Tips Mudah Nampak Menawan Dan Cantik Ketika Mengandung

Tips Mudah Nampak Menawan Dan Cantik Ketika Mengandung

Tips Mudah Nampak Menawan Dan Cantik Ketika Mengandung – Bila dah mengandung ni,memang tak ada daya nak bersiap dan bermakeup bagai. Betul tak?

Kalau ibu yang tak pernah alami alahan masa mengandung tak pela. Ada jugak mood dia nak bersiap.

Tapi macam kak fara sepanjang pregnant alahan tak berhenti. Memang tak ada mood langsung nak bersiap bagai.Apa lagi nak makeup cecantik masa tu.

Mula lah episod sebagai ‘mak lampir’ sepanjang 9 bulan tu.

Sana sini kena sindir dek kerana perubahan badan masa mengandungkan mariam. Kak fara pekakkan je telinga dan pejamkan je mata masa tu. Janji si mariam sihat dalam perut. Malas nak fikir apa dah.

Tapi untuk kandungan kali kedua nanti (insyaAllah) kak fara dah nekad, tak nak jadi mak lampir dah. Haha.Time pregnant pun nak jadio vogue sikit.

Baru suami melekat je sepanjang masa taw dengan kita.

Ibu-ibu jangan ingat suami tak kisah taw. Sebenarnya suami kita cakap je tak kisah ‘ala, xpela awak tetap cantik walaupun dah gemuk’ , tapi hakikatnya tak. Jadi nak tak nak,larat atau tak, ibu-ibu kena paksa diri sikit cantik untuk suami taw.

Jom kak fara share sikit tips mudah nampak menawan dan cantik ketika mengandung ni.

#1- Bangun awal

Sepanjang pregnant, mesti rasa nak tidur je kan? Boleh, tak ada masalah. Tapi janganlah terlalu layankan sangat ‘tidur’ tu sampaikan nak jaga kebersihan diri pun tak sempat. Kalau ibu-ibu tak kemana-mana,cuba bangun awal dan persiapkan diri sikit untuk suami. Ikat rambut kemas-kemas, pakai baju selesa dan cantik sikit depan suami walaupun duk rumah je.

#2- Jangan ‘LAST MINUTE’

Tips Mudah Nampak Menawan Dan Cantik Ketika Mengandung

Ni selalu terjadi. Selalu last minute nak prepare baju bila nak keluar jenjalan dengan cik suami kan. Sudahnya sebab malas nak fikir baju apa nak pakai, terus je rembat baju yang ada depan mata ye. Tambah lagi kalau baju tu kena gosok,lagilah malas kan? Sebab tu rembat je baju depan mata.

Tapi jangan macam ni, sebolehnya buat persediaan rapi dari awal.

Pilih baju yang paling cantik bila nak keluar dengan suami. Gosok sesiap tudung semua tu. Orang kata well planned barulah semuanya nampak teratur dan cantik.

Nak berootd pun ada mood sikit. Hehe. Kalau malas atau tak tahu nak pakai baju apa time mengandung ni, apa kata ibu-ibu pergi je shopping baju dekat FurbyMoms tu. Semua baju-baju diorang lawa walaupun tengah berbadan dua taw.

#3- Mix and Match Dengan Bijak

Tips Mudah Nampak Menawan Dan Cantik Ketika Mengandung

Kak fara tahu tak semua ibu pandai bab fashion ni kan.Ramai yang buta bab fashion ni.Sudahnya ada yang bila pakai baju nak keluar,macam mak jemah je nampak.

Ada jugak nampak macam bibik indon. Betul,jangan gelak. Sesekali tengok baju yang ibu pakai depan cermin. Sesuai tak? Kalau tak lawa,terus buat perubahan secara slow-slow.

Beli mana yang termampu. Kalau nak jimat, shopping je dekat FurbyMoms. Semua ada kat sana dari seluar mengandung yang terlajak selesa sampailah ke dress mengandung yang letop taw.

#4- Utamakan ‘KESELESAAN’ bukan Cantik Semata-Mata

Yang ni penting jugak taw. Biarpun ibu nampak fashion tu cantik, tetapi ukuran dia tidak padan dengan saiz badan kita, jangan ambil!

Malah time preggy ni, ibu memang tak digalakkan memakai baju yang ketat taw. Bimbang nanti terjadi apa-apa pada bayi dalam kandungan. Jangan selfish!

Apa-apa sahaja fesyen yang ibu pilih, pastikan menepati syariat, menutup aurat dan memberi keselesaan pada si ibu.Jangan terlalu mengejar trend fesyen terkini sampaikan kesemua tu diabaikan.

Pilih mana yang mampu sahaja.Janji jangan selekeh time mengandung. Time mengandung kena jaga penampilan sama baru suami sayang taw. Hehe

Kak fara harap ibu-ibu praktikkan tips mudah nampak menawan dan cantik ketika mengandung yang kak fara kongsi ni taw. Jangan baca sensorang. Share sama dengan kawan-kawan ibu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *