7 Makanan Yang Tidak Elok Diambil Ketika Menyusukan Bayi
7 Makanan Yang Tidak Elok Diambil Ketika Menyusukan Bayi – Memang sukar apabila kita kurang pengetahuan mengenai diet atau makanan ibu menyusu.
Keadaan bertambah keliru apabila diberikan bermacam-macam nasihat pemakanan daripada tradisional sehinggalah moden oleh mereka yang terdekat. Kak fara sendiri pun pening bila fikir nak makan apa. Bukan apa, risau takut si mariam meragam. Dia kecik lagi,tahu menangis je.
Banyak kekeliruan dan persoalan sebenarnya mengenai makanan ibu menyusu yang sepatutnya.
Apabila kita mengambil sesuatu jenis makanan, kita kena perhatikan sama ada ia memberi kesan pada anak kita sebab segala apa yang kita makan akan menjadi sebahagian dari susu yang anak kita minum.
Janganlah kita makan je semua makanan kesukaan kita tanpa memikirkan kesannya pada baby kita nanti. Kita juga yang susah nanti bila anak meragam.
Sebab itu mommies yang masih breastfeeding perlu mengambil diet yang betul. Antara 7 makanan yang tidak elok diambil ketika menyusukan bayi ialah:
1. Makanan yang ‘berangin’
Makanan yang ‘berangin’ boleh menyebabkan anak kita kembung perut. Jadi, kita perlu berhati-hati apabila makan makanan yang berangin ini.
Antara contoh makanan yang ‘berangin’ adalah Ubi dan Pulut.
2. Makanan yang pedas dan berempah
Ada sesetengah ibu-ibu memang suka makan pedas.
Tak cukup nikmat makan kalau makanan tu tak pedas. Tapi, perhatikanlah anak kita setiap kali kita makan pedas tau. Perhatikan sama ada anak kita cirit birit ke tak sebab ada sesetengah baby memang akan cirit birit kalau kita makan pedas. Perut mereka yang kecil itu masih belum boleh terima.
Rempah yang terlebih pun boleh menyebabkan cirit birit pada baby.
Contohnya, makan kari pekat-pekat memang letak rempah kari banyak masa memasak. Memang sedap, tapi kita makan berdua, bukannya seorang. Fikirkanlah demi anak kita sekali ?
3. Coklat
Sedapnya makan coklat kan. Coklat kan makanan kegembiraan. Bila kita gembira, susu pun gembira nak keluar.kak fara suka makan coklat kalau stress. Tapi, bila mariam sembelit kalau kak fara terlebih makan coklat, kak fara kurangkan terus. Makan sekali sekala je.
4. Produk tenusu
Produk tenusu seperti keju, yogurt, susu segar, semuanya kena seimbang kalau kita makan. Jangan terlalu berlebihan sebab ada sesetengah baby akan menjadi colic kalau kita mengambilnya secara berlebihan.
5. Kekacang
Kacang adalah bahaya kalau kita makan terlalu banyak sebab boleh mengakibatkan baby kita menjadi alahan kepada kacang bila besar nanti. Alahan kacang nie dah la memang menakutkan, sampai boleh buat sesak nafas kalau termakan walaupun sedikit. Wallahu’alam.
6. Minuman Berkaffein
Minuman berkaffein memang sangatlah tak sesuai diambil masa menyusukan baby. Bukan setakat anak kita boleh kembung perut, tapi boleh menyebabkan susu kita berkurang pada masa yang sama.
Contoh caffein adalah air teh, kopi, dan juga air berkabonat.
7. Alkohol
Kebiasaannya orang minum alkohol sebab nak buang lemak supaya boleh kurus semula selepas bersalin, tapi bila kita kerap minum alkohol, ia akan menyukarkan proses ‘let down’ semasa menyusukan anak. Proses ‘let down’ ini amat penting untuk mengeluarkan susu hindmilk yang amat berkhasiat untuk pertumbuhan baby kita.
Apabila kita menyusukan anak, inilah makanan yang perlu kita elakkan demi kesihatan anak kita.
Kalau mereka sakit, kita juga yang susah. Kita yang kena berjaga malam melayan kerenah anak merengek sebab tak sihat. Jadi, sebelum apa-apa yang tak elok berlaku, baiklah kita ambil langkah berjaga-jaga.
Kesimpulannya, abaikanlah makanan terlarang ini dan ambillah makanan yang berkhasiat sahaja.
Elak melakukan diet yang terlalu ketat kerana makanan ibu menyusu memerlukan nutrisi yang seimbang untuk menghasilkan susu yang terbaik bagi bayi anda.
Jangan terlalu memaksa diri untuk kurus dek kerana bimbangkan perut selepas bersalin yang menggeleber. Ianya akan susut dari hari ke hari!
Kak fara para ibu ambil berat tentang 7 makanan yang tidak elok diambil ketika menyusukan bayi ya.