Ketahui Apa Perlu Buat Bila Anak Diserang Sawan

Ketahui Apa Perlu Buat Bila Anak Diserang Sawan

Ketahui Apa Perlu Buat Bila Anak Diserang Sawan – Demam sawan ni jangan pandang remeh. Sekali terlajak terleka, boleh merana badan si anak taw.

Setakat ni si mariyam Alhamdulillah tak pernah lagi terkena demam sawan. Kak fara memang sedaya upaya jaga suhu badan mariyam sebaik mungkin. Kalau rasa panas lain macam je terus cek suhu dia.

Sawan demam atau ‘febrile seizure’ yang berlaku pada anak kecil dan bayi adalah salah satu pengalaman yang boleh menyebabkan trauma kepada ibu bapa.

Boleh berderau jantung ibu bapa melihatkan anak yang terbaring tidak sedarkan diri, diserang kekejangan badan dan kaki, mata hitam memandang ke atas, air liur meleleh, atau perubahan warna pada kebiru-biruan pada kulit dan bibir.

Dalam beberapa kes, ada juga anak yang terkencing atau terbuang air besar.

Setahu kak fara, sawan demam ni boleh menyerang baby seawal usia 3 bulan sehingga 6 tahun. Satu jangka masa yang panjang jugak tu. Tapi kebiasaannya banyak berlaku start umur baby 5 bulan hingga 5 tahun.

Mommies jangan ingat demam sawan ni satu penyakit ye.Malah demam sawan ni bukan epilepsi taw.

Demam sawan ni secara mudahnya kak fara boleh bagitahu, satu keadaan tubuh kita akan kekejangan secara mengejut akibat suhu badan yang terlalu tinggi iaitu apabila lebih daripada 40’C.

Ok, jom kak fara share cara-cara dan langkah yang perlu mommies ingat bila anak mommies diserang demam sawan ni. Penting untuk ingat semua langkah ni ye.Jangan gelabah dah!

Langkah 1: Ingat waktu dan tempoh masa sawan berlaku

Pertama sekali mommies kena bertenang! Jangan panik. Mommies kena rekodkan waktu anak mommies diserang sawan dan tempohnya berapa lama. Kerana maklumat ini amat penting bagi doktor kanak2 yang merawat anak mommies nanti.

Langkah 2: Turunkan suhu badan anak

Demam sawan ni mommies kena tahu,ianya terjadi sebab suhu badan terlalu tinggi. Jadi cepat-cepat tanggalkan baju anak untuk turunkan suhu badannya. Kalau boleh,pakaikan baju yang nipis je.Kalau suhu terlalu tinggi sangat,pakaikan pampers je pun tak pe.

Langkah 3: Iringkan badan ke kiri

Letak anak  di atas kain bersih, dan baringkan secara mengiring di sebelah kiri (Left lateral decubitus). Jangan sesekali mommies letakkan anak baring terlentang sebab nanti anak tersedak air liur/muntah.

Langkah 4:Buang objek asing

Kalau mommies nampak ada objek dalam mulut anak,keluarkan sebarang object/makanan dengan segera untuk elakkan dari anak tercekik. Jangan sesekali sumbat sudu taw! Sebab boleh menyebabkan rongga mulut anak cedera.

Langkah 5: Mandi Jerlum

Kak fara pernah dengar pasal mandi jerlum ni.Mak kak fara selalu cerita. “Mandi jerlum” ni boleh dilakukan sementara menunggu sawan reda. Tapi mandi jerlum bukan macam mandi biasa yang kita mandikan anak, tapi cukup dengan mengusap anak menggunakan kain basah. Perlu diingat bahawa tiada bukti saintifik yang menunjukkan mandi jerlum dapat membantu meredakan demam sawan.

Langkah 6: Ingat apa yang berlaku

Time panik,mesti mommies lupa kan apa yang terjadi.Sebab tu kena baca awal-awal sebagai persediaan. Ingat setiap keadaan yang berlaku. Contohnya keadaan anak mata, pergerakan kaki dan tangan serta samaada anak ada terberak/terkencing sewaktu sawan.

Demam sawan ni biasanya akan reda dengan sendirinya selepas 15minit. Tapi,janganlah tunggu di rumah saja. Selepas 5minit pertama, kena segeralah ke klinik berdekatan. Jika anak mommies baru pertama kali menghidap demam sawan,bawalah anak terus ke hospital berdekatan.

Demam sawan yang melebihi 15minit sebenarnya tidak normal dan perlu menjalani pemeriksaan lanjut di hospital bagi mengenalpasti penyakit lain seperti meningitis.Kak farah tengok maream panas je dah risau kemain,tak sanggup nak tunggu 15 minit tu.

Satu lagi mommies kena ingat ye pesakit demam sawan tidak semestinya akan menjadi epilepsi. Tapi risiko untuk mendapat demam sawan yang seterusnya adalah tinggi iaitu sekitar 30%.

Jadi,kena siap sedia beli Thermometer dan ubat demam seperti Syrup Paracetamol/Syrup Ibuprofen setiap kali anak demam. Dua2 sama sahaja, jangan tanya doc yang mana satu lagi kuat ya. Kah kah kah

Lagi satu,sebab ramai yang berminat nak tau tentang Cafe au lait spot, atau tanda lahir pada anak ni ada kaitan kah dengan sawan. Tanda lahir ada banyak jenis dan bentuk, secara general doc panggil Neurocutaneous stigmata.

Ya! sekiranya anak mommies memiliki tanda lahir, memang ada risiko untuk mendapat sawan.

Majoriti besar Cafe au lait spot ini adalah tidak berbahaya.

Kaitan tanda lahir cafe au lait spot dan sawan adalah lebih penting untuk mendiagnosa penyakit lain seperti Neurofibromatosis type 1 dan McCune-Albright syndrome. Dalam kedua2 penyakit ini, tanda lahir akan biasanya membesar dan bertambah bilangannya.

Tapi bagi kak fara tak semstinya yang tak ada tanda lahir tidak akan terkena demam sawan ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *