya berlaku sebelum atau sekitar usianya enam bulan. Jika bayi tidak mencapai berat badan yang normal, bincanglah dengan pakar pediatrik.
- Amat berminat dengan makanan yang kita sedang makan
Bayi mula memerhatikan makanan yang kita sedang makan dan cuba mengambil makanan itu semasa mommies mengambilnya dari pinggan untuk masuk ke mulut mommies.
Yang paling last sekali tu yang sampai putih mata-mata diorang tengok kita makan kan? Hehe.Tak pe slow-slow ye mommies!
Okai sekarang jom tengok 15 resepi puri yang sesuai mommies boleh buat untuk bayi mommies. Mudah sangat cara diorang. Hehe.
Semua resepi ni kak farah ambil dari sumber babybista.com. Jadi mommies boleh simpan untuk rujukan. Kalau rajin, print siap-siap tampal dekat dapur. Tak yah nak belek handphone lagi dah.Hehe.
Selamat mencuba ye mommies.