2 Makanan Yang Nampak Biasa Tapi Para Ibu Perlu Elakkan

2 Makanan Yang Nampak Biasa Tapi Para Ibu Perlu Elakkan

2 Makanan Yang Nampak Biasa Tapi Para Ibu Perlu Elakkan – Bila melihat anak membesar depan mata ni,si ibulah yang paling seronok kan? Kak fara pun sama.

Tengok si mariyam membesar depan mata rasa lega je. Dari meniarap, merangkak, berjalan. Dari hanya minum susu badan, dah boleh mula makan puri, kemudian makanan biasa. Rasa masa yang berlalu tu cepat je. Terlalu cepat!

Semua ibu nak yang terbaik untuk anak dia. Macam kak fara pun sama. Kak fara sangat-sangat teliti dalam bab penjagaan anak. Baik dari barang mandian dia sampaikan makanan si mariyam.

Bab makanan ni, kalau kak fara rasa was-was, kak fara tak kan bagi dekat mariyam. Bimbang jadi yang bukan-bukan. Yelah, apa yang kita makan ni akan jadi darah daging kita sendiri.

Ada 2 jenis makanan yang kak fara tahu kebanyakan mommies suka bagi pada anak-anak. Ni 2 makanan yang nampak biasa tapi para ibu perlu elakkan.

1. Bijiran Nasi Putih

2 Makanan Yang Nampak Biasa Tapi Para Ibu Perlu Elakkan

Mesti mommies terkejut kan?

Sama macam kak fara. Mula-mula kak fara macam ‘ish betul ke ni?’. Tapi lepas baca keseluruhan fakta tu, ada betulnya juga. Sebenarnya bijiran nasi putih ni dah jadi kebiasaan mommies dekat luar sana beri pada anak-anak yang mula nak belajar makan kan?

Kalau mommies nak tahu, bijiran nasi putih ni tiada nutrien atau rasa, pilihan makanan ini juga boleh memulakan tabiat pemakanan yang kurang sihat pada kanak-kanak. Memang ada juga zat besi dan zink, tapi tak sama khasiatnya macam daging.

Jadi, nak lebih sihat. mommies boleh gantikan dengan beras perang yang tawar tu. hehe. Memang tawar beras perang tu.

Kak fara dah pernah makan. Kalau rasa tak nak beras perang,mommies boleh gunakan juga oat quinoa. Tapi jangan gelojoh taw mommies, hehe sebab kena mulakan dengan kuantiti yang sedikit dahulu takut perut anak tak boleh terima. Kang tercirit anak sian pulak.

2. Minuman Jus

2 Makanan Yang Nampak Biasa Tapi Para Ibu Perlu Elakkan

Yang kedua kak farah nak share ialah jangan sesekali beri air jus pada anak ye.

Walaupun mommies dah campurkan dengan air dengan alasan kononnya nak kurangkan rasa manis, sebenarnya tak boleh. Bila mommies dah biasakan diri anak dengan minum jus, lama-kelamaan anak akan terbiasa dengan minuman manis.

Jus buah-buahan pun sebenarnya kurang baik untuk anak taw.

Sebab jus buahan tak mempunyai serat. Jadi sebaiknya mommies kenalkan terus air masak atau air putih pada anak seawal usia 6 bulan. Cukuplah mommies je yang manis. Hehe. Anak tak perlu manis lebih-lebih hehe.

Ok mommies, kak fara kongsi 2 makanan yang nampak biasa tapi para ibu perlu elakkan sahaja hari ni. Next artikel kak fara share mengenai lain pulak ye!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *