5 Tips Mudah Bagaimana Ibu Hamil Kekal Bergaya

5 Tips Mudah Bagaimana Ibu Hamil Kekal Bergaya

5 Tips Mudah Bagaimana Ibu Hamil Kekal Bergaya – Sebut mengandung,jangan sesekali katakan tidak pada ‘fashion’ taw ibu. Biarpun memboyot, kak fara masih lagi menitikberatkan penggayaan sehari-hari untuk ke pejabat.

Bila diri sendiri dalam keadaan kemas dan cantik, mood ibu pun cun.

Tak ada nak moody sepanjang hari. Tapi Kak fara yakin mesti ramai ibu di luar sana tak tahu nak bergaya macam mana terutamanya ke tempat kerja kan? Bukak almari, asyik-asyik baju yang sama je pergi kerja kan?

Jom kak fara kongsikan tips mudah bagaimana ibu hamil kekal bergaya.

#1 Pilih Baju Longgar

Kak fara menyarankan untuk memilih baju yang longgar dan tidak ketat. Ibu hamil akan lebih selesa berjalan dan bergerak jika memakai baju longgar. Untuk kelihatan lebih moden, pilih baju yang unik dengan detailing manik pada beberapa bahagian baju seperti lengan atau bahagian bawah baju.

 

5 Tips Mudah Bagaimana Ibu Hamil Kekal Bergaya

#2 Sesuaikan dengan Gaya Berbusana

Pilih baju yang tetap mewakili keperibadian ibu atau tetap membuat merasa selesa. Jangan pula kalau sebelum ni tak pernah pakai seluar jeans, tetibe tukar selera nak pakai jeans. Hehe

5 Tips Mudah Bagaimana Ibu Hamil Kekal Bergaya

#3 Pilih Warna Baju Yang Sesuai

Warna-warna neon seperti orange atau kuning terang sebaiknya dihindari saat memilih baju hamil. Pilih warna-warna pastel atau warna dasar seperti hitam, putih, abu-abu yang lebih memberikan efek melangsingkan.

5 Tips Mudah Bagaimana Ibu Hamil Kekal Bergaya

#4 Hindari Motif Corak Besar

Selain pemilihan warna busana, perhatikan pula motif corak baju yang dipakai saat hamil.

Hindari penggunaan motif berukuran besar, seperti polkadot atau bunga-bunga dan print. Pilihlah baju yang memiliki satu tone warna agar tidak terkesan ‘penuh’ atau kelihatan lebih gemuk dan lebih moden.

#5 Jangan Ragu Mix and Match

Keselesaan ibu sangat penting dalam pemilihan baju hamil.

Selain itu, jangan ragu untuk melakukan mix and match dengan baju-baju yang sudah ada sebelum memutuskan untuk membeli baju baru. Jimat ye ibu. Barang baby banyak lagi belum beli.hee.

5 Tips Mudah Bagaimana Ibu Hamil Kekal Bergaya

Ok jadi ibu hamil tiada alasan lagi untuk tidak kelihatan cantik semasa mengandung.

Dah banyak butik-butik yang menjual baju ibu mengandung yang stylish dan moden. Kak fara sendiri memang time mengandung melaram habis sebab time ni la orang kata ‘seri mengandung’ ada.hehe.


Bagi ibu-ibu yang berminat dengan koleksi BLOUSE MELLATI dan MELLURE JUBAH,boleh pilih warna pilihan ibu .Sila klik -> BLOUSE MELLATI dan MELLURE JUBAH untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *