Tip Bagaimana Memilih Bra Yang Sesuai Untuk ‘Berjimat’

Tip Bagaimana Memilih Bra Yang Sesuai Untuk ‘Berjimat’

Tip Bagaimana Memilih Bra Yang Sesuai Untuk ‘Berjimat’ – Apabila kena pilih bra yang betul lagi selesa. Dilema wanita hamil yang jarang disebut adalah memilih bra yang betul dan selesa.

Kak fara alami masalah yang sama. Awal trimester, memang tak nampak perubahan lagi, tetapi bila ibu dah masuk trimester kedua perubahan ketara memang terserlah. Masa tu semua dah mulai membesar.

Ketika hamil, salah satu bahagian badan yang mengalami perubahan ketara adalah payudara dan mencari bra yang selesa umpama mustahil!

Dan percayalah, susah sangat nak cari bra yang selesa hingga terasa seperti tidak mahu memakai bra langsung, terutamanya di rumah. Para pengamal kesihatan menasihatkan supaya ibu memilih bra menyusu ketika hamil.

Ini kerana, setelah melahirkan nanti, ibu tidak perlu membeli bra lain untuk menyusukan anak ibu.

Saiz payudara selepas bersalin juga akan berubah-ubah kerana susu. Jom baca tip bagaimana memilih bra yang sesuai untuk ‘berjimat.

Apa beza antara bra menyusu dan bra biasa?

 

Jika bercakap tentang zaman dulu, bra menyusu memang sangat berbeza dengan bra biasa.

Dari segi bentuk, jenis material dan rupa.

Tapi kini, bra menyusu dan bra biasa hampir kelihatan sama. Yang membezakan bra menyusu dan bra biasa iaitu, akses mudah untuk menyusukan anak sama ada klip, butang, zip, mahupun cangkuk.

Bukan sahaja itu, bra menyusu juga lebih mudah dilaraskan mengikut kesesuaian payudara.

Malah, ia dibuat dari pelbagai material mengikut kesesuaian masa pakai dan jenis bentuk payudara.

Contohnya bra diperbuat daripada kapas merupakan salah satu kegemaran hampir semua ibu.

Mencari bra yang sesuai

Tip Bagaimana Memilih Bra Yang Sesuai Untuk 'Berjimat'

Bra menyusu yang terlalu kecil boleh menekan tisu payudara. Dan ini menyebabkan saluran susu tersekat membawa kepada bengkak susu.

Lagipun, bra yang tidak sesuai dengan bentuk payudara boleh menyebabkan bentuk payudara yang tidak sihat.

Tahukah lebih 80% wanita menggunakan saiz bra yang salah kerana malu hendak mencuba dan mendapatkan saranan jurujual?

Sebenarnya, jika ibu malu, ada cara bagaimana ibu boleh mengukur sendiri saiz bra yang sesuai dengan ibu.

Anne Dimond, merupakan presiden syarikat Bella Materna yang mengeluarkan bra menyusu mengongsikan tip mendapatkan saiz bra anda.

Sebelum mengukur, pastikan anda memakai bra tanpa pad, tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar.

Kemudian, letakkan pita pengukur disekeliling rusuk betul-betul di bawah garisan payudara.

Pastikan pita pengukur tidak terlalu longgar dan ketat, ukuran ini ialah saiz bra anda, contohnya 32 atau 34 inci.

Tip Bagaimana Memilih Bra Yang Sesuai Untuk 'Berjimat'

Kemudian untuk memilih jenis cup bra pula, semasa payudara penuh ukur keliling payudara yang lebih penuh, tidak terlalu ketat tapi terletak sedang elok dikeliling payudara.

Selepas itu, tolak nilai ukuran ini dengan nilai ukuran keliling rusuk tadi untuk mendapatkan jenis cup.

Contohnya ukuran keliling payudara ialah 37 inci dan ukuran keliling rusuk ialah 34 inci, ini menjadikan cup ialah saiz C dan ukuran bra anda ialah 34C.

Jika anda tak jelas, sila rujuk di bawah:

Tip Bagaimana Memilih Bra Yang Sesuai Untuk 'Berjimat'

Bukan semua jenama mempunyai ukuran yang sama. Jadi, adalah lebih baik jika anda mencuba dahulu sebelum membeli.

Dan semasa mencuba bra, pastikan anda mempunyai ruang di dalam cup bra anda.

Pastikan juga puting anda berada di posisi tengah, bukan terlalu ke bawah atau ke atas. Dan kedua puting anda berada di garisan yang sama.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan penyambung bra yang boleh menambah ukur lilit bra tersebut.

Bra berwayar

Ramai yang tak pasti sama ada bra berwayar boleh digunakan oleh wanita hamil dan menyusu atau tidak.

Sebenarnya, ramai yang tidak menyarankan pengggunaan bra berwayar semasa menyusu badan. Ini sebagai langkah berhati-hati agar wayar tersebut tidak menekan tisu payudara.

Tip mencuci bra

Sedikit tip mencuci bra supaya ia tidak rosak.

Adalah lebih baik jika ianya dicuci dengan tangan dengan menggunakan sabun pencuci yang tidak terlalu kuat.

Elakkan menjemur terus pada matahari kerana ia boleh merosakkan elastik dan material bra itu.

Ada juga yang mencadangkan memakai bra semasa mandi dan membasuh menggunakan sabun mandi kegemaran anda.

Sidai di waktu malam dan ia boleh digunakan semula esoknya. Dan jangan sesekali meletakkan bra di dalam mesin pengering kerana suhu dan putaran mesin akan merosakan fizikal bra tersebut.

Jadi lepas ni tak da alasan lagi ibu-ibu tak tahu macam mana nak beli bra yang sesuai ye. Semoga perkongsian tip bagaimana memilih bra yang sesuai untuk ‘berjimat’ ini dapat membantu ibu semua!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *