5 Tips Bagaimana Jaga Si Kecil Pada Musim Hujan
5 Tips Bagaimana Jaga Si Kecil Pada Musim Hujan – Sekarang di sebelah pantai timur, musim bah dah mai. Kadang-kadang dekat KL dengan Selangor pun hujan tak berhenti jugak kan.
Kak fara syok je manjang bila bangun pagi je hujan renyai-renyai. Rasa nak tarik balik selimut sambung tidur dengan si kecik ni haa. Hehe
Tapi musim-musim hujan ni kena beringat terutama korang yang ada anak kecik tu.
Jangan syok sangat duk heret keluar sana sini. Keluar bila perlu sahaja. Nanti kalau demam satu rumah, huru-hara jadinya taw. Kalau yang besar demam tak pe.Tak kisah sangat.Tapi kalau si kecik yang demam-demam, batu bagai tu yang pening kepala.
Hari ni kak fara akan kongsi 5 tips bagaimana jaga si kecil pada musim hujan ni. Supaya korang nanti boleh elakkan anak kecik daripada mudah terkena demam.
Tips 1: Beri Makanan Yang Sihat Dan Seimbang
Kalau baby yang dah boleh makan, korang kena bagi makanan yang sihat dan seimbang. Tapi kalau yang masih menyusu,teruskan penyusuan badan seperti biasa ye. Ikut jadual pemakanan dan penyusuan yang betul. Jangan skip. Fungsinya supaya bila musim hujan nanti, si kecik susah untuk terkena penyakit.
Tips 2: Pakaikan Baju Bersih Dan Tebal
Ok, lepas tu pastikan anak-anak kecik pakai baju yang bersih. Baik baju, barut, sarung tangan, stokin dan seluar ye. Kalau boleh musim hujan ni pakaikan pakaian yang tebal supaya baby merasa panas dan elak baby cepat sejuk sebab angin sejuk. Masa tidur pun pastikan selimutkan baby dengan selimut tebal.
Tips 3: Pastikan Baby Rehat Dengan Cukup
Kalau korang sibuk macam mana sekalipun, pastikan baby dapat tidur yang cukup ya.
Jangan nak heret baby ikut waktu tidur korang sama. Hehe. Waktu tidur baby dengan kita tak sama.
Baby perlukan waktu rehat yang cukup untuk membesar dengan sihat malah untuk mengelakkan dari terkena serangan penyakit. Biasanya 9 malam adalah waktu paling lewat untuk tidurkan baby.
Tips 4: Hadkan Aktiviti Luar
Macam kak fara cakap dekat atas sekali tadi. Keluar bila perlu sahaja. Musim-musim hujan ni tak perlu nak pergi taman ke, shopping mall ke. Duduk je dekat rumah sambil menghangatkan badan dengan si kecik tu. Kalau terdesak sangat nak keluar, keluar sekejap sahaja. Tak perlu lama-lama.
Tips 5: Mandikan Si Kecik Dengan Air Suam
Time hujan-hujan macam ni, nak mandi pun rasa malas kan?
Hehe. Kalau korang yang malas mandi kak fara tak kisah, tapi si kecik tu tetap perlu di mandikan ikut masa ye. Tapi pastikan korang guna air suam semasa mandikan dia. Kalau tak menggelupur kesejukan budak tu nanti.
5 tips bagaimana jaga si kecil pada musim hujan di atas yang kak fara share tu diharap dapat membantu mommies sekalian ye.
Ingat taw, jangan keluar kalau tiada keperluan. Semoga perkongsian kak fara kali ni dapat bantu mommies uruskan anak kecik dengan baik semasa musim hujan ni.
Selamat mencuba!