Tips Travel Ketika Mengandung Yang Perempuan Perlu Buat

Tips Travel Ketika Mengandung Yang Perempuan Perlu Buat – Kalau dah namanya perempuan, memang kaki berjalan. Hehe. Nak-nak kalau pergi bercuti. Lepas shopping, pergi travel merupakan perkara kedua yang kak fara gemar sangat buat.Hehe.

Travel masa berbadan dua paling best sebab konon-konon nak honeymoon puas-puas dengan si bapak sebelum si kecil keluar kan.Hehe.Tapi bukan semua mommies boleh pergi honeymoon masa mengandung ni. Sesetengah mommies je dibenarkan.

Sebabnya kang terberanak dekat tempat orang,dah jadi baby travel. Haha. Dalam Malaysia tak pe lagi. Kalau beranak dekat luar negara, susahnya. Hehe.

APA YANG PERLU DAN JANGAN DILAKUKAN SEBELUM DAN KETIKA TRAVEL SEMASA MENGANDUNG

Kalau mommies diizinkan untuk pergi melancong walaupun tidak dalam tempoh yang lama, ini perkara dan langkah yang mommies perlu ambil perhatian :

–PERLU bawa sekali laporan kesihatan dan juga bersama-sama laporan ultra sound.

–PERLU fikir untuk mendapatkan insurans perlindungan semasa melancong jika terdapat sebarang halangan berlaku.

–PERLU bawa bersama ubat-ubatan dan bawa lebih dari jadual yang sepatutnya untuk situasi berjaga-jaga.

–PERLU berikan number telefon doktor anda kepada mereka yang turut melancong bersama supaya bukan anda sahaja tahu jika sebarang situasi mencemaskan berlaku.

–PERLU tanya kepada doktor jika anda memerlukan sebarang immunisasi sebelum memulakan perjalanan.

–PERLU lakukan senaman kaki secara konsisten supaya tidak kejang dan perjalanan darah lancar kerana duduk dalam tempoh yang lama.

–JANGAN biarkan tubuh badan kekurangan air atau dehidrasi. Elakkan juga minuman berkafein dan alkohol.

JANGAN bawa dan angkat barang berat ketika melancong.

JANGAN membeli atau mengambil ubat-ubatan dari luar negara tanpa preskripsi dari doktor anda sendiri.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jangan packing baju je ye mommies. Apa yang kak fara share dekat atas tu kena ambil perhatian jugak. Mau jadi perkara yang tidak diingini semasa travel nanti, renyah la.

Jangan jadi macam kak fara ye. hehe!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *