Bagaimana Teknik ‘Flashcard’ Meransang Minda Untuk Bayi Baru Lahir

Bagaimana Teknik 'Flashcard' Meransang Minda Untuk Bayi Baru Lahir

Bagaimana Teknik ‘Flashcard’ Meransang Minda Untuk Bayi Baru Lahir

Bagaimana Teknik ‘Flashcard’ Meransang Minda Untuk Bayi Baru Lahir – Dulu kak fara pernah dengan mengenai teknik flashcard untuk bayi.

Tetapi masa tu belum sempat sangat nak survey dan research bagai. Sekarang baru sempat.

Semalam duduk scroll facebook, terbaca satu artikel mengenai flashcard yang diajarkan oleh Sheikh Muszaphar kepadanya twins mereka iaitu Syed Adam dan Syed Noah.

Menarik. Mulanya kak fara kurang faham. Tapi lepas baca artikel tu, ini yang kak fara dapat.

Bagaimana Teknik ‘Flashcard’ Meransang Minda Untuk Bayi Baru Lahir

Bagaimana Teknik 'Flashcard' Meransang Minda Untuk Bayi Baru Lahir

Sheikh Adam dan Sheikh Noah adalah cahaya mata yang baru ditimang oleh pasangan doktor ini.

Walaupun usia bayinya masih muda, namun Dr. Sheikh Muszaphar telah pun memulakan proses menstimulasi minda dan tumbesaran bayinya.

Bagaimana Teknik 'Flashcard' Meransang Minda Untuk Bayi Baru Lahir

Dalam laman IG, beliau ada berkongsi video di mana flashcards telah digunakan untuk meransang otak dan pemikiran kembarnya, Adam dan Noah.

Menurut beliau, mommies boleh membuat sendiri flashcard tersebut yang menunjukkan imej nombor, bentuk, haiwan, atau apa sahaja.

Jika mommies mahu mencubanya dengan anak kecil , angkasawan negara ini menyarankan supaya mommies memulakannya dengan flashcard berwarna hitam putih.

Tunjukkan flashcards ini secara cepat kerana tahap fokus bayi adalah singkat. Lakukan aktiviti ini dalam bilik yang sunyi dan terang, berserta suara mommies yang kuat.

Menarik, bukan?

Kalau ibu ayah mahu anak  sebijak anak-anak Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina, maka bolehlah mencuba aktiviti ini di rumah, 5 kali sehari sekurang-kurangnya selama 1 minggu.

Kak fara pun teruja nak cuba nanti bila ada anak kecil lagi.Hehe.Sekarang maream dah besar.Boleh simpan untuk rujukan anak kedua pulak.Tak salah kan?

Sedikit info yang kak fara baca di internet mengenai flashcard untuk bayi.

Apa Itu Flashcard?

Bagaimana Teknik 'Flashcard' Meransang Minda Untuk Bayi Baru Lahir

Flashcard adalah kad bergambar yang dilengkapi kata-kata, yang diperkenalkan oleh Glenn Doman, seorang doktor pakar bedah otak dari Philadelphia, Pennsylvania.

Gambar-gambar pada flashcard dikelompokkan seperti gambar binatang, buah-buahan, pakaian, warna, bentuk-bentuk angka dan sebagainya.

Apa Tujuan Guna Teknik Flashcard?

Tujuan dari teknik Flash Card adalah untuk melatih kemampuan otak kanan untuk mengingat gambar dan kata-kata sehingga perbendaharaan kata dan kemampuan membaca anak boleh dilatih dan ditingkatkan sejak dari bayi lagi.

Menurut Dr. Maria Montessori, Dr. Makoto Shichida dan lainnya menemukan fakta menarik bahawa otak kanan manusia mengalami perkembangan paling pesat ketika usianya 0-6 tahun. Jadi 0-6 tahun merupakan waktu terbaik untuk melatih si kecil dengan ilmu yang sepatutnya.

Setelah meningkat pada usia 3-5 tahun maka secara beransur funsgi otak kiri akan menjadi lebih dominan.

Untuk itu pada kesempatan berharga inilah mommies harus memanfaatkan potensi terbesar pembentukan otak kanan anak-anaknya pada usia 0-6 tahun kerana anak memiliki daya serap otak yang paling maksima pada usia tersebut.

Bagaimana Teknik 'Flashcard' Meransang Minda Untuk Bayi Baru Lahir

Cara Menggunakan Flashcard Dengan Betul

Setiap flash card dimainkan dengan cara diperlihatkan kepada anak dan dibacakan secara cepat, hanya dalam waktu 1 saat untuk setiap kad.

Tujuan dari teknik ini adalah melatih kemampuan otak kanan untuk mengingat gambar dan perkataan, sehingga perbendaharaan kata dan kemampuan membaca anak bisa dilatih dan ditingkatkan sejak usia kecil.

Tujuan utama teknik flashcard adalah untuk melatih anak menghafal hubungan antara gambar dan perkataan, sehingga apabila ia melihat perkataan itu lagi di kemudian hari maka ia akan mengingat dan dapat mengucapkannya.

Inilah yang disebutkan dengan ”membaca”. Flash card juga sering digunakan sebagai media terapi pada anak-anak yang memerlukan perhatian khusus.

Jadi mommies semua dah clear mengenai kebaikan flashcard untuk anak-anak?

Mulakan dari sekarang ye mommies jika anak masih kecil. Rugi tak ambil kesempatan ini untuk memastikan daya ingatan anak berkembang dengan baik.

Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *